Mengidam nak makan coklat Kisses tiba-tiba.Dari pagi ajak mak pergi beli tapi mak buat tidak peduli.Mahu melancarkan mogok lapar macam Mahatma Gandhi malam tu tapi akhirnya mak mengalah dengan kehendak anaknya.
"Cepat pergi siap.Ka nak pi dengan baju tidoq tu?Boleh jugak,mak tak kesah,"sambil mengomel mak arahkan aku bersiap.
Yesss!!!Lompat-lompat kat ruang tamu.Siap cepat-cepat lepas tu turun bawah.Mula-mula mak singgah Giant.Ada coklat Kisses tapi takdak perasa Hazelnut yang aku idam-idamkan.Mak patah balik masuk Tesco pulak.Takdak jugak.Aku mengeluh panjang.Kenapa dengan semua pasaraya hari ni?Time aku nak,time tu jugak la dia takdak.Ajak mak singgah Watson,mak malas nak berhenti.Akhirnya mak bawa aku ke Pacific.Laju kakiku melangkah ke rak-rak yang mempamerkan barangan diperbuat dari koko.Satu persatu aku belek.Kisses...kisses..kisses.Yes,akhirnya perasa Hazelnut terpampang di mata.Tapi cuma satu yang tinggal.Waktu tangan aku kalut nak capai coklat tu,ada tangan orang lain yang seiringan dengan aku.
Aku toleh kanan.Perempuan.Sebaya aku juga.Dia pandang aku dan aku pandang dia.Akhirnya dia mengalah bila tengok muka desperate aku.Aku pelawa dia ambil(ajak-ajak ayam je) tapi dia menolak.Akhirnya aku ambil.Bawa ke kaunter dan bayar.Waktu nak balik,aku nampak perempuan tu lagi.Sedang bercakap dengan somebody.Lelaki.Aku agak pakwe dia.Owh,dating rupanya.Patutlah sibuk nak cari coklat Kisses.Sempat lagi aku kutuk orang.Aku tengok mak yang sedang sibuk layan adik bongsu aku.Lalu aku memutuskan untuk pergi stalk diorang sekejap disebabkan sifat ingin tahu terlampau.
Perempuan(P):Tak sangka jumpa awak kat sini.
Lelaki(L):Err...ya.Saya pun tak sangka juga.
P:Saya ingatkan awak masih marah kat saya.
L:Saya pun ingat awak masih marahkan saya.
P:Maaf sebab buat awak selalu marah.Kadang-kadang saya suka cakap benda bukan-bukan.
L:Maaf sebab selalu hilang sabar dan marah-marah.
P:Saya dah lama nak minta maaf tapi takut awak masih marah lagi.Kalau orang masih marah,susah untuk dia maafkan orang lain.
L:Sebenarnya saya pun dah lama nak minta maaf.Tapi takut awak tak dapat terima.Kalau awak tak terima,malulah saya nanti.Lagipun saya ingat awak tetap dengan ego awak dan tidak peduli sebab tu awak diam saja.
P:Merepek jela awak ni.Siapa cakap saya tak peduli?Awak tu yang suka tuduh bukan-bukan.Mana ada ego la.
L:Yalah,yalah....(ketawa).Awak dah makan?
P:Tak makan lagi la.Jom pergi makan.
L:Cepat pilih tempat.Kalau saya yang pilih nanti awak merajuk lagi.
P:Mana ada merajuk la.Tengok,awak tuduh bukan-bukan lagi.
L:Yalah....awak tak merajuk.Dah,jom pergi makan.
P:Kejap....lupa nak beli something.Tunggu sini kejap okay.
L:Okay.Cepat sikit.Jangan lama-lama.Susah kalau saya pula yang merajuk nanti.
P:Yalah....tunggu sini eh.
Perempuan itu datang ke arah aku.Cepat-cepat sembunyikan diri.Kemudian jalan laju-laju kejar perempuan itu dari belakang.
"Cik...cik.Cik yang berbaju biru kat depan!"aku panggil dia.
"Eh...awak.Yang kat tempat Kisses tadi kan?"
"Yes,errr...sebenarnya.Saya nak bagi awak ni.Ambiklah."
"Eh?Tapi ni coklat awak punya."
"Takpa,ambil jelah.Tak payah bayar pun."
"Betul ke ni?Awak pasti?"
"Ya,ambillah.Saya ikhlas ni."
"Tapi kenapa?"
"Tak dak apa-apa.Saya boleh beli lagi lain kali kan."
"Owh...okay,errr..terima kasih banyak."
"Sama-sama."
Pergi cari mak.Mak perhatikan tangan aku yang kosong.Kemudian tanya sama ada aku nak pergi tempat lain lagi untuk cari Kisses.Aku jawab tak perlu.Mak tanya lagi sama ada aku nak makan apa-apa kat situ.Aku geleng.Kemudian ajak mak balik.Mak pandang aku penuh tanda tanya tapi tak cakap apa-apa.
"Perlu ka kita pi Langkawi esok nak cari Kisses?"soalan mak dalam perjalanan balik membuatkan aku ketawa besar.
"Tak payahlah mak.Apa yang mak merepek ni?"aku ketawa lagi.
"Dah tu?Tadi bukan main mengidam nak makan?"
"Dah tak rasa nak makan la mak,"aku senyum.Sebenarnya aku nak jawab yang aku baru perasan rupanya tak sedap kalau makan Kisses seorang diri.Lagipun,it takes two to tango right?
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
24 comments:
d only reason till today i haven't taste cotton candy and haagen daaz.weee~
@gadis biasa:hahaha....betul.sebab kalau berdua lebih sedap makan kan
makan sorang la lg nikmat..kongsi?
pfffftt
@Abang Zam:hahahaha
kau kedekut....!!
takda la emo 24/7 kaw nih rupanya.Ada jugak gurlish2 makan cekelat angin. kadang-kadang kaw punya stori dia punya go ada lain macam.Baekkk punya mai!
@headmaster:baik punya mai kan
gurlish?hahaha
tak selalunya aku akan tunjukkan sisi gurlish aku
hnya kpd org tertentu saja
selebihnya aku manusia tnpa perasaan
gila baik kau...
kalau aku hentam sorg2 je.....
cokelat.nyam2
@Silent:klu kau ada time tu aku dah bagi kat kau
malangnya kau takdak
so....nyam2 la..
aku bukan kedekut..aku nak nikmati saat indah bersama cokelat itu..cukup lah aku dah susah payah untuk dapatkannya
*kalau aku lah
oo..kongsi cokelat..
makan sorang pon ok.. eh eh..rela berkorban demi 1 couple bhgia kot
@Abang Zam:hahahaha
okay,alasan yg bagus.
*kalau kau kan*
@Rafi Nilhan:berkorban?
taklah,dah ada kontrak suruh bayar balik lepas tu
errr...hahaha
sungguh sweet nye kamooo...kalo sy xde makna nye..coklat itiew aku yg punye miahahahaha...shiuuuuuu~
sweet nye ;D Tapi sy makan sorang jeh , takde org nak kongsi :') hoho (;
perbuatan anda sgt sweet (^_^)
wuwuuu... mcm dlm filem.. hikhik..
@jiejah gorjes:errr..hehehe
thanks
:))
@areen jerry:meh kongsi sama...
saya sedia menerima....
:)
@suha:errr...yes mungkin.
:D
@miz rayy:sebenarnya memang filem
tu shooting adegan Kisses
:))
waaaa..yang single2 mcm saya ni..xdapatlah nak makan KISSES tu..
@duniaku:heheheh
boleh je mkn.tak pyh nk share cuma mybe tak sedap tp bergantung pd selera masing2...
so suggestion sy,beli dan bg pada saya lain kali....
:))
waaa...baiknya...siap bg free lagi cokelet tuu..hehe...best entry ni...folo u
@ cik dokter:errr...hehehe
thanks sebab polo
:))
Post a Comment