Skrin besar
di hadapan kami menayangkan paparan yang membuatkan semua wajah di sekeliling
aku berkerut seolah menahan rasa bimbang yang amat. Berita-berita yang
ditayangkan itu memang wajar menjadikan sesiapa sahaja kecut perut.
Malah kalau diberi pilihan untuk berpindah ke bulan atau menyertai ekspedisi ke Marikh sekalipun mereka akan menyanggupinya. Apa sahaja jalan keluar boleh dipertimbangkan dan akan masuk dalam senarai menunggu ketika ini. Ke mana sahaja tidak mengapa asalkan mereka tidak perlu berada di Bumi lagi.

“Subjek itu
enggan bekerjasama dengan kami Cik Anna. Kami perlukan pertolongan dari awak,”
Kapten Ikhwan membuka mulut mendahului pemimpin-pemimpin negara yang lain.
Aku rasa
macam hendak meludah ke atas muka lelaki itu. “Saya telah beri pertolongan
lebih dari apa yang sepatutnya saya bagi. Awak tahu itu bukan Kapten?” soalku
sinis.
Lelaki ini sedar apa yang sudah dilakukannya tetapi masih tidak malu untuk meminta bantuan dari aku. Seperti kata Legan, manusia memang makhluk perosak yang tidak boleh dipercayai. Kapten Ikhwan adalah perosak paling teruk yang tidak punya secebis pun rasa bertanggungjawab atau sifat manusia.

“Cik Anna,
kita perlu berbincang ini dengan perasaan rasional. Kita bukan bercakap pasal
sesuatu yang kecil, kita bercakap mengenai Bumi yang kita duduki sekarang. Ini satu-satunya
planet yang boleh menampung hidupan, kalau perkara yang diberitahu subjek itu
betul-betul berlaku, di mana kita nanti?” soal Doktor Lucy. Perempuan cina itu
nampak benar-benar resah.
“Kalau awak
semua hendak berbincang secara rasional, jadi mulakan dengan berhenti merujuk
kepada dia sebagai subjek atau objek. Dia hidupan seperti kita, dia ada nama.
Legan. Panggil dia dengan nama itu dan kita akan berbincang,” kataku bersama
rasa sebal.
Sebal apabila memikirkan bangsa aku sendiri telah hilang rasa hormat. Bukan kepada hidupan lain malah kepada planet tempat tinggal sendiri juga mereka tidak menghormatinya.
Sebal apabila memikirkan bangsa aku sendiri telah hilang rasa hormat. Bukan kepada hidupan lain malah kepada planet tempat tinggal sendiri juga mereka tidak menghormatinya.
“Jadi Legan
ini, dia boleh menolong kita menghalang perkara itu dari berlaku bukan?”
Setiausaha Kehormat PBB menujukan soalan itu kepada aku.
“Ya,”sepatah
aku jawab.
“Dia akan
membantu kita jika awak yang minta Cik Anna. Kami perlukan pertolongan awak
untuk itu,” Perdana Menteri India, Mahmohan Singhania bersuara mengharap.
Aku membiarkan harapannya mati tanpa sambutan. Presiden Amerika tampak gelisah. Dia cuba menghalau kegelisahannya dengan mengajak Perdana Menteri Mesir bercakap.
Aku membiarkan harapannya mati tanpa sambutan. Presiden Amerika tampak gelisah. Dia cuba menghalau kegelisahannya dengan mengajak Perdana Menteri Mesir bercakap.
“Awak akan
membantu kami bukan Cik Anna? Kami dan seluruh warga dunia mengharapkan awak
sekarang,” pinta Setiausaha Kehormat Amerika, Diana Clinton lembut.
Mungkin dia berharap pujukan lembutnya akan membuatkan aku bersetuju. Tetapi aku enggan menerima apa-apa lagi rayuan atau alasan. Hati aku sudah dibulatkan pada satu tekad dan aku tidak mahu mengubahnya.

“Maaf,
selepas apa yang sudah saya lihat, selepas apa yang awak semua dah buat pada
dia, sekalipun dia bersetuju untuk membantu kita, saya akan merayu dia
membatalkan niatnya.” Aku bersuara
tegas. Ayat itu keluar dengan lancar dari mulutku sepertimana yang aku mahukan.
“Perempuan
ini sudah gila! Dia fikir sebab kita perlukan bantuan dia, dia boleh bersikap
sombong dan buat apa yang dia suka,” herdik Presiden Israel kasar. Dia sudah
bangun dari kerusinya dan menuding jari ke arah aku. Matanya sengaja
dibeliakkan bagi menggambarkan kemarahan yang membara dalam hati.
“I don’t
give a damn about you.You’re about to die anyway,” balasku selamba tetapi
mengandungi rasa benci yang amat. Aku tidak menjerit sepertimana dia.
“You...!”dia
terlampau marah untuk menghabiskan ayat makiannya.
Tanpa sebarang amaran,
lelaki itu menerpa ke arah aku. Agaknya dia mahu melepaskan kemarahan melalui
tindakan. Cepat-cepat Kapten Ikhwan dan Presiden Amerika memegang kedua-dua
bahunya kejap sebelum dia bertindak lebih jauh. Mereka cuba menyabarkannya
namun dia meronta ronta tidak mahu ditenangkan.
“Lelaki ini
yang sepatutnya diberikan ubat pelali dan dia yang perlu melalui apa yang Legan
sudah lalui. Dia juga manusia seperti kita, tetapi awak semua takutkan dia
seperti dia Tuhan,” aku menghamburkan sindiran berbisa untuk mereka dengar.
Masing-masing terdiam. Pemimpin-pemimpin negara, kuasa-kuasa besar dunia kini
sedang menikus di hadapan aku tidak tahu apa yang harus dikatakan. Mereka diam
kerana mengakui kebenaran sindiranku.
Mr
Salvatore memang benar. Aku memang seorang perempuan yang sangat egois. Dan
kerana itu, hanya aku seorang yang layak untuk berdiri di sini dengan megah dan
mencampakkan ego aku kepada mereka semua. Aku tidak peduli siapa yang akan
terkena balingan ego berapi aku.Kerana aku sangat ego, aku tidak kisah
pandangan orang lain atau dengan siapa aku berhadapan. Apa yang penting, aku
cuma akan lakukan apa yang aku mahu lakukan. Apapun akibatnya aku tidak peduli.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment