Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, May 1, 2011

Segmen Weh:Halah Die Bukan Nak Baca Pun.


Nota Kepala:Sebenarnya aku nak tulis entri yang ditujukan untuk fiance aku tapi nanti korang akan benci nak baca dan mungkin membuatkan fiance aku sendiri emo.So,aku tulis pasal orang lain.



                    Hipokrit itu pura-pura.Kepura-puraan yang melampaui batasan dan norma-norma manusia biasa.

                   Misalnya bila si zalim cuba menunjukkan kasih sayang.

                  Dan si miskin cuba berlakon kaya.

                  Bila si tamak cuba memberi sedikit harta dengan muka mencuka.

                  Bila si hodoh cuba menutup segala kecacatan dengan kepalsuan.
 
                  Atau si penipu cuba menegakkan keadilan di mahkamah dunia.
 
                  Semua ini umpama sang kura-kura yang cuba menjadi arnab.Sang Arnab kalah sebab terleka tapi pada logiknya,ia tetap menang.Kura-kura takkan mampu mengalahkan arnab sampai bila-bila.Itu hakikatnya.

                   Dan hipokrit itu adalah kau.

                   Kalau kau benci aku,jangan pura-pura suka.Kalau kau menyampah tengok muka aku,jangan stalk FB aku.Kalau kau nak maki aku,jangan maki orang lain.Pukul anak sindir menantu eh?Kau memang pandai.Pandai berpura-pura.Kau perempuan paling bodoh pernah aku jumpa.Segulung Master tak menjadikan Pak Pandir genius seperti Hang Nadim.Sebab di akhirnya,Pak Pandir tetap Pak Pandir dan kebodohan Pak Pandir telah membunuh anaknya sendiri.Kau kena ingat sejarah tu.Hanya orang yang berlagak pandai cuba menidakkan fakta sejarah.Meskipun Pak Pandir bukanlah cerita sejarah.

                    Kau ada Master,kau tak bodoh kan?Atau walaupun bodoh,kau pandai berpura-pura,usah khuatir.Kau juga perempuan paling hipokrit pernah aku jumpa.Kau suka dan benci aku pada masa yang sama?Jangan hipokrit,kau bukan robot.Otak kau tak diprogram untuk buat 2 benda pada masa yang sama.Kenapa cuba menjatuhkan dan menyokong aku sekaligus?Serius ini kerja bodoh.Aku tak rasa ada perkataan lain dalam segulung Master kau itu untuk menerangkan semua ini kecuali HIPOKRIT!

                  Sudahlah.Aku tidak mahu menambah dosa.Aku pun bukan baik sangat.

                   Kalau kau sedang layan clubbing kat club tu,ingat-ingatlah aku di sini.Jangan lupa untuk jemput aku bila kau kahwin dengan pakwe Cina Kristian kau tu.Kau tak perlu risau,aku hanya akan senyum dan takkan cakap apa-apa even kau bersanding dengan baby kau kat pelamin nanti.Kau ada Master.Kau lebih pandai dari aku.Kau lecturer aku.Walaupun kau memberi ilmu dengan hati yang tak ikhlas,aku tetap mahukan ilmu yang berkat.


                  Disebabkan kau aku dah LIKE page kat bawah ni:





                     P/s:Dan wish aku untuk kau,semoga kau tertomoih di jalan kelak.







                        Sapa tak puas hati,boleh juin dan luahkan perasaan korang jugak.Sila kelik banner kat bawah.Ouh...banner ni ada kaler kuning.My faveret kaler.Teringin pulak nak suruh En.Fiance tulih apa yang dia tak puas hati kat aku.







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

22 comments:

NuRuL MoHaMaD said...

manusia kan, xbanyak sikit mesti dia ada prngai hipokrit tu. . .

:D

Abang Zam said...

untung fiance kau kalau daoat baca

fiance kau ade belog ke? nt aku leh suruh die tulis ape yg die tak puas hati ngn kau eh

bizkowt crunchyz said...

sentiasa hemo2.. heheh
bes la mnusia mg begituh!

Kesayangan Si Momo said...

whoa! pnuh mksd tersirat! pandai nya mengarang..*salute* :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:ye syg...begitulah manusia...

dah,nak pegi hipokrit kejap

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahahaha....

cepat suruh dia tulis...aku dh tak sabar nk baca ni

Sarah Sayuri Hartnett said...

@mira fatin:thanks...tp klu byk mksud tersirat nnti jadi berselirat smpai org tak faham nk baca...

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@bizkowt crunchyz:lebih suka hemo2 sebenarnya..bkn emo tp hemo2...

heheheh


:))

umUMRA said...

wee..emo <3

Sarah Sayuri Hartnett said...

@umUmra:hemo2...~~~weeee~~~~

<3

Abang Zam said...

hemo hemo! tahi kuda ah!

haha..act, fiance tu sakit perut..mybe die tak boleh tulis

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:ahh alasan je tu..

hemo2 la apa plak taik kuda...

Rafi Nilhan said...

haha.. lambat kau juin? apsal?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Rafi Nilhan:hahaha...kau lg lambat la...aku dah taip sejak azali tp baru published hari ni..aku suka scheduledkan entries..

akid said...

hipokrit - semua orang ada walaupun dia cakap dia tak hipokrit :D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Akid:yes,semua org hipokrit,aku juga hipokrit,

thanks singgah(nmpak kehipokritan itu)

:))

Abang Zam said...

kau nak hemo2 bajet comel ke?

hemo2 tu tahi kuda

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahaha...betul ke?mana kau tau?

ahhh tak kisah la,yg pntg ada org syg aku,klu dah takdak org syg esok,aku EMO balik...

skrg aku nak HEMO2 dulu...

kentang said...

Pompuan memang macam tu. Ops! Terlebih tak hipokrit suda. hahaha

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Kentang:saya suka kentang goreng,,,ini bkn statement hipokrit

thanks kentang :))

definitely.me said...

manusia ni semuanya hipokrit sebenarnya.
cuma cara dan sama ada perasan atau tak je.

sebenarnya lah.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Fza.Ibrahim:yes.agree with u.

but kdg kala terlampau hipokrit smpai myusahkan org lain

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat