Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, March 22, 2013

Dunia Ini Memang Tidak Adil.


 
Dunia Ini Memang Tidak Adil.





Dunia ini memang tidak adil

Kerana ada yang mencagarkan agama

Untuk mendapat kuasa.

Kerana ada yang membuang nama

Demi negara asing yang kaya.

Kerana ada yang mencari harta

Dengan menjaja dusta.

Kerana ada yang memutarbelitkan fakta

Untuk berjaya.

Kerana ada yang melelong wanita

Demi kertas berwarna.

Kerana ada yang sanggup menjadi buta

Untuk mencapai cita-cita.

Kerana ada yang berpura-pura

Agar tidak menjadi papa.

Kerana ada yang tidak bersuara

Dek terlalu percaya.

Kerana ada yang ketawa bersama dosa

Di atas tilam selesa.

Kerana ada yang membelakangkan kata

Dalam sumpah setia.

Kerana ada yang memilih rupa

Dari cinta.

Kerana ada yang menjadi hamba

Kepada yang bertualang noda.

Kerana ada yang bermuka-muka

lalu mengangkat si hina menjadi raja.

Kerana ada yang menawarkan nyawa

Supaya tidak diturunkan takhta.

Kerana ada yang menukarkan syurga

Untuk hidup sempurna.

Kerana ada yang menggadaikan dunianya

Untuk bahagia sementara.

Kerana ada yang memajakkan TUHAN

Supaya dia dapat bertahan.






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat