Naik pening
aku memerhati susunan cakera video digital (DVD) dan pelbagai lagi cakera muzik
yang berada di kedai itu. Satu jam sudah aku mencari tetapi masih gagal menemui
apa yang membuatkan aku datang ke sini. CD Rama, Speedy, MPD VideoStore, SW Big
Films dan pelbagai lagi kedai menjual cakera padat dan video digital sudah aku
kunjungi namun benda yang aku cari enggan menunjukkan diri.
Rata-rata pemilik
kedai memberi alasan bahawa mereka tidak lagi menjual cakera video tersebut
kerana filemnya sudah lama ditayangkan. Tambah mereka, ianya akan merugikan
mereka kalau mereka jual juga kerana orang sudah tidak mahu beli jadi tidak
laku. Ada kebenaran dalam alasan mereka. Siapa mahu menonton filem yang ditayangkan
4 tahun lepas? Lebih-lebih lagi apabila ianya filem Melayu.
“Jumpa
tak?” suara seseorang mengejutkan aku yang sedang merungut seorang diri.
“Tak
jumpa,” balasku kecewa. Bukanlah kecewa sangat pun sebenarnya tapi sengaja aku
tarik muncung panjang sedepa di hadapannya untuk mendapatkan perhatian.
“My poor
sweetheart...” dia menghampiri aku. Untuk memancing simpati dialah, aku
keluarkan muncung sedepa aku.
“ Filem apa
yang awak cari sebenarnya? Beritahulah Anna dan saya akan dapatkan untuk awak.”
Dia sudah berdiri di hadapan aku.
Dalam gerak perlahan tangan aku dicapai
lantas diletakkan atas kedua telapak tangannya. Dia memandang aku menunggu
jawapan. Menatap mata coklat jernihnya, tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiran
aku. Serentak dengan itu juga aku menyedari betapa bodohnya aku kerana tidak
meminta bantuan dia dari awal. Lelaki ini peminat setia filem Melayu jadi sudah
tentulah dia boleh mendapatkan apa yang aku cari.
“Saya cari
filem Sekali Lagi. Filem Melayu. Awak tentu tahu kan?” soalku dengan rasa tidak
sabar. Dia mengangguk tanpa perlu berfikir lama sekaligus membungakan harapan
dalam hati aku.
“Awak boleh
dapatkan filem tu untuk saya?”
Dia
merenung aku sejenak. Renungan yang penuh tanda tanya. “Kenapa awak nak cari
filem itu? Setahu saya, teman wanita saya bukan peminat filem Melayu.”
Aku
mengenggam tangannya. Menggenggamnya rapat-rapat sekejap harapan aku agar dia
bersetuju untuk mencarikan apa yang kumahu. “Saya nak tahu sebab watak utama
dalam filem tu tinggalkan kekasihnya.”
“Kenapa
awak nak tahu? Adakah perlu untuk awak tahu?” soalan dia kali ini berbaur
resah. Tidak seperti tadi, kali ini dia menyoal bukan lagi kerana didorong rasa
ingin tahu.
“Ya, saya
perlu tahu. Tapi kenapa awak tanya macam ni? Tak bolehkah saya tahu?” aku
menyoal dia kembali. Perlahan-lahan dia menarik tangannya dari genggamanku.
“Boleh,
saya boleh ceritakan untuk awak. Saya boleh beritahu awak sebabnya.”
“Maksudnya
awak tak mahu tolong saya cari?” tanyaku hampa. Sebentar tadi lelaki ini yang
beria –ria menawarkan pertolongan tanpa aku minta. Kenapa sekarang dia mahu
menarik kembali bantuan yang ditawarkan?
“No, it’s
not like that sweetheart,” balasnya dengan nada memujuk. Tangannya melingkari
pinggangku lalu dia menarik aku supaya berhadapan dengannya sehampir mungkin.
“Awak tak
perlu buat benda yang awak tak suka. Awak tak perlu tengok filem yang awak tak
suka. Kalau awak sekadar mahu tahu sebabnya, saya boleh beritahu awak. Malah, saya akan ceritakan satu persatu
tentang filem itu untuk awak, dari mula sampai akhir.”
Dia menghamparkan alasannya
begitu berhati-hati. Dari tidak mahu
menyebabkan aku kecil hati, aku rasa dia mahu menyembunyikan sesuatu. Aku
melarikan pandangan darinya ketika dia menatap aku. Ditekan perasaan hairan,
aku cuba mencari sebab yang kukuh untuk dia berahsia.
“Sweetheart,
look at me,” pintanya seraya mencuit pipiku apabila aku terpaku lama dengan
pandangan menembusi dinding.
“I’m sorry if I offend you but I just want you to
know that I’ll do anything to make you happy.”
“I know.”
Aku tahu itu walaupun dia tidak mengatakannya. Dia mungkin menipu tetapi
matanya tidak menipu. Lelaki ini akan buat apa sahaja untuk melihat aku
gembira. Aku percaya itu.
“I’ll find
that film for you if that can make you happy, okay?”
“No,” aku
geleng tanda tidak mahu. Dia tidak perlu lagi mencarinya.
“Saya lebih suka
dengar awak bercerita. Awak akan ceritakan untuk saya kan?”
“Awak akan
percaya semua yang saya cerita?”
Aku tidak
perlu berfikir pun sebelum mengangguk. Aku percayakan lelaki ini jadi aku juga
akan percaya apa saja yang dia ceritakan. Sama ada ianya kebenaran atau
penipuan itu semua tidak penting. Kerana kebenaran adalah apa yang kita
percaya. Kalau kita percayakan sesuatu, penipuan pun boleh bertukar jadi
kebenaran.
“Saya akan
percaya semua yang awak cerita,”jawabku sungguh-sungguh. Dia tersenyum seakan
berpuas hati dengan jawapanku.
“Jadi, mari
kita lupakan dulu pasal tu dan pergi tempat lain,” tangannya yang memaut
pinggangku memaksa aku bergerak mengikut langkahnya.
“Pergi
mana?” aku mahu memprotes tidak setuju.
“Kita pergi
tengok filem alien. Awak cakap nak tengok filem Predators Finale kan?” bisiknya
di telingaku.
Hampir saja aku melompat akibat teruja. Dari minggu lepas aku
ajak dia pergi tetapi pelbagai alasan dilambakkan kepadaku. Hakikatnya bukan
dia sibuk tetapi dia tidak tahan menonton adegan ngeri serta dipenuhi darah
yang mengisi kebanyakan plot dalam filem tersebut.
“Tapi awak
tak suka filem alien,” aku sengaja menduga.
“Cepat
setuju sebelum saya ubah fikiran,” ugutnya menepis kata-kataku. Lekas-lekas aku
angguk sambil tersenyum lebar.
“Jom
pergi!” aku menarik tangannya.
Memaksa dia berlari denganku seolah-olah filem
alien itu akan habis dijual macam pisang goreng panas. Fikiranku hanya tertumpu
pada alien saja sekarang. Terlupa langsung aku pada filem yang aku cari separuh
nyawa. Terlupa juga aku pada janji dia yang mahu menceritakan filem itu
kepadaku.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment