Suasana malam raya.Bayangkan ketika lagu-lagu raya sedang berkumandang diselang seli dengan suara takbir dari masjid mahupun radio.Dan bau kuih muih dan ketupat sedang menyengat hidung lalu menggoda deria rasa.Kami beramai-ramai berkumpul di dapur untuk membantu mak kononnya tapi lebih banyak menyusahkan dan melantak saja kerjanya.Then,adik kedua aku yang sedikit becok mulutnya bertanya mak.
Adik Kedua:Mak,kalau kami nak kahwin nanti,mak nak menantu yang macam mana eh?
Mak aku terdiam agak lama.Berfikir mungkin sebelum buka mulut untuk menjawab.
Jawapan Mak:Yang putih.
Aku:Kalau dia hitam?
Mak:Mak takmau.
Adik ketiga:Tapi kalau kami dah suka macam mana?
Mak:Mak nak yang putih dan tinggi saja.
Adik Kedua:Kalau dia hitam dan pendek tapi kaya?
Mak:Mak takmau jugak.
Aku:Kalau dia miskin,hitam dan pendek?
Mak:Kalau kahwin juga dengan orang macam tu,mak takmau mengaku anak.
Terkedu aku dengan jawapan mak.Ketupat tak jadi nak disuap ke mulut.Sebenarnya aku benci makan ketupat,nasi himpit,lontong,lemang dan sebagainya.Kalau setakat nak rasa secubit dua tu bolehlah.Dan juga laksa,laksam dan banyak lagi la yang aku tak suka makan.Pendek kata,aku hanya makan roti.Mungkin juga aku makan nasik.
Aku:Tapi bukan mak yang nak kahwin nanti.
Mak:Tapi menantu mak jugak.Ahhh...mak tak kira.
Adik Kedua:Mak,chek ni bukan putih macam Kak tu.Lelaki putih mana yang mau kat chek?
Mak:Diamlah.Cari yang putih jugak.
Adik Ketiga:Kalau macam tu,chek takmau kahwin la,lagi senang.
Mak:Takmau kahwin pun sudah.Ada mak kisah?
Penat bertikam lidah dengan mak kami yang selalu menang,kami berempat pun keluar mencari ketenangan di luar.Sambil ditemani cahaya lampu warna-warni dan bunyi dentuman mercun,aku sebagai penasihat utama kelab wanita kami bersuara.
Aku:Kalau macam ni la gayanya,nampaknya kita semua akan jadi andalusia sampai mati.
Adik Kedua:Yalah,aku pun rasa macam tu.
Adik Ketiga:Aku dah cakap aku takmau kahwin.
Adik Keempat:Aku pulak tak kira,aku nak kahwin dengan siapa yang aku suka.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
10 comments:
=D
@Cik Chinta:
:))
HAHAHAHAHA. so, cerita tunang kau tu tipu la? kuangkuangkuang.
@duraney my honey:taklah
memang dah bertunang....tp klu aku terangkan pun kau takkan faham
yeah...klu jumpa yg calon yg sesuai so why not
hehehe
betul ke mak sarah ckp gitu?
kita tak tau jodoh kita dgn sape
kadang yg kita nk tak dpt
yg kita tak nak, tu yg dpt...kihkihkih
berdoa...
lelaki putih, tinggi, kaya, tapi hati die kelabu
atau
lelaki hitam, tinggi, sederhana tapi hati nya baik
yang mane nak..???huu^^
saya nak biru.kalau boleh pelangi faham?
@zarazueyin:hahaha
ni saje je ni
nak memprotes
:))
@gadis biasa:dua dua pun takmau
hensem itu subjektif
tggi putih,kaya,beragama,itu bukan hensem dari sudut pandangan akak
susah nk faham kan
:))
@silent:teletubbies darling
mau ka?
Post a Comment