Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, May 14, 2011

Romeo VS Juliet.


                    Suasana di meja makan yang agak tegang.Si Juliet memandang tajam ke arah Romeo yang selamba makan tanpa mempedulikannya.Romeo yang tidak sedar akan kemarahan yang disimpan kemas oleh si Juliet.Juliet akhirnya menghempaskan sudu di tangan ke lantai.Romeo kelihatan terkejut lantas memerhatikan wajah tidak puas hati Juliet.Tanpa perlu Romeo membuka mulut bertanya,Juliet terlebih dahulu bersuara.Ahh..Juliet yang tidak tahu mengawal emosi.

Juliet:Awak lupa lagi.

Romeo:Lupa?

Juliet:My roses.

Romeo:Ohh...bukan lupa.Tapi tak ingat.

Juliet:Bodoh!

Romeo:Lagipun,membazir duit saja beli roses hari-hari.

Juliet:Gila!Jangan bagi alasan bodoh.

Romeo:Roses itu tak penting.Yang penting perasaan saya pada awak.

Juliet:Bagi saya tiada perasaan tanpa roses.

Romeo:Awak tak makan?

Juliet:Jangan cuba alih topik.

Romeo:Makanlah.Nanti awak sakit saya juga yang susah.

Juliet:Hanya orang bodoh yang boleh makan dalam situasi sekarang.

Romeo:Yes,orang bodoh yang awak suka.

Juliet:Fine.



                   Juliet mengangkat pinggan kosong di hadapannya lantas sengaja dijatuhkan ke lantai.Bunyi pinggan berkecai membuatkan Romeo tergamam.

Juliet:Will I get my roses now?

                  Tiada jawapan dari sang Romeo.Juliet senyum sinis sambil mengangkat gelas yang juga kosong.Kali ini baru Romeo perasan yang gelas dan pinggan itu kosong sedari tadi.
Kosong bermakna tiada makanan.Tiada makanan beerti si Juliet sengaja menyeksa diri tidak mahu makan.Ahhh..Julietnya yang memang bodoh.Sanggup berlapar semata-mata ingin memprotes.Gelas kosong itu juga dijatuhkan ke lantai tanpa perlu berfikir panjang.

Juliet:Will I get my roses now?


                   Romeo menggeleng.Tanda mahu menyuruh si Juliet menghentikan perbuatan bodohnya.Juliet berpura-pura buta dan terus berjalan mengelilingi meja makan.Satu persatu gelas dan pinggan sama ada yang kosong atau tidak sengaja dijatuhkan ke lantai sambil mengulangi soalan yang sama kepada Romeo.Akhirnya sehingga sampai kepada Romeo.Saat si Juliet mengangkat pinggan Romeo untuk dijatuhkan ke lantai,Romeo pantas menahan.


Juliet:Awak lebih sayangkan makanan dari saya.

Romeo:Duduk dan makanlah.You will get your roses now.


                   Dan Romeo berlalu pergi mencari roses buat si Julietnya.Juliet hanya memerhati dengan hati yang sebal.Bodoh!Apa yang dia mahu hanyalah satu ucapan maaf bukannya sejambak roses segar.Romeonya sungguh bodoh.

                 Romeo yang tidak faham terus mencari roses buat pengubat rajuk si Juliet.Bagi dia Julietnya juga bodoh kerana menyamakan perasaannya dengan roses.Kalau dia tidak sayang,masakan dia akan menurut segala kemahuan Juliet termasuk mencari roses di waktu malam begini.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

✿ gadis biasa ✿ said...

thats a main idea in
-man from mars, women from venus-john grey ^.^

Abang Zam said...

ah..aku benci mintak maaf selalu

kadang2 aku malas nak buat apa2..sampai aku yg dengar maaf tu dari mulut org yg harus ucap

ini emoticon paling cantik!
(^___-)y

KAHKAHKAH

areen jerry said...

sukenyee ;D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@areen jerry:hehehe

im not sweet all the time

well actually my entries not so what we called sweet all the time

:))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat