Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, March 12, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 10.




 
Sut putih yang dikhaskan untuk subjek kajian makmal aku lemparkan jauh-jauh. Mata biru Legan menyoroti jari jemariku yang bergerak pantas membutangkan baju kemeja hitam  untuknya. Ketika aku mahu mencantumkan butang terakhir dia memegang tanganku. Spontan pergerakan aku terhenti.

“Kenapa?” tanyanya ingin tahu.

“Kenapa apa?” soalku kembali.

“Kenapa warna hitam?” Dia menyoal serius. Ketawa aku terburai. Terlupa sebentar akan rasa kesal yang kubawa bersama.

“Because you look great in black.” 

Aku menatap mata biru besarnya. Sebetulnya aku ingin memberitahu bahawa dia nampak tampan dalam rona hitam. Seperti Mr Salvatore. Menatap dia begini, berada sebegini dekat, membuatkan aku sedar betapa dia persis lelaki itu.

“Kenapa awak datang balik untuk saya?”

“Kenapa awak tidak melawan untuk mempertahankan diri sendiri? Awak boleh buat begitu kalau awak mahu bukan?” Soalannya kubalas dengan soalan.

“Sebab saya percayakan awak, Anna.”  Tidak seperti manusia, Legan benar-benar memaksudkan ayat yang diucapkannya itu. Mendengar bagaimana dia menaruh seluruh kepercayaan kepadaku sedangkan aku hampir mengkhianatinya, hampir aku terjerut dek rasa kesal sendiri.

“Saya minta maaf Legan. Saya benar-benar minta maaf.” Berkali-kali aku ucapkan kata maaf pun,  rasa bersalahku masih tepu. Legan angguk. Betapa mudah dia memberi sebuah kemaafan yang pada manusia adalah hak ekslusif.

“Awak tahu apa yang sedang awak buat ni Anna?”'

Aku tidak rasa yang tujuan Legan bertanya adalah kerana dia bimbangkan aku, mungkin dia hanya mahu kepastian. Dia hendak memastikan sekiranya aku benar-benar berada dalam keadaan waras semasa membuat keputusan ini.

“Awak percayakan saya  bukan Legan?” 

Dia tidak perlu menunggu lama sebelum mengangguk. “Kali ini, kalau saya terpaksa menentang satu dunia pun saya tidak akan berganjak dari sisi awak. Saya akan tunaikan janji saya biar seluruh penduduk Bumi tidak bersetuju.”

Aku menatap mata biru besarnya.  Dia membalas pandanganku. Lama kami bertatapan. Lama kami biarkan suasana sepi mengelilingi kami. Tidak perlu kata-kata kerana kami tahu apa yang sedang kami bicarakan. Bibirku mengukir senyum setelah kami mencapai persetujuan. Dan setelah sekian lama , hari ini Legan mempamerkan senyuman mahalnya untukku.

Untuk senyuman mahal itu, aku akan mendepangkan tangan melindungi lelaki ini biar seisi dunia menentang. Aku mahu menunaikan janji aku kepadanya biar seluruh penduduk Bumi menyumpahku kelak.





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat