Seorang pengukir arca terkenal berdiri kaku di jalanan.Arca yang masih belum disiapkan berada di sebelahnya.Pengukir itu diam kerana dia telah kehilangan inspirasi untuk meneruskan kerja pengukir.
Seorang pelukis termasyur memandang sepi lukisannya yang dicalit secebis warna cuma.Berusnya telah patah.Dia tidak dapat meneruskan melakar warna di atas kanvas putih itu kerana berus itu merupakan sumber inspirasinya.
Seorang penggubah nota muzik agung mengutip kertas-kertas mengandungi not-not muzik yang bertaburan di tiup angin.Dia melihat kertas-kertas itu tanpa perasaan atau keinginan untuk memperdengarkannya kepada orang ramai.Dia tahu iramanya akan sumbang kelak kerana ilhamnya telah lari.
Seorang gadis biasa duduk di bangku kosong bersendirian.Pandangannya dihalakan ke depan.Wajahnya tidak beriak seakan-akan tiada emosi di situ.Di tangannya terdampar helaian kertas kosong yang kaku.Kosong bukan kerana penanya patah tetapi setiap kali dia cuba menulis tiada perkataan yang keluar.Bukan kerana dakwat pena itu telah habis tetapi kerana dia telah kehilangan kata-kata puitisnya.
Mungkin kerana dia bukan seorang pelukis termasyur maka dirinya dipandang enteng.Mungkin kerana dia bukan seorang pengukir arca terkenal maka tiada siapa yang peduli.Gadis itu juga kelihatan tidak kisah dengan dunia sekeliling yang tidak menghiraukannya.Baginya ada yang lebih penting dari itu.Tidak lama kemudian,pengukir arca itu melaluinya dan bertanya tentang keadaannya tetapi si gadis hanya membisu.Pengukir yang marah dirinya tidak dipedulikan terus sahaja berlalu pergi.
Selepas itu,datang pula pelukis termasyur dan dia mengulangi soalan sama yang ditanya oleh si pengukir arca.Kali ini pun tiada jawapan dari gadis.Pelukis yang bingung beredar perlahan-lahan.Dan terakhirnya muncul penggubah muzik agung.Dia turut meluangkan masa bertanya masalah si gadis.Melihatkan gadis hanya diam,dia mengeluh mengenai ilhamnya yang hilang.Kali ini gadis itu mendongak.Memandang si penggubah nota muzik.Lalu bersuara tanpa rasa.Nadanya hambar.
"Aku tidak hilang apa-apa.Cuma jiwaku yang telah tiada.Tanpa jiwa,aku sudah hilang segala-galanya.Kau cuma hilang inspirasi dan ianya akan datang semula bila-bila nanti.Kau masih punya rasa bukan?Tapi aku tiada lagi perasaan waima secubit pun.Tamparlah aku kerana rasa sakit itu juga sudah dibawa pergi oleh jiwa aku yang hilang.Jadi,beritahu aku wahai penggubah muzik teragung,apakah ada muzik yang dapat mengembalikan jiwa aku?Apakah ada lukisan yang dapat memberi aku rasa?Apakan akan ada arca yang dapat menumbuhkan kembali deria aku?Tiada.Segalanya telah hilang.Pergilah.Kau atau mereka tidak akan dapat membantu aku lagi.Aku bukan siapa-siapa.Usahlah menyusahkan diri kau dengan memikirkan aku."
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
6 comments:
ada ke orang yang boleh hilang jiwanya? sakit jiwa penah gak dengar.. heee :P
mungkin bukan hilang jiwa.dia hilang nikmat segalanya
@Rafi Nilhan:yes,ada
sakit jiwa tu jiwa dia sakit tp tak hilang lg
:))
@Headmaster:utk hilang nikmat segalanya perlu hilang jiwa dulu
or vice versa..entahla
hilang rasa
hilang jiwa
tiada nikmat
cuma dilakukan ITU untuk memenuhi harapan org lain,bkn harapan sendiri
tu vamne plak?huuuu^^
@gadis biasa:tu umpama robot yang jasadnya ada jiwanya tiada
Post a Comment