|
Gambar hiasan. |
“Eh,mi udang
ni siapa yang pesan?”soalku hairan.Sepinggan mi udang yang masing berasap
berada di hadapanku.Ini sememangnya bukan pesanan aku.Sepatutnya nasi goreng
separuh yang berada di sini.Rakan-rakan yang lain mula menyuap makanan tanpa
mempedulikan keadaan aku dan mi udang yang teraniaya.Begitulah manusia yang
hanya mementingkan perut masing-masing.
“Pergi hantar
balik ke kaunter,”saran Saffra.
“Kau makan
sajalah.Bukan ada siapa tahu pun,yang penting perut kau kenyang,”sanggah Yana
seraya membelek-belek telefon Blackberry miliknya kalau-kalau ada mesej baru
dari buah hati.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Akhirnya aku mengambil
saranan Saffra lalu menapak ke kaunter.
“Oh,ini
pesanan lelaki yang pakai sweater kelabu di sana!Maaflah tersalah hantar
pula.Orang tengah ramai ni,saya tidak sempat nak tolong cik tukar balik pesanan
dengan dia.Boleh tak cik tolong tukar sendiri?”Pekerja di kaunter hanya
memberitahu aku itu kerana terdapat ramai lagi pelanggan berbaris panjang
menunggu giliran.Aku memandang mi udang dan lelaki sweater kelabu silih
berganti.Kakiku melangkah tanpa rela ke meja lelaki itu.Dia sedang duduk
membelakangkan aku sambil rancak berbual dengan rakan-rakannya yang seramai 3
orang.Sempat lagi hati kecilku memprotes.Kenapa dia sendiri tidak datang ke
meja aku untuk menukarkan pesanan kami?
“Itu mi udang
kau.Bertuahnya badan,siap amoi lawa lagi yang tolong hantarkan,”usik rakannya
yang menyedari kehadiran aku terlebih dahulu sebelum dia.Lelaki tersebut
menoleh ke arahku.Hampir aku melepaskan pinggan di tangan akibat terkejut yang
amat sangat.Lelaki sombong tadi!Aku sepatutnya mengelak ketika dia bangun dari
kerusi tetapi akibat terlampau terkejut,tubuhku tidak bergerak biarpun otak
sudah memberi arahan.Tangannya menyiku pinggan yang kupegang sekaligus aku yang
kaku turut sama melayang dengan mi udang.Berdenting bunyi pinggan jatuh ke
lantai.
Tindak balas
pantas lelaki itu yang merangkul tubuhku tidak berhasil apabila dia turut
tergelincir akibat lantai licin dipenuhi mi dan udang.Aku tidak tahu apa yang
berlaku kemudian namun satu yang pasti, aku tidak terbaring di lantai sendiri.Dan
tubuhku tidak sakit walaupun sepatutnya aku jatuh terhempas.Kerana tangan
lelaki itu berada di belakangku.Dia memaut aku kejap-kejap untuk memastikan
tangannya mencecah lantai terlebih dahulu sebelum aku.Mata kami bertautan
dengan tubuhnya berada di atas aku.Lama kami berkeadaan begitu sehinggalah
tumpuanku dikejutkan dengan tawanya.Entah apa yang melucukan dia aku tidak
tahu.Apa yang aku tahu saat dia tertawa mataku tidak berkelip
memandangnya.Bukan semangatku sahaja yang hilang malah hatiku juga dibawa
pergi.Lelaki itu dan tawanya telah mencuri hatiku yang cuma sekeping.
“Hai amoi
cantik!”sapanya seraya tersenyum lebar.Suaranya kedengaran begitu mesra pada
pendengaranku.Mata aku tidak lepas dari memandangnya.Jarak antara kami yang
begitu dekat membolehkan aku mengamati wajahnya sejelas mungkin.Dia
menghulurkan tangan lalu mencapai sesuatu di atas rambut aku.Seekor udang besar
yang berada di dalam pinggan tadi dimasukkan ke dalam mulutnya tanpa
ragu-ragu.Ketika itu baru aku tersedar yang rambutku dipenuhi cebisan mi dan
beberapa ekor udang.Ini sesuatu yang memalukan.Amat memalukan.
Separuh dari
udang itu digigitnya manakala separuh lagi disuakan ke mulutku.Pesanan orang
tua-tua supaya tidak menerima pemberian orang tidak dikenali seakan terbang melayang
dari ingatan.Aku membuka mulut lalu dia menyuap udang ke dalam mulutku.Seingatku ini pertama
kali seseorang menyuap makanan kepadaku.Dan orang itu adalah lelaki yang aku
sendiri tidak kenal.Kemudian dia mengangkat aku untuk berdiri semula.Rasanya
kalaulah dia tidak berbuat demikian sudah tentu aku masih terbaring di situ
entah untuk berapa lama lagi.
Setelah kakiku
memijak lantai,baru aku menyedari keadaan diri aku yang tidak lagi
terurus.Terdapat cebisan mi di atas kepala dan kesan minyak pada dress merah
jambu paras lutut yang kupakai.Dress dari kain satin dengan fabrik jarang
dijahit di luarnya merupakan pakaian kegemaran aku.Ianya nampak manis dan unik
dengan reben di pinggang dan potongan tidak sekata di bahagian bawah.Sekarang
aku tidak boleh memakainya lagi kerana ia telah rosak.Kesan minyak degil itu tentu
sukar untuk dibersihkan.Lelaki tadi membuang sisa mi yang terlekat di
celah-celah rambutku.Selepas itu dia cuba menghilangkan kesan minyak pada
bajuku menggunakan tisu tetapi ianya usaha sia-sia.Aku hanya tercegat seperti
patung di situ tanpa berbuat apa-apa.Sejujurnya aku tidak tahu apa yang perlu
dilakukan.
Lelaki itu
termenung sebentar setelah usahanya gagal.Dia seperti memikirkan sesuatu.Tanpa
diduga,dia kemudian menanggalkan sweater yang tersarung di badan lantas
memakaikannya kepadaku.Dia yang berbaju T warna putih membetulkan rambutku
sebelum tersenyum puas hati dengan hasil kerjanya.
“Baiklah amoi
cantik,semuanya sudah beres sekarang,”ujarnya menyakinkan aku.Mendengar
kata-katanya itu,aku memulakan langkah untuk beredar dari situ.
“Amoi,siapa
nama?”soalnya.Dia berdiri di hadapanku untuk menghalang aku dari terus
melangkah.
“Saya bukan
amoi lah.”Aku sedikit geram kerana sedari tadi asyik dipanggil dengan panggilan
yang sama.Riak wajah lelaki itu berubah.Jelas dia kelihatan terkejut.
“Tapi memang
nampak macam amoi,”tingkahnya membela diri.Aku pantas berlalu dengan muka
masam.Langkahku terhenti sekali lagi apabila dia melontarkan kata-kata.
“Esok jumpa di
sini lagi,amoi cantik.Waktu sama,”laungnya kepada aku yang sudah menjauh.Aku
cepat-cepat menggeleng tanda tidak setuju.Mana mungkin untuk aku ke sini lagi
kerana kami akan bertolak pulang pada keesokan hari.Tiba-tiba sesuatu terlintas
di fikiranku.Laju langkahku mendapatkan dia semula untuk memulangkan sweater.Pasti
ini yang menjadi sebab kami perlu berjumpa kali kedua.
“Esok kita
jumpa.I’ll be waiting,amoi cantik,”pesannya lantas beredar tanpa mengambil
sweater yang aku hulurkan.Aku mengeluh perlahan.Suka hati dialah.Yang pasti
sweater ini tidak akan berada di tangannya semula kerana esok aku tiada lagi di
Johor.
End of Excerpt 1.