Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, May 30, 2011

Because You Are Always Right.


                   "I'm so sorry,deeply,truly,humbly,absolutely,heartly SORRY..."


                   "Are you going crazy?Why there is too much of sorry?"


                   "Because you keep telling me that I was wrong.
                    Because you are always right."
 
                    "What are you getting at?"

                     "Not your money or attention of course.Simply just your impossibly-hard-to-get forgiveness."

                     "You sound pretty sarcastic as always."

                     "Yeah,and you sound as right as always."

                      "Is what you want is only my forgiveness and nothing else?"

                       "Both you and your forgiveness.But sadly and unfortunately I did not own any of that.So I couldnt be selfishly greedy.I am trying not to be."

                       "What if you couldnt have any of those?"

                       "Have you heard the story about the sweet nightingale and a red rose?"

                       "No.Why?"

                       "You should read it then."



  










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, May 29, 2011

Kalau Dah Mati,Tanam Sahajalah.


Me:Arent you going to pick up the phone?

Sis:No I'm not.Do you have anything to say?

Me:Indeed.A lot of.First of all,handphone kau dah memekak 24/7 dari pagi tadi lagi.SO,(PLEASE!)please,tolonglah angkat.Will you?

Sis:Kalau dah aku biar memekak je dari pagi WTH should I pick it up huh?No,thanks but I wont.

Me:Why are you being like some pieces of shit arrogant ignorant atheis huh?Whosoever that are trying to reach out for you is sure have a damn lot of patience!

Sis:Biarlah.Padam muka sebab aku mesej dia taknak balas.And dia tipu aku bout something.

Me:Are you stupid?Are you an idiot?How old are you?Behave like your age will you?!Kau ingat dia dah tak dak kerja lain selain dari nak berkepit dengan handphone 24/7 untuk balas mesej kau?For God damn sake,think about others will you?

Sis:Do you know how to shut your mouth up?

Me:Yes I know but if only you know how to make your phone shut up.See...this is one hellious of hell!For God sake,47 missed calls and 57 messages!Are you going crazy?

Sis:No,you are.Kalau kau kesian sangat,balaslah mesej tu dan pick it up when it rings,will you?

Me:Kau nak aku balaskan eh?Jangan menyesal pulak nanti.And take this(campak handphone),tolong buat apa yang patut.

Sis:Kau dah gila eh?(sambut).

Me:What?

Sis:Kau okay ke ni...siap dah boleh bagi nasihat panjang berjela kat aku?

Me:Kenapa pulak aku tak okay?Aku okay je.

Sis:Okay hotak kau!Sikit je lagi tadi kami hampir nak bawak kau ke hospital tahu?!

Me:Kau ni dah kenapa?Hospital apa pulak?Kau jangan harap boleh bawak aku pergi sana.

Sis:Hah...degil lagi!Degil.Keras kepala.Hati ais batu!Kau tahu tak betapa risaunya aku tadi bodoh?

Me:Apa pulak?Apa yang aku buat bodoh?It's just a fever not AIDS!

Sis:Ooo...yes!You are absolutely damn right,sis.It's just a fever eh?But did you fuu*king know how high is your temperature this morning?!And how you started to talk nonsense out of blue?

Me:Apa yang kau merepek ni?Hah bagitaulah aku cakap apa?Ada aku bagi no 4D ka?

Sis:Hey,ni bukan benda main-main bodoh!Kau tahu yang kau sebut nama....ahhh just forget it!Nanti je aku cerita.Betul ke kau dah okay ni?

Me:Betullah.Ada kau nampak aku macam zombie ka?

Sis:Boleh serius dak?Kau dah menakutkan semua orang tadi tahu,gila!Nak je aku campak kau ke ICU....

Me:Dah tu,apsal tadi tak campak?

Sis:Sebab kau degillah!Keras hati.Masa kau start sebut (censored!) tadi,sempat lagi kau bantah cadangan aku tahu!

Me:See...maknanya aku masih okay la masa tu.

Sis:Kau memang dah gila eh?Kalau kau mati tadi...

Me:Kalau dah mati,tanam sahajalah.Apa yang susahnya?Bukan ada sapa yang ambik kisah pun.

Sis:Aku kisahlah,gila!

Me:Kalau kau kisah,angkatlah phone ni bodoh!Bunyi handphone kau yang membuatkan aku bertambah sakit tahu?

Sis:Yang kau sibuk sangat nak kasihankan dia apsal?

Me:Fikirlah sikit pasal hati dan perasaan orang before doing something.Aku kisah sebab aku tahu macam mana perasaan dia sekarang.Sebab selalu aku call and mesej kau,haram kau nak balas.Sekali setahun adalah...

Sis:I dont care.Keep my handphone with you until I decide that I want it back okay?Deal?

Me:Yeah...sure.Keep mine too with you eh?

Sis:Deal!







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, May 28, 2011

Kau Akan Benci Aku Nanti.


                      Kata orang tua-tua,jangan terlalu benci,nanti jatuh sayang.

                      Bagi aku sebaliknya juga boleh berlaku,jadi jangan terlalu sayang,nanti jatuh benci.Bukan untuk pasangan kekasih sahaja tapi juga kepada semua yang berhubungan dengan kita.Sahabat misalnya.Pernah terfikir mengapa yang tercinta boleh bertukar menjadi yang paling dibenci?Atau bagaimana sahabat sejati bertukar menjadi musuh tegar?

                      Sebabnya semakin kita rapat dengan seseorang,semakin banyak pasal dia yang kita tahu.Semakin banyak keburukan dan kekurangan yang kita nampak.Itu akan menjadi sebab utama yang membawa kita kepada kebencian.

                      Ya,begitulah selalunya.Tidak percaya?Boleh cuba,aku tidak kisah.Tapi kalau kau benci aku nanti,maka kau akan mengakui akan hakikat ini.

                       Hence,love the person the way they are not the way you want them to be.And dont love those person who are beautiful to the world but those who make your world beautiful.

                      Speaking too much about love will drive my beloved readers to hate Sarah Sayuri.Really. 

                      No,actually being too close to me will make you hate me.Kau akan benci aku nanti.








Nota Kaki:But I wont hate you.Just so you know how sweet Sarah Sayuri can be sometimes besides her sick and emo attitudes.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sebab Semua Orang Hanya Pandai Mengkritik.


                     Ya,sebab semua orang hanya pandai mengkritik tapi tiada siapa yang pernah meletakkan diri di tempat seseorang.

                     Mungkin mereka punya hati dan mulut jadi mereka bebas mengkritik.Tapi tidakkah mereka terfikir yang dikritik juga mempunyai perasaan dan suara cuma ianya tidak dilontarkan sebaliknya dipendam sahaja.

                    Ya,ini bukan tentang aku tapi tentang yang dikritik dan yang mengkritik.

                    Tentang nurses.Banyak yang mengutuk kan?Nurses kerja tak ikhlas and bermuka masam mencuka.Nurses buat keja sambil lewa dan tak tahu tersenyum.Nurses itu dan nurses ini....

                    Nurses juga manusia biasa.Jangan sesekali membuat tohmahan sekiranya korang tak berada di tempat mereka.Aku sebut mereka bukan kami sebab aku bukan nurse tapi aku boleh ceritakan pasal nurses.

                  Tentang bagaimana nurses bekerja tanpa henti dan memang sudah menjadi satu kewajipan bagi untuk mereka terpaksa bekerja lebih masa dengan bayaran yang sama.Tentang bagaimana karenah manusia yang tidak tahu menghargai penat lelah orang lain atau bagaimana perasaan nurses apabila mereka sedar mereka bukan bekerja dengan mesin sebaliknya dengan nyawa manusia.Tersilap sedikit,satu nyawa melayang.But still nurses tetap nurses dan yang mengkritik tetap akan jadi pengkritik tegar.

                    Atau korang mahu mendengar bagaimana nurses yang seramai 3 orang mampu menjaga patients seramai 43 orang satu ward atau lebih.Berminat?



mungkin beginilah keadaan patient apabila nurses mogok.











Nota Kaki:Kalau aku jadi nurse,aku akan jadi sick nurse.So,ada sesiapa yang perlukan rawatan dari aku?



May peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, May 27, 2011

Hide Away From The Sun.


                   I used to hide from the sun before.

                   But somebody told me that I was too pretty to keep hidden behind the cloak of clouds.Surrounded by infinity of darkness.

                  So I step out.Bathing in the sun.

                 But I was too careless.It was too hot.

                 And I burnt my delicate pale skin.So,I decided to step back.And let the darkness engulf me once again.

                 Maybe it's better to hide away from the sun than trying to satisfy others by burning yourself out there.Somewhere. 









May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Correct Me,Dont Fix Me.


                    Yes,this is what I am trying to say.

                     Betulkan aku tapi jangan cuba baiki aku.Sebab aku salah bukan aku rosak.

                     Jika aku berbuat salah atau pada pandangan kau ianya salah,maka dengan segala rasa hormat dan rendah dirinya,aku mempersilakan kau untuk membetulkan aku.Maksud aku tegur aku bukan kau pergi mencari kesalahan aku lalu membetulkannya.

                     Sebab aku selalu buat salah.Sebab aku manusia.

                     Do correct me eh?Correct me but dont try to fix me.

                     Lagipun,korang...sori,kau..ya,kau...kau sayang aku bukan?











Nota Kaki:Bukan nada sarkastik.Dibaca dengan nada serius dan tenang.

May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, May 26, 2011

Sebab Kenapa Aku Benci Air Soya.


                   Jalan.Jalan.Jalan.Jalan lagi.Masuk kedai itu.Masuk kedai ini.Masuk butik itu.Masuk butik ini.Penat.Panas hati.

                  "Kau nak beli baju or just nak jogathon kat sini?"

                  "Nak beli la.Kita jalan sikit lagi eh.Aku tak jumpa baju yang kena dengan taste aku lagi."

                  "Haishyy..."

                  Jalan lagi.Jumpa toilet.Masuk toilet.Tengok cermin.Kemas tudung.Tengok muka.Tempek-tempek bedak.Keluar.Sambung jalan.

                  "Weh,tekak aku dah kering ni.Jom minum dulu."

                   Hati aku pun dah kering ni.Diam dan ikut sahaja.

                   Ke kaunter.Order air.

                   "Cepatla,kau tunggu apa lagi."Adik aku cuit aku.

                   Tengok muka si lelaki penjaga kaunter merangkap penjual minuman.

                   "Air soya satu."

                   Perhatikan keadaan sekeliling.Tak ramai orang.Then perasan yang adik aku sedang tengok muka aku dengan pandangan yang aneh.Eh?Aku toleh.Tengok si penjual minuman tengah pegang gelas kosong.Dan dia juga sedang melihat ke arah aku dengan penuh tanda tanya.Kenapa?Ada apa-apa kat muka aku ke?

                  "Weh,kau dah nyanyuk eh?Mana diorang jual air soya kat sini.Memang tak pernah wujud pun sejak dulu lagi."Perlahan adik aku berbisik.

                  Telan air liur.Pandang lelaki yang tengah pegang gelas kat depan aku.Dia sedang cuba mengawal senyuman dari kelihatan.Rendahkan diri.Gelak puas-puas sebab malu.Adik aku tumpang gelak sekaki.Entah apa yang aku fikirkan tadi.Aku cakap air soya ke?Macam mana benda tu boleh terkeluar dari mulut aku?Fikir benda lain tapi cakap benda lain.

                  Tarik nafas.Kawal senyum.Dan order sekali lagi.Kali ini minuman yang wujud kat situ.

                   "Terima kasih."Si penjual minuman menyerahkan gelas kepada aku sambil tersenyum.Aku benci tengok senyuman sinisnya itu.

                   Tapi aku memang tak suka air soya dari dulu lagi.Bukan sebab perkara memalukan ni.Cuma...ini memang errr...memalukan.



reaksi malu-malu.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

I Didnt See Anything.


                    "Mak?"

                    Masuk bilik.Tiada.

                    "Mom?"

                    Ruang tamu.Tiada juga.

                    "Mommy!?"

                    Berhenti di pintu masuk dapur.Stunned.

                    "Err...I didnt see anything.I swear I didnt."

                     Berlalu pergi perlahan-lahan.






Nota Kaki:Suka tengok romantic couple even dah lama kahwin.So sweet....



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, May 25, 2011

Perfection.



                     Perfect.Define perfection.
     
                     -The condition, state, or quality of being free or as free as possible from all flaws or defects.


                      "Sarah Sayuri,please define perfection for us."

                      "Errr...none.Undefined."

                      "May you,Miss Hartnett,explain to us why did you said so?"

                      "Because none of us are being free from all flaws and defects.Neither you nor me."

                      "But we have ways to cover up our flaws and defects,isnt that right?"

                       "Do you mean by using some kind of concealer or foundation?"
 
                       "Well,that is by chance,an example.May I say so?"

                      "Yes,you may.But may I suggest that not all of us can afford it.And not all of us like to use make up even if we do.By the way,using concealer too much can harm your delicate skins."

                       "You are indeed Miss Hartnett,a perfectionist isnt it?"

                       "I believe we all are."

                       "Then why do you have some kind of uneasiness towards this matter?

                       "Am I being fairly judged?"

                       "But I am not a fair judge,Miss Hartnett.I believe it's better to assume this as a question."

                       "What I choose to assume is my choice.Because a perfectionist will look for perfection not trying to perfect herself."

                       "A clap for that answer,Miss Hartnett."

                       "You have my thanks."














May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Up And Down.


                    Air laut pun ada pasang surutnya.

                    Bulan pun tak selalu bulat.Kadang-kadang separuh,kadang-kadang bentuk sabit dan adakalanya bulan hilang langsung sepanjang malam.

                    Roda yang berputar ada turun naiknya.

                    Kita pun takkan selamanya berada di atas.Mungkin esok lusa jatuh tersungkur atau tersembam di jalanan.Siapa tahu?

                    Aku pun bukan selamanya akan berada di sini.Mungkin esok lusa ada,mungkin sehari lepas tu tiada lagi.Mungkin.Semuanya ada turun dan naiknya.

                     Sebab tiada kebetulan di dunia ini.Yang ada cuma peluang.Jika berpeluang berjumpa,hargailah pertemuan itu.Jika masih berpeluang menulis,taiplah sepenuh hati.Jika masih berpeluang membaca,hayatilah setiap baris kata.Ya,kerana peluang tidak datang selalu.Kau dan aku antara mereka yang bertuah kerana diberi secebis peluang itu.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, May 24, 2011

Pillow Talks.


 Time started:12 Midnight


Sis:A kau tak call pulak.Agaknya dia dah ada orang lain kot.

Me:Huh?Kau cakap dengan aku ka?

Sis:Tak,aku tengah cakap dengan bantal dan tilam ni.

Me:A sapa?Aku ke kau?

Sis:Kaulah!Pekak!

Me:Owh...ingatkan A kau.Maklumlah banyak orang nama sama.Kalau nak cakap tu biar jelas lain kali.

Sis:Yang kau punyalah!!!

Me:Perlu ke kau jerit?Aku tak pekak lagi.Kau dengan A kau apa cerita?

Sis:Kau jangan sebut nama dia lagi boleh?!Dia dah mati kot.

Me:Owhh...sebab tu ka kau menyibuk nak jaga tepi kain aku sekarang?

Sis:Aku dengan dia takdak apa-apa hubungan la!!!

Me:Yalah...dia coursemate kau je kan?Ya,aku faham...(senyum sinis)

Sis:@#$&*&%%*&@#+# kau ni!Kau dah gila eh?!!

Me:Kau bergaduh besar dengan dia hari tu kan?Padam muka.Mulut tu laser lagi lain kali.

Sis:Ahhhh...dia yang salah.Orang penat-penat buat kerja,dia bersenang lenang makan tembikai.Maunya aku tak mengamuk.Apa dia fikir dia tu bos besar ka?

Me:Kawal sikit emosi kau.Asyik nak marah orang saja.

Sis:Owhh..ya.Kau tahu si H tu kan gedik nak mampos.Dan si M tu boleh kapel dengan dia..Eh,pleasela...Kat FB penuh dengan gambar-gambar dorang.

Me:Yakah?Dah tu,si G dia lempar mana?Bukan dulu dorang cinta mati ka?

Sis:Tak..mula-mula aku fikir macam tu jugak tapi si H ni punya perangai.Kau tahu-tahu jelah kan.

Me:Nanti si H akan tinggalkan juga si M tu.M tak sedarkah?J pula macam mana?Hari tu kau cakap jumpa dia kat dalam flight?

Sis:Ha'ah...sial betul!Cilaka la dia ni!Hari tu aku ajak dia temankan aku balik dia setuju.But last-last minute dia cancel.%#$&^#%!!!Rupa-rupanya dia nak balik dengan buah hati dia.Apa dia ingat aku syok kat dia ka?Pleasela....aku cuma nak dia teman as a friend.Kalau tak boleh,cakap jela awal-awal,bukan aku nak marah pun.

Me:Kau...sure ke tak marah dia?Mungkin dia takut nak bagitau.

Sis:Kau jangan nak start provoks aku lagi..Satgi kot..

Me:Dota..Kau tahu pasal dota?

Sis:Awat tak tahu pulak.Banyak budak lelaki coursemate aku main benda tu sampai tak tidur then tidur dalam kelas besok pagi.Aku paksa diorang ajarkan takmau pulak.Diorang cakap aku ni kuat emosi la akan rosakkan komputer tu kalau kalah la...Macam-macam..Bla..bla..bla

Me:......

Sis:Dan kau tahu....benci gila aku tengok status B kat FB.Hipokrit gila dia tu...bla.bla...bla...bla...

Me:Aku takdak la FB dia.Suggest dia sebagai friend untuk aku.Boleh kita kutuk dia sama-sama nanti.

Sis:Nanti la...kau ni.Lepas tu kan,satu lagi benda jadi masa kami pergi vacation kat K.Masa tu aku tengah baring-baring baca majalah...bla..bla...bla..bla

Me:Bla....bla....bla...habis tu?bla...bla...

Sis:Bla....bla...bla....aku pun blahla sebab aku dah betul-betul geram masa tu..Bla...bla..bla.

Me:Bla...bla...bla..

Sis:Bla...bla...bla..bla...



 Time end:6 AM.









Nota Kaki:Pernahkah korang terfikir apa yang girls akan bualkan masa diorang buat sesi Pillow Talks?Mungkin benda yang tak pernah dijangka dek akal.Aku dan adik aku banyak buat sesi Pillow Talks sebab banyak benda yang kami nak bualkan.Kebanyakannya rahsia antara perempuan dan antara kami sahaja.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, May 23, 2011

The Guy Was Gorgeous,He Was Cool.


                    One word for this film.SWEET.It made me melt like a piece of butter under the sun.Yes,it's Korean's.But untuk yang benci Korean films rasanya tiada masalah untuk tengok sebab filem ni bukan untuk K-Pop addicted.Sebab aku juga bukan peminat drama ,muzik or filem Korea.Malah hero dan heroinenya juga sangat tak kacak or cantik macam dalam filem Korea yang lain.Cuma plotnya sangat menarik dan breathtaking.

                   Tak berbaloi untuk aku review filem ni panjang-panjang because no words can describe it.Tengok sendiri dan judge it.Do judge it.Really.








Nota Kaki:Sesuai untuk semua peringkat umur dan semua status tak kira single,in a relationship,engaged,married,divorced,widowed dan lain-lain.Dijamin tiada unsur Iluminati or Freemason.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, May 22, 2011

Review:Pulse.


                    Atas perjanjian sulit aku dengan Miss Silent  maka review ini ditaip.Ya,Miss Silent aka Romeoku,ini adalah filem yang aku janjikan untuk direview hanya untuk kau ketika kita bermesraan suatu ketika dahulu.Sila baca dengan penuh penghayatan.

                    PULSE filem tahun 2006.Agak lama.Dari korang habiskan tisu lap air mata sambil tengok filem Nur Kasih,aku rasa ada perlukan untuk korang keluarkan sedikit,errr...mungkin banyak adrenalin sepanjang menonton Pulse.Disebabkan banyak aktiviti hack,spam dan lain-lain lagi serta kita juga semakin banyak menghabiskan masa menghadap lappy,henfon dan tak boleh hidup tanpa teknologi,maka aku rasa korang yang tergolong dalam golongan yang cintakan teknologi seperti aku SANGAT-SANGAT perlu tengok filem ni.Filem yang membuatkan aku takut untuk sentuh lappy dan henfon selama beberapa hari.Selepas tu,aku mula berkapel balik dengan gadgets kesayangan aku ni.


                     PULSE bermula dengan kemunculan seorang lelaki ,Josh,pelajar universiti yang kelihatan takut serta cuak seperti dikejar sesuatu.Gelagat Josh yang pelik dan mula mengasingkan diri membuatkan aweknya,Mattie dan rakan karib mereka berasa bimbang.Lalu,selepas beberapa hari Josh menghilangkan diri,Mattie pergi ke apartmen beliau dan dikejutkan dengan kejadian Josh menggantung diri di hadapannya.Misteri kematian Josh bersambung apabila Mattie dan beberapa kawan rapat Josh yang lain menerima mesej meminta pertolongan dari Josh melalui ruang chat dan emel.Mereka mengandaikan yang komputer Josh masih terpasang dan menghantar mesej itu dengan sendirinya.Maka,salah seorang rakan Josh dan Mattie memutuskan untuk pergi mendapatkan komputer Josh di apartmennya dan menyiasat perkara ini.

                   Seorang demi seorang rakan mereka mati secara aneh selepas itu.Kejadian ini diikuti dengan siri bunuh diri oleh penduduk di sekitar kawasan bandar.Sehingga Mattie memutuskan untuk pergi menyiasat sendiri dan dia bertemu dengan lelaki yang membeli komputer teman lelakinya iaitu Dexter/Dex.Sila benarkan aku menjadi perempuan sekejap di sini.Dexter adalah pelakon yang memegang watak Damon Salvatore dalam The Vampire Diaries.Omaigosh....dan dia adalah hero dalam filem ni.Tapi aku tonton filem ni bukan kerana beliau.Anggaplah ianya satu bonus untuk aku kerana it's unexpected.Yeah....Okay,sambung.Dex dan Mattie pun bekerjasama menyiasat apa yang ada dalam komputer Josh yang menyebabkan dia berkelakuan aneh sebelum kematiannya dan adakah ianya berkaitan dengan kejadian bunuh diri penduduk bandar mereka seorang demi seorang.

                    Hasil penyiasatan mereka membawa kepada penemuan virus yang dihasilkan oleh seorang lelaki bernama Zeigler.Dan mereka juga mendapat tahu bahawa Josh telah hacked sistem yang dihasilkan Zeigler lalu menyebabkan virus tersebut tersebar ke merata tempat melalui teknologi.Inilah padahnya kalau terlalu pandai dalam IT.Dalam usaha Mattie dan Dex menjejaki Zeigler,lebih ramai penduduk bandar yang mati sehingga akhirnya bandar mereka menjadi bandar berhantu yang hampir kosong.Penataan cahaya dan efek suram dalam filem ini harus dipuji kerana nampak realistik dan bukan dibuat-buat seperti dalam filem Khurafat.Suasana seperti ini mampu menaikkan adrenalin tanpa perlu ada adegan hantu atau jeritan.Perlu aku ingatkan yang dalam filem ni tiada hantu tetapi sesuatu yang lebih dahsyat dari itu.

                   Untuk mengetahui sama ada Mattie dan Dex berjaya menemui Zeigler lalu menghentikan penularan virus misteri yang mampu menyalin dirinya sendiri,korang harus tengok sendiri filem ni.Filem ini diadaptasi dari filem seram Jepun tapi pada pendapat aku,filem ni lagi best untuk ditonton.Lagipun,aku suka menonton filem yang banyak memaparkan permainan psikologi sampai membuatkan kita jadi psiko.PULSE bagi aku adalah mix antara seram,thriller dan psiko.Semuanya ada dalam satu filem.Berbaloi untuk ditonton kerana ianya akan membuatkan kita berfikir semula akan keburukan terlalu bergantung pada teknologi. 

                    Tapi aku harap korang takkan takut untuk datang ke belog aku selepas tonton filem PULSE.






sangat sweeettt.












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, May 21, 2011

Layang-Layang.


                   Suasana di sebuah padang.Hijau.Seluas mata memandang.Seorang lelaki sedang begitu asyik mengawal layang-layangnya yang dibiarkan bebas nun jauh di ruang udara.Sesekali dia tersenyum bangga apabila ada mata yang memerhatikan layang-layangnya yang cantik dan bebas beralunan itu.Malah ada yang tidak jemu memuji bagaimana bertuahnya dia kerana memiliki layang-layang sebegitu.Seorang lelaki muda sedikit darinya menghampiri lelaki layang-layang tadi.


Lelaki Muda(Lelaki M):Cantik layang-layang kau.(Senyum)

Lelaki Layang-layang(Lelaki L):Ahh ya,terima kasih.(Senyum balik)

Lelaki M:Tentu kau begitu sayang dengan layang-layang kau.Aku lihat kau gembira sekali berada bersamanya.

Lelaki L:Tentu sahaja aku gembira.Aku dah jumpa banyak layang-layang tapi bukan yang seperti ini.Ianya sangat unik.Mungkin ia kelihatan sama seperti yang lain tapi aku gembira berada bersamanya.

Lelaki M:Adakah kau akan menjaga layang-layang ini untuk satu tempoh masa yang lama?

Lelaki L:Bukan untuk satu tempoh masa tapi aku mahu menjaganya untuk selama-lamanya.Selama aku hidup.Aku dah berjanji pada diri aku yang aku tidak akan sekali-kali melepaskannya.

Lelaki M:Sebenarnya tidak begitu mudah untuk menjaga layang-layang sebab ianya sangat rapuh.Dan kau harus tahu bagaimana untuk mengawalnya sebaik mungkin.Kalau kau terlalu berkeras menariknya,benangnya akan putus dan ia akan terlepas dari tangan kau selamanya.Tapi kalau kau melonggarkan benangnya dan membiarkan ia terlalu bebas di udara,ia akan jatuh ke tanah dan rosak.Untuk membaiki kerosakan itu,kau akan mengambil masa yang sangat lama.

Lelaki L:Ya,aku sedia maklum akan hal itu.Tapi layang-layang dan aku dihubungkan dengan seutas benang ini dan aku yang mengawalnya.Jadi aku tahu bagaimana untuk mengelakkan kejadian seperti kau katakan tadi berlaku.

Lelaki M:Mungkin kau patut lihat kembali kata-kata kau tadi.Seutas benang bukan?Benang terlalu rapuh dan kau mungkin akan kehilangan layang-layang kau sebelum kau sempat menurunkannya ke bumi.Atau bila-bila masa dari sekarang.

Lelaki L:Itu pun aku tahu juga.Tapi untuk memasangkan tali pada layang-layang ini akan mengambil masa yang lama dan usaha yang jitu.Aku tidak punya waktu untuk itu.

Lelaki M:Maka menurut perkiraan aku,kau masih belum cukup sayang akan layang-layang kau.Atau mungkin kau belum cukup percaya akan kemampuan kau sendiri untuk memasang tali itu.

Lelaki L:Mungkin kau betul.Tali sangat kukuh tapi untuk memasangnya ada risiko yang tinggi.Mungkin tangan aku akan terluka dalam proses itu nanti.Tapi aku rasa semua itu tidak penting kerana aku amat menyayangi layang-layang aku dan aku tidak akan sekali-kali tersilap mengawalnya.

Lelaki M:Mungkin kau perlu lihat balik pada tangan kau yang mengawalnya.Kau sedang memegang seutas benang rapuh cuma bukannya tali yang kukuh.Aku rasa kau harus bersedia untuk kehilangan layang-layang kau seandainya kau tersilap langkah atau benang itu putus.

Lelaki L:....... (Diam dan seperti sedang memikirkan sesuatu sambil matanya tidak lekang dari memerhatikan layang-layangnya yang terbang bebas di udara)

Lelaki M:Nah,ambillah.(Menghulurkan segenggam tali kepada lelaki L).

Lelaki L:Kenapa?Bukankah kau tahu aku tidak akan mengambil risiko untuk memasangnya?(Mengambil tali dari Lelaki M)

Lelaki M:Terpulang kepada kau.Aku memberi tali itu kerana pada pendapat aku,sekalipun kau tidak akan memasangnya,sekalipun kau dah kehilangan layang-layang kau tapi kau sudah dapat memegang tali dan merasai kekukuhannya sebelum kau memutuskan apa-apa.

Lelaki L:Apa maksud kau?Apa gunanya tali ini kalau layang-layang aku sudah tiada?(merenung tali di tangan).

Lelaki M:Yang itu kau harus fikirkan sendiri.

Lelaki L:Hey,kau tidak boleh beredar sebelum menjelaskannya kepada aku!

Lelaki M:Selamat tinggal sahabat.Dan sekali lagi aku ulangi,layang-layang kau sungguh cantik.(senyum penuh makna sebelum berlalu pergi).



                     Lelaki layang-layang masih berdiri tegak di situ.Memerhatikan tali di tangan dan layang-layangnya di udara silih berganti.Dia tidak tahu apa yang harus dilakukan.Kalau sebelum ini dia berbangga melihat kecantikan layang-layangnya kini dia takut sekiranya dia tidak dapat melihat lagi layang-layang itu bebas di ruang udara.Kalau sebelum ini dia berbangga dengan kecekapannya mengawal layang-layang itu kini dia takut sekiranya kecekapan tangannya akan membuatkan benang terputus lalu dia kehilangan layang-layang kesayangan buat selamanya.Dalam kecelaruan mindanya membuat keputusan,kata-kata terakhir dan senyuman penuh makna lelaki muda tadi terlayar kembali di mata.

"Kau tahu layang-layang kau sungguh cantik."


ini bukan layang-layang.






Nota Kaki:PERHATIAN,kedua-dua lelaki ini bukan gay okay.


May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, May 20, 2011

What Are You Waiting For?


                   Cepatlah.Aku dah penat tunggu ni.Cant you see me?Cant you feel it?

                   Cepat,cepat,cepat.Cepatlah you stupid idiot.Apa yang kau tunggu lagi?Menunggu langit runtuh?Menunggu kucing bertanduk?Atau kau perlukan sedikit motivasi untuk bergerak?

                  Lambatnya.Jarum jam tu pun malas nak bergerak.Angka yang tercatit di kalendar pun tak berubah-ubah.Kenapa semuanya malas nak bergerak ni?Terkena sumpahan kau kah?

                 Cepatlah.Aku dah malas nak tunggu kat sini.Dah jemu tahu.Hampir luak aku.Kenapalah lambat sangat nak buat keputusan?

                 Tolonglah cepat.....what are you waiting for?I almost choke myself to death.

                 Ni tentang masa depan aku.Cepatlah bodoh....pardon me for my rudeness but you are just slow.No,actually too slow.Very slow.Very.

                AKU DAH PENAT TUNGGU KAT SINI LAH!








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Nightmare.


                    Masuk rumah.Cari orang.

                    Tiada siapa.Kosong.

                     Naik atas dan turun balik.Panggil-panggil nama orang yang aku ingat.Tiada siapa menyahut.

                    Telan air liur yang tersekat.Rasa nak menangis.

                     Then somebody masuk.Dia berdiri kat depan aku.Pandang aku tepat-tepat dan gelak kuat-kuat.Gelak syaitan.Lepas tu dia nak keluar.

                     Aku depa tangan,cuba halang dia tapi dia tepis.Dia tolak aku ke tepi.Kemudian ketawa lagi apabila melihat muka nak menangis aku.Aku merayu supaya dia tidak pergi tapi dia hanya senyum sinis dan keluar tanpa menoleh ke belakang semula.

                  Terduduk di lantai.Aku menangis.Meraung.Melalak.Panggil nama semua orang tapi tiada siapa yang datang.Takut.Tak tahu nak buat apa atau nak ke mana.

                  Tersedar.Melilaukan pandangan cari something yang digelar manusia.Ada.Aku tidak keseorangan.Ambil masa yang agak lama untuk sedar yang aku hanya bermimpi.

                   Tak boleh tidur balik.Terus bangun.

                   Mungkin bukan nightmare sangat.Tapi bagi aku,ianya menakutkan.

                   Nightmare(s).Pernah dapat?








Nota Kaki:Nur Kasih VS Pirate of The Carribean.Jack Sparrow dengan captain kat depan menang.Tapi adik aku nak tengok Nur Kasih.Nak cari orang lain temankan.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat