Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, January 31, 2013

Kepada Saudara Perempuanku (Surat 1).


 
INI TENTANG DIRI DAN KEHIDUPAN KAU.


Kepada saudara perempuanku,

Kalau kau rasa kau bukan orang yang disebut di atas dan nak baca juga, silakanlah baca. Dah mata kau takkan aku nak halang pula, ya dak? Pfftttt...Okay, mari kita mulakan.

Ini bukan satu nasihat, peringatan, amaran taufan Sonamu atau apa jadah lagi. Ini hanya untuk bacaan kau saja, tak lebih dari itu dan tak kurang dari itu. Ambillah apa yang kau mahu dan tinggalkan apa yang kau tak mahu di sini.

First thing first. Pertama sekali aku nak beritahu kau. Jadilah diri kau sendiri. Pakailah apa yang kau mahu.

 (Suara-suara sumbang di belakang: jadahnya nasihat gila apa ni?) Dah aku cakap ini bukan nasihat, bodoh. Itu baru maksud tersurat, ada lagi maksud tersiratnya ni. Jangan nak serbu tembok jak, bagi Firewall sebiji baru tahu.

Okay, jadilah diri kau sendiri maksudnya buatlah apa yang kau suka, yang kau betul-betul rasa nak buat. Jangan sebab kau nak jaga hati orang lain, kau jaga pak turut dan kau selalu takut nak cakap sesuatu. Kalau kau rasa perlu maki, kau maki dan hamun serta caci sekali. Jangan simpan lama-lama perasaan marah dalam hati, takut bertukar jadi dendam lagi susah nanti. Lagi banyak dosa yang kau perlu tanggung. 

Kalau kau tengah berbincang atau buat tugasan berkumpulan, mesti ada salah seorang dari kawan-kawan(kononnya kawan kau) akan buat dajal. Selesaikan semua masalah dan perasaan tak puas hati di situ juga. Kalau kau rasa kau betul, semua orang lain setuju tapi dia seorang yang membangkang, pastikan kau ada segelas minuman sejuk di hadapan kau ketika itu.

Curah ke atas dia? Oh tidak...tidak. Aku bukan mengajar kau jadi jahat sangat, jahat sikit-sikit lebih afdal. Habiskan dulu minuman sejuk kau. Membazir itu amalan syaitan tahu. Lepas dah habis baru baling ketul-ketul ais ke mukanya. Sambil baling, sambil sebut ayat-ayat yang dibaca masa para jemaah haji rejam syaitan (lupa apa nama tempat tu). Lepas tu, apa jadi kau pandai-pandailah tanggung sendiri. Yang penting hati kau puas. Hahahaha...

Kedua, mengenai kawan perempuan kau. Biar aku beritahu kau sesuatu yang kau perlu ambil sama ada kau mahu atau tidak. Jangan percaya seratus peratus kawan perempuan kau, kalau kawan lelaki kau boleh percaya selagi dia bukan teman lelaki kau. Biar aku beritahu kau sesuatu yang benar tetapi tak ramai perempuan tahu. Tiada istilah BFF dalam persahabatan antara perempuan dan perempuan okay? Faham maksud aku? Bukan bermaksud tiba-tiba kawan kau bertukar jadi lesbo ke apa, bukan itu yang aku mahu sampaikan. 

Sekuat mana pun persahabatan kau, setinggi mana pun kau percayakan dia, sebanyak mana pun dia kata kaulah kawan baik dia dunia akhirat, dengar apa aku kata, jangan percaya 100%. Perempuan memang makhluk yang dijadikan tamak dan tak pernah puas, maklumlah kita kan 9 nafsu, akal cuma satu. Jadi berkawan dan bergaullah sekadar yang perlu sahaja supaya suatu hari nanti bila kawan perempuan kau mengkhianati kau, menikam belakang kau, kau takkan tersungkur menyembah bumi dan tak bangun-bangun lagi (apa kau cacat ke tak nak bangun lagi?)

Saudara perempuanku, sedalam manapun tali persahabatan kita, kita takkan mampu menyaingi ikatan persahabatan lelaki yang lebih kukuh. Ya, ini kenyataan yang menyedihkan, aku tahu. Tetapi inilah hakikatnya. Walaupun kita kata lelaki makhluk yang ego, tak guna, pengotor, pemalas, jijik dan hina dina tetapi mereka adalah sahabat yang paling baik dan paling setia. They are those who will reach their friends in need although it requires them to travel 10 million miles away. Yes, this is true. Sadly, this isn’t the same for us, girls. So bear it in your minds. Always.

(Melainkan kawan kau bernama Latifah, okay tak dak kaitan.)

Saudara perempuanku yang diingati,

Kita perlu belajar untuk hidup tetapi kita juga perlu hidup untuk benar-benar mendapatkan ilmu.

Kau masuk universiti, belajar untuk mendapatkan kelulusan, diploma, ijazah, Master, PhD dan lagi(ada lagi ke?). Kau lakukan itu kerana kau perlu kelulusan untuk bekerja dan kau perlu bekerja untuk mendapatkan duit. Tidak ada cara mudah untuk dapatkan duit. Okay ada, minggu depan kita pergi rampok(rompak) bank, kita ambil plat emas yang lebih berharga dari duit barulah kita kaya raya. Okay, set? Nanti kita calling calling ya.

Belajar sungguh-sungguh, bekerja keras-keras, itu adalah rutin hidup manusia. Ia bukan lagi pilihan sekarang, ianya adalah mandatori,  tidak ada jalan lain  untuk kau mengelak bila ini sudah jadi trend serta keperluan. Aku beritahu ini bukan sebab mahu suruh kau tak ikut trend remaja masa kini dan tiba-tiba jadi pengemis atau penghibur jalanan sebab nak lari dari kebiasaan walaupun kau ada sikit bakat nak jadi dramatis over-tapi-tak-laku atau suara standard penyanyi YouTube. Bukan, bukan.

Hidup untuk benar-benar belajar maksud aku adalah menikmati hidup kau dan bergembira dengan apa yang kau buat sekalipun kau membencinya. Tiada maknanya kau belajar sampai mampos di universiti kalau kau tidak mendapat ilmu tapi sekadar mata( pointer). Pencapaian terhebat yang boleh kau peroleh bukanlah pointer 4.00 supaya kau dianugerahkan Anugerah Naib Canselor tetapi adalah belajar mencintai sesuatu pelajaran yang kau benci. Kerana bila kau cinta, kau akan mempunyai minat yang mendalam(passion) terhadapnya dan bila kau punya minat sebegitu, segala-galanya akan jadi lebih mudah. Pendek kata kau tak perlu mengulangkaji pelajaran 25 jam sehari, kau boleh duduk goyang kaki minum dan bersosial di pub, clubbing, bar hopping, dancing dan sebagainya namun kau tetap dianugerahkan Naib Canselor dengan pointer 4.00++. Terbeliak biji mata Naib Canselor kau nanti.

Saudara perempuanku yang kadangkala dikasihi,

Hidup ini singkat dan ia mungkin lebih singkat dari apa yang kau sangkakan. Jadi belajarlah menghargai dengan sebenar-benar penghargaan. Belajarlah menikmati dengan sebenar-benar kenikmatan. Belajarlah untuk bernafas dengan benar-benar bernafas bukan sekadar menyedut udara. Hiduplah dengan sebenar-benar kehidupan bukan hidup tetapi bagaikan zombi atau robot yang bergerak tetapi tiada jiwa serta hati.

Buatlah sesuatu yang benar-benar lahir dari jiwa kau. Ucaplah terima kasih dengan sebenar-benar keikhlasan. Ketawalah sepuas-sepuasnya. Menangislah sepuas-puasnya. Hiduplah sepuas-puasnya. Jangan hidup dalam pura-pura, jangan jadi manusia yang hipokrit. Biarlah kita jadi perempuan yang dibenci dari menjadi antara perempuan-perempuan yang dicintai kerana ke “hipokrit”an mereka.

Lakukanlah apa yang hati kau mahu kerana kadangkala kau tidak akan mendapat kedua untuk melakukannya. Hiduplah sepuas-puasnya supaya kau boleh bergembira dengan sebenar-benar kegembiraan. Supaya kau boleh tersenyum apabila semua orang menangisi kematian kau nanti. Itupun kalau kau masuk syurga la, kalau kau masuk neraka, mungkin kau akan menangis dari hebat dari orang yang melawat jenazah kau. (Lintang pukang mereka semua lari nanti)

Jangan berhenti hidup, jangan berhenti berusaha, jangan berhenti percaya selagi kedua-dua belah kaki kau belum selamat memasuki syurga.

Saudara perempuanku,

Akhir kata sebelum kita bertemu lagi di lain lembaran,

Do not live bowing down,

You must die standing up.

Jangan hidup menekur tanah,

Matilah dengan berdiri megah.

Jangan hidup dengan ketakutan sehingga kau terpaksa berjalan menunduk kepada manusia lain, kau mesti hidup dengan berani sehingga kau tidak takut menghadapi maut sekalipun dengan berdiri tegak.



Jangan setakat baca ja.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, January 27, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 6.



Sekadar gambar hiasan.
 

Aku Anna.

Anna Maria.

Seorang penganut Kristian yang baik.

Dan dia Mr Salvatore aku.

Seorang Muslim.

Dia penganut Islam yang taat pada agamanya.

              Mencintai seseorang bermakna kau mencintai segala yang datang bersamanya. Kebaikan mahupun keburukan. Kerana mencintai Mr Salvatore, aku juga mencintai agama dan kepercayaannya.

“Here I am tonight to sleep,

I pray to Lord my soul to keep;

If I die before awake,

I pray to God my soul to take.”

-Amen-

               Sebelum tidur, aku dan rakan-rakanku diajar untuk berdoa oleh Sister Bertha. Kami akan berlutut beramai-ramai di sisi katil lalu menyebut doa dan mengaminkannya. Kata Sister Bertha, seorang penganut Kristian yang baik akan menyerahkan jiwanya kepada Tuhan untuk dijaga sebelum tidur agar nanti sekiranya Tuhan mahu mengambil nyawanya di dalam tidur, dia akan mengambilnya dengan cara yang paling lembut.

               Kata Sister Bertha kami harus percaya bahawa jiwa jiwa yang berada bersama Tuhan adalah jiwa yang baik, jiwa jiwa yang jahat akan dilemparkan ke neraka. Sebab itu kami harus berdoa sebelum tidur.

                Selepas mengulangi ayat yang sama setiap kali, dia akan memadamkan lampu lalu keluar dari bilik asrama kami. “God Bless,” ucapnya kepada kami dalam suara perlahan sebelum menutup pintu. Aku akan memejam mata dan tidur dengan tenang kerana aku percaya apa yang diberitahu oleh Sister Bertha.

                Selepas bertemu Mr Salvatore, aku sudah tidak berdoa lagi sebelum tidur. Malah aku juga telah tinggalkan amalan kebiasaan yang selalu aku lakukan. Semasa di meja makan, aku mengaminkan doa yang dibaca olehnya bukan lagi mengaminkan doa yang diajar oleh Sister Bertha. Kerana mencintai lelaki ini seluruhnya aku mahu mempercayai dia sepenuhnya.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, January 24, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 5.





              Suasana jadi kelam kabut apabila siren kebakaran dibunyikan. Orang ramai yang sedang enak menikmati keindahan selat Johor dari atas Danga Bay Cruise bertempiaran lari. Mereka yang berada di dalam kapal meninggalkan makanan masing-masing lalu berlari keluar ke dek.Hanya aku seorang berdiri tegak tanpa berbuat apa-apa. Aku membiarkan  orang ramai berlari di kiri dan kananku seperti membiarkan angin lalu.

              “Keluar cepat!Keluar!” seorang lelaki menjerit memanggil teman wanitanya yang berada dalam tandas. 

              Aku memerhatikan lelaki itu berlari menyelamatkan dirinya tanpa menunggu kekasih hati. Ketika keadaan kecemasan sudah tentu manusia akan mengikut naluri sendiri iaitu menyelamatkan nyawa masing-masing dahulu sebelum memikirkan orang lain waima orang tercinta sekalipun. Ada satu hal yang bagus mengenai peristiwa ini iaitu kita boleh tahu siapa yang benar-benar menyayangi kita dan siapa yang cuma menggerakkan bibir untuk menipu.

              “Anna!!Anna?!” suara Mr Salvatore hilang di celah-celah bunyi keriuhan orang ramai yang panik. Aku nampak dia menyusup ke sana ke mari untuk mencari aku. 

              Antara lelaki ini dan lelaki yang meninggalkan teman wanitanya tadi, bezanya tentu seperti langit dan bumi. Kerana perbezaan itu juga, aku tidak seculinpun ragu bahawa dia akan mencari aku. Dengan tenang aku menapak ke arahnya. Dia yang gagal menemui aku dalam kalangan mereka yang berteriakan meminta tolong kelihatan cemas benar. Aku menghulurkan tangan lalu memegang tangannya ketika dia masih melilaukan pandangan ke merata kawasan kapal.

              Spontan dia menoleh. Pandangan kami bertaut. Dia memandang aku seolah olah dia sudah menemui harta karun yang tertanam selama seribu tahun. 

              “Kau ke mana? Kau mau kasi aku kena sakit jantung?” soalnya bernada marah tetapi aku tahu dia bukan benar-benar marah. Soalan itu kubiarkan dibawa angin selat Johor. 

              Aku tidak bersuara dan cuma merenungnya. Sekarang aku yakin kalau langit jatuh menghempap aku sekalipun, aku tidak perlu melarikan diri selagi lelaki ini ada bersamaku.

              “What would I do if anything happen to you?” Mr Salvatore menyoal diri sendiri ketika aku sudah dibawa ke dalam pelukannya. Saat ini, aku pasti dia sudah lupa terus pertengkaran kami dan rasa marah menggilanya tadi. Baru aku mahu menghayati bunyi degupan jantungnya, dia tiba-tiba meleraikan pelukan kemas.

             “Kita perlu tinggalkan kapal ini.Sekarang,” beritahu dia dengan cemas.

             Aku melihat sekeliling.Hampir separuh dari penumpang sudah terjun ke dalam air laut walaupun petugas kapal cuba menghalang.Ada yang berpaut di tepi badan kapal dalam usaha menyelamatkan diri. Ada juga yang berlegar-legar macam orang hilang akal kerana sudah buntu mencari jalan keluar. Di satu sudut lain, sekumpulan penumpang berebutkan pelampung dan jaket keselamatan dengan petugas kapal.Apa yang kulihat sekarang mengingatkan aku kepada sesuatu.

              “Kau tak rasa yang kita macam berada dalam Titanic sekarang?” Aku ketawa di hujung soalan. Mr Salvatore merenung aku dalam-dalam. Ada rasa tidak percaya dalam renungannya. 

              “Don’t tell me that you...” kata-katanya dibiarkan berhenti separuh jalan. Dia seakan dapat mengagak apa sebenarnya yang berlaku. Mr Salvatore sentiasa tahu apa yang aku mahu dia tahu walaupun aku tidak memberitahunya.

              Aku keluarkan sepuntung rokok miliknya yang kuambil tanpa kebenaran tadi. “Ini bahan bukti. Orang lain tak boleh jumpa.” Rokok itu kucampakkan ke dalam laut. Dia memerhati tindakanku sambil menggeleng kepala tidak percaya.

             “Kau benar-benar akan buat aku mati sebab sakit jantung.”

             “Jangan risau, sayang. Aku tidak akan benarkan kau mati. Kau tidak lupa yang aku boleh buat CPR dengan baik bukan?” 

             Kata-kataku tidak berjaya mengambuskan pelbagai rasa yang menggusarkan hati Mr Salvatore. Dia mempamerkan kekesalan terhadap tindakan gilaku lewat tatapan mata.

             “Mari, aku mahu tunjukkan kau sesuatu. Kau pasti suka.” Aku menarik tangannya untuk memaksa dia bergerak ke dek paling hujung. Mr Salvatore melangkah bersama hati yang berat.

             “Nampak tak Abe We (Abang Wan)tadi kat sana?” Aku menuding jari ke arah sesusuk tubuh manusia yang sedang berhempas pulas berenang menyelamatkan diri dari kebakaran yang disangkanya benar-benar berlaku. Lelaki yang tadinya begitu gagah mengajak Mr Salvatore beradu tenaga kini bagai seekor kucing ketakutan yang dicampak dalam air.

              “Sayang, kau nda perlu...”

              “Puas hati sekarang?” Pintasku cepat-cepat sebelum dia membuka mulut. Mr Salvatore geleng kepala.Aku ulang soalan yang sama.

              “You don’t need to...” dia masih tidak puas hati. Mungkin tidak bersetuju dengan tindakanku.

              “Puas hati sekarang?” Mataku mencari matanya. Memaksa dia bersetuju. Ketika dia mengunci mataku dengan pandangannya, aku biarkan sahaja. Apalah sangat sekadar mengunci mataku kerana kunci hati aku pun sudah berada dalam tangannya.

              “Ya, puas hati,” akhirnya lambat-lambat Mr Salvatore mengangguk.

              “Maaf sebab tadi. Bukan aku tak percaya kau akan menang tapi tak ada gunanya kita rosakkan makan malam versi Titanic kita sebab Abe We tu,” aku menghamparkan sebab logik untuk tindakanku apabila Mr Salvatore kembali memandang aku dengan pandangan biasanya.

              “I’m sorry too. I’ve ruined your romantic Titanic candle-light dinner sayang.”

              Aku senyum. Sebenarnya kerana dialah makan malam kami benar-benar menyerupai makan malam di Titanic. “It’s okay. Now let’s say hi to Abe We, shall we?” 

              Aku melambaikan tangan ke arah lelaki yang terkapai-kapai cuba kekal terapung. Mr Salvatore menangkap tanganku lalu menggerakkannya sekali. Kami melambai bersama-sama. Masuk lambaian kali ketiga aku ketawa.

              “Nda bagus buat urang(orang) macam ni sayang. Kau tahu bukan?” Mr Salvatore berhenti melambai sekaligus menghentikan tangan aku dari terus bergerak. Dia menatap aku lama-lama agar tegurannya aku lekatkan dalam ingatan. Lelaki ini sentiasa tahu bila dia perlu menegur dengan cara yang baik. Aku angguk. Sebab dia Mr Salvatore aku. Dan Mr Salvatore selalunya betul. Aku tidak perlu menimbang baik dan buruk dahulu kerana semua nasihatnya adalah untuk kebaikanku.

               “Kau nda buat begini pun, aku tetap sayang kau. Kau tahu bukan?” Melihat aku sudah tertunduk macam pesalah, Mr Salvatore mencuit hidungku. Spontan bibir aku mengukir senyum.

               “I know. I love you too.” 

               Aku meletakkan kepala di dadanya. Mahu sambung menghayati bunyi degupan jantung Mr Salvatore. Dia memelukku dengan sebelah tangan. Jika didengar menggunakan stetoskop, setiap jantung yang berbeza punya degupan tersendiri. Dan untuk pemilik jantung ini, aku tidak teragak-agak untuk terjun ke dalam laut bersamanya walaupun aku tidak tahu berenang.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, January 20, 2013

Speechless Sunday : It's Okay To Cry.


 But it isnt okay to die.

May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, January 17, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 4.





 
              Kertas-kertas bersepah di atas meja yang kami duduki. Mr Salvatore meneliti lukisan pelan yang berada di tangan. Sesekali dia membetulkan perkara yang dirasakan tidak kena di atas lukisan itu. Aku pula menghadap buku-buku tebal yang bersusun membukit di hadapanku. Pharmacology, Taber’s Medicines Dictionary, Anatomy and Human Physiology  dan Basic Surgeries memenuhi ruang fikiran.

             “Bila lihat kau begini, baru nampak kau macam bakal doktor,” komen Mr Salvatore sekaligus menghentikan pembacaanku. Aku mengangkat muka. Dia sedang memerhatikanku dengan khusyuk. Entah sejak bila dia menggantikan pelan dengan wajahku untuk diteliti.

              “Kalau begini?”soalku seraya menanggalkan cermin mata dan menyisihkan buku ke tepi.

              “Kalau begini, Anna sahaja tanpa doktor di depan nama kau,” ulasnya kemudian tersenyum sendiri.Aku tidak ikut senyum.Sekadar memandang dia dengan muka berkerut. 

              Seakan tahu yang aku tidak puas hati dengan kenyataan itu,dia menambah untuk menyedapkan hati aku. “Tapi doktor yang nda kelihatan macam doktor adalah sesuatu yang bagus.”

              “Apa yang bagus?”tanyaku bukan kerana ingin tahu namun sekadar menduga.

              “Nda (tak) ada pesakit lari bila nampak kau.” Dia ketawa kecil di hujung kata-katanya. Lelaki ini sengaja mahu mencetuskan rasa kemarahan aku.

              “Aku kasi kau satu teka teki yang kau nda boleh jawab.Mau?” Mr Salvatore melarikan topik perbualan ke arah lain apabila nampak mukaku semakin mencuka. Selalu sahaja aku terlupa bahawa Mr Salvatore aku memang bijak membaca situasi dan tahu apa yang perlu dilakukan bagi memaniskan semula keadaan.

               “Apa?” Aku tidak sabar untuk tahu. Keterujaan yang terpancar di wajahku membuatkan Mr Salvatore menyampaikan teka teki itu kepada aku dengan senyuman.

               “Berikan nama untuk air nenas campur air milo lepas tu campur air kelapa.”

               Mr Salvatore memerhati gelagat aku yang sibuk mengerah otak mencari jawapan. Dia pandang aku.Aku pandang dia balik.Lama kami berkeadaan begitu sehingga akhirnya aku geleng kepala tanda menyerah kalah. Mr Salvatore hanya menunggu aku angkat bendera putih sebelum dia melebarkan senyum kemenangan.

               “Air apa?”desakku mahu jawapan.

               “Neelofa.”Mr Salvatore ketawa seorang diri.Tetapi tidak lama.Dia berhenti selepas mendapati aku sedang merenungnya dengan serius. 

               “Nda lucu?” soalnya ingin kepastian. Atau mungkin dia rasa bersalah kerana tertawa seorang diri.Aku angguk. Sebenarnya aku sedang menahan tawa dari terburai.Bagi meredakan rasa lucu yang menggeletek hati,aku capai botol air mineral.Lantas meneguknya sekali. Pada tegukan kali kedua, aku mengerling sekilas ke arah Mr Salvatore dan satu idea untuk mengusiknya tiba-tiba muncul.

              “Mari kita main satu permainan buat ayat yang pelik. Kau nak main?”

              “Why not...so how do we play it?”

              Aku pandang Mr Salvatore dengan riak muka tenang walaupun dalam hati aku benar-benar mahu tersengih besar. “Kita gantikan perkataan ‘air’ dengan ‘api’.Peraturannya cuma satu iaitu kita tak boleh ulang balik ayat yang orang lain dah buat. Kau mahu aku mula dulu?”

             Mr Salvatore menjawab sepatah, “Okay.”

            “Aku sedang pegang botol api.”Aku menunjukkan botol air di tangan kepadanya. Dia ketawa.

            “Bidak (teruk)betul bunyinya.” Dia memberi ulasan mengenai ayatku dalam senyuman.

            “Giliran kau pula.” Botol air di tangan kusuakan kepada Mr Salvatore.Seperti yang kuharapkan, dia terus mengambilnya. Kemudian membelek botol air itu seketika.Berfikir akan ayat apa yang boleh dibina menggunakannya.

            “Botol...”

           “Kau tak boleh ulang ayat aku. Itu peraturannya,” cepat-cepat aku memotong  kata-kata Mr Salvatore sekaligus mengingatkannya akan peraturan. Dia tidak jadi menyempurnakan ayat tadi sebaliknya membuka penutup botol lalu meneguk air.

            “Sejuk?Sedap?”soalku sebelum dia membuka mulut.

            “Api ini sangat sejuk dan sedap.” Dia pandang aku, “Boleh terima ayat tu?”

            Aku angguk lalu ketawa besar. Aku sudah tidak mampu untuk menahan tawa lagi sebaik mendengar ayatnya. Dia ikut ketawa. Aku tidak tahu sebab dia ketawa tapi aku tahu sebab aku ketawa.Dan aku mahu dia juga tahu.

            “Kau tengah praktis?” tanyaku dalam sisa tawa.

            “Praktis apa?” Dia tanya aku kembali. Wajah bingung lelaki ini membuatkan perasaan ingin ketawa aku memuncak tinggi.

            “Praktis untuk ke sana nanti.” Maksud kata-kataku tidak dapat dicerna oleh Mr Salvatore. Dia tidak faham kerana itu dia masih memerhatikan aku dengan tenang.

            “Ke sana...selepas mati...” aku menambah supaya Mr Salvatore dapat gambaran jelas apa yang cuba kusampaikan. 

               Dia memandangku dengan rasa tidak percaya. Mungkin ada sedikit geram dalam pandangannya.Marah. Rasanya kalau boleh mahu sahaja dia mencekikku ketika itu. Aku membatalkan hasrat untuk menyambung tawa apabila Mr Salvatore bangun dari kerusi. Spontan aku turut berdiri.

               “Kau mau rasa api yang sejuk ni?” Nadanya berbunyi seperti mengugut. Botol air ditayangkan di hadapanku. Aku telan air liur. Bukan kerana takut tapi cuba mengalihkan rasa lucu yang ada. Kalau aku ketawa sekarang, pasti aku akan basah sebelum sempat berbuat apa-apa. Jadi jalan keluar terbaik adalah melarikan diri.

               “Mengapa kau lari sayang? Marilah kita sama-sama rasa api yang sejuk ni.” Mr Salvatore memanggil aku yang sudah menjauh. Aku geleng kepala tanda tidak mahu kembali ke tempat duduk.

              “Marilah...kau cakap kau sayang sama aku kan?”soalnya mahu memerangkap. Aku tidak akan tertipu dengan helah begini. Mr Salvatore tahu itu. Dan sebab dia tahu maka dia tidak lagi cuba menggula-gulakan aku dengan kata-kata. Dari mengumpan aku datang kepadanya dia yang melajukan langkah ke arah aku. 

              Tidak perlu tunggu lama untuk berfikir, aku buka langkah seribu. Satu-satunya tempat yang mahu aku tuju sekarang adalah lif. Aku berlari sekuat hati. Aku ketawa sekuat hati.Tidak peduli dengan pandangan orang ramai di KSL Plaza itu. Bunyi ketawaku bagai membakar semangat Mr Salvatore atau mungkin egonya kerana sebaik mendengar aku ketawa dia tidak mengacah seperti tadi, dia sungguh-sungguh mengejarku.

              Dan aku sungguh-sungguh berlari. Mr Salvatore menghulurkan tangan mahu menggapai aku. Belum sempat dia menyentuh bajuku,aku sudah selamat masuk dalam kotak lif. Aku melambai tangan kepadanya sebagai isyarat bahawa dia tidak akan berjaya mendapatkan aku. Tetapi Mr Salvatore tidak mahu mengalah sebegitu mudah. Aku nampak dia berlari menuruni eskalator sebelum pintu lif tertutup rapat. Dari tingkat paling atas yang kami berada tadi, aku turun ke tingkat paling bawah. Tingkat terakhir sebelum sampai tempat parkir. 

             Aku menjangkakan terpaksa menunggu lama untuk lihat bayang Mr Salvatore tetapi ketika aku melangkah keluar dari lif, dia sudahpun berada kurang dua meter dari aku. Melihat aku terkejut macam nampak hantu, dia tersenyum kemenangan. Berpuas hati walaupun sedikit termengah-mengah akibat berlari. Lelaki ini, berapa laju dia boleh lari? 

             “I got you.” Dia menunjukkan botol air di tangan. Aku menarik balik kaki yang mahu melangkah ke arahnya. Perlahan-lahan kakiku mengundur ke belakang.

              “Hey, this isn’t fair sayang. Sayang?” Dia nampak tidak puas hati kerana aku sudah masuk semula ke dalam lif dan sekali lagi bersedia untuk menekan butang. Aku geleng kepala tanda tidak peduli sama ada ianya adil atau tidak.

              “Aku cuma bergurau bha sayang. Kau tahu aku nda akan...” kata-kata Mr Salvatore terhenti di situ kerana pintu lif sudah tertutup.

              Dia tidak bergerak atau berlari mengejar eskalator lagi.Dia berhenti di depan lif. Aku tidak berhasrat untuk ke atas semula.Aku biarkan pintu lif tertutup kemudian menekan butang untuk membukanya. Mr Salvatore sedikit terkejut melihat aku. Mungkin dia tidak menyangka aku akan berada di hadapannya untuk menyerah kalah.

              “I’m just kidding too. You know I won’t leave you, don’t you?” Aku membiarkan dia terperangkap dalam renunganku. Ketika dia kelihatan tergamam dan tidak tahu apa yang harus dikatakan, aku menapak keluar dari lif lalu memeluknya.

              “Why?”soalnya namun aku tidak pasti apa jawapan yang dimahukan.

              “Simply because I love you,” balasku setelah yakin itu jawapan terbaik untuk apa jua situasi. Botol air dalam pegangannya kutarik perlahan.

              “I love you too,” ucapnya sungguh sungguh.  Aku angguk. Botol air tadi kucampak dalam tong sampah di tepi kami.










May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat