Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, May 26, 2011

Sebab Kenapa Aku Benci Air Soya.


                   Jalan.Jalan.Jalan.Jalan lagi.Masuk kedai itu.Masuk kedai ini.Masuk butik itu.Masuk butik ini.Penat.Panas hati.

                  "Kau nak beli baju or just nak jogathon kat sini?"

                  "Nak beli la.Kita jalan sikit lagi eh.Aku tak jumpa baju yang kena dengan taste aku lagi."

                  "Haishyy..."

                  Jalan lagi.Jumpa toilet.Masuk toilet.Tengok cermin.Kemas tudung.Tengok muka.Tempek-tempek bedak.Keluar.Sambung jalan.

                  "Weh,tekak aku dah kering ni.Jom minum dulu."

                   Hati aku pun dah kering ni.Diam dan ikut sahaja.

                   Ke kaunter.Order air.

                   "Cepatla,kau tunggu apa lagi."Adik aku cuit aku.

                   Tengok muka si lelaki penjaga kaunter merangkap penjual minuman.

                   "Air soya satu."

                   Perhatikan keadaan sekeliling.Tak ramai orang.Then perasan yang adik aku sedang tengok muka aku dengan pandangan yang aneh.Eh?Aku toleh.Tengok si penjual minuman tengah pegang gelas kosong.Dan dia juga sedang melihat ke arah aku dengan penuh tanda tanya.Kenapa?Ada apa-apa kat muka aku ke?

                  "Weh,kau dah nyanyuk eh?Mana diorang jual air soya kat sini.Memang tak pernah wujud pun sejak dulu lagi."Perlahan adik aku berbisik.

                  Telan air liur.Pandang lelaki yang tengah pegang gelas kat depan aku.Dia sedang cuba mengawal senyuman dari kelihatan.Rendahkan diri.Gelak puas-puas sebab malu.Adik aku tumpang gelak sekaki.Entah apa yang aku fikirkan tadi.Aku cakap air soya ke?Macam mana benda tu boleh terkeluar dari mulut aku?Fikir benda lain tapi cakap benda lain.

                  Tarik nafas.Kawal senyum.Dan order sekali lagi.Kali ini minuman yang wujud kat situ.

                   "Terima kasih."Si penjual minuman menyerahkan gelas kepada aku sambil tersenyum.Aku benci tengok senyuman sinisnya itu.

                   Tapi aku memang tak suka air soya dari dulu lagi.Bukan sebab perkara memalukan ni.Cuma...ini memang errr...memalukan.



reaksi malu-malu.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

aiEz said...

kadang2 suka soya,kadang2 x..ikut pd tekak,hee..;)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@aiEz:HomeSoy sedap :)

Jαnnαhツ said...

soya perisa jagung best...

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Jannah:betul.perisa ros pun best jugak :)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat