Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, October 6, 2012

Excerpts From Dear Mr Salvatore[1].




Gambar hiasan.





3 Tahun Lepas.
2 Januari 2012,
Danga Bay,Johor Bahru.


         Laut yang berkilauan disinari cahaya matahari petang sungguh cantik.Kilauannya seumpama mutiara yang baru dikeluarkan dari tiram.Danga Bay memang lokasi popular yang wajib disinggahi di Johor.Bukan kerana kedudukannya di tepi laut yang menjadikan tempat ini dikenali ramai tetapi juga kerana tempat-tempat makan di sini di mana pelbagai juadah lazat boleh didapati.Keenakan makanannya menjadi buah mulut orang ramai yang pernah singgah.Aku dan beberapa lagi rakan yang lain tidak mahu melepaskan peluang untuk berkunjung ke sini.Alang-alang sudah menjejakkan kaki di Johor,destinasi ini menjadi pilihan wajib yang harus disinggahi.Lagipun esok kami akan berangkat pulang untuk menyambung kuliah setelah bercuti sempena menyambut tahun baru.

         Puas bergambar aku mengasingkan diri sebentar untuk menikmati pemandangan laut yang terbentang luas.Sementara rakan-rakanku menghabiskan sesi bergambar mereka,aku membayangkan diri menjadi Rose dalam filem cinta tragis Titanic.Alangkah indahnya dapat belayar di atas kapal mewah bersama kekasih tersayang.Sewaktu menoleh ke kiri,tidak jauh dari tempatku berdiri,seorang lelaki nampaknya turut tenggelam dalam lamunan sendiri.Adakah dia mengangankan dirinya menjadi Jack?Bersama sepuntung rokok di celah jari,lelaki berambut agak panjang dan berombak itu membuang pandang ke tengah laut.

        Kalau hendak diikutkan lebih ramai lagi lelaki kacak yang berada di sekeliling kami tetapi entah mengapa ada sesuatu yang menarik tentangnya.Tarikan apa aku tidak tahu tapi dari menghayati keindahan laut,pandanganku jatuh ke arahnya.Dia seperti sedang beremosi di dalam hati.Matanya seakan mencari sesuatu yang belum dijumpai.Seumpama camar sesat di tengah lautan luas.Rasa ingin tahuku memuncak.Aku mahu tahu apa yang dicari olehnya dan mengapa begitu banyak kesedihan yang terlindung di balik renungan mata itu.

         Bagai mendengar bisikan aku,lelaki itu tiba-tiba menoleh.Anak mata hitamnya jatuh pada wajahku.Kami sama-sama berpandangan namun untuk sebentar cuma kerana dia lekas-lekas beralih ke tempat lain.Lagaknya seperti mahu melarikan diri dari aku.Atau mungkin dia berhutang Ah Long?Aku toleh ke sebelah.Tiada mana-mana lelaki berbangsa Cina di situ.Atau memang dasar dia lelaki sombong.Macamlah dia kacak sangat.Aku mula mengutuk dalam hati.Dia sangka aku mahu memikatnya?Tolonglah,ini Anna Maria tahu.Bukan calang-calang perempuan.Setakat muka macam dia,bersepah sudah melutut di kakiku.

         Jarak antara kami semakin jauh tetapi aku masih boleh melihatnya dengan jelas.Hati yang sebal dengan kelakuan sombongnya membuatkan aku tidak lagi menoleh ke arah dia sebaliknya aku menjamu mata dengan memerhati sekeliling.Sesekali dari ekor mata aku perasan dia pula yang sedang merenung ke arahku.Pada mulanya aku membiarkan sahaja dia memerhatikanku tetapi lambat laun hatiku mula berasa jengkel.Kenapa dia boleh memandangku tetapi aku tidak dibenarkan melihatnya?Ini sungguh berat sebelah.Ditimbang dengan neraca manapun,ianya masih tidak adil.

     Akhirnya aku membuat tindakan nekad.Berani mati.Apabila dia menoleh ke arahku sekali lagi,cepat-cepat aku menjelir lidah sambil membuat mimik muka menyampah.Bulat matanya memandangku.Dia pasti sedang diamuk marah.Tuhan,selamatkan aku dari bencana!

“Anna,jom pergi makan.”Ajakan Saffra menyelamatkan aku.Segera aku beredar tanpa menoleh sedikitpun ke belakang.Tuhan,terima kasih.

“Kenapa lambat sangat pesanan sampai ni?”Farah mula merungut apabila pesanan kami tidak dihantar lagi walaupun sudah setengah jam berlalu.Elly pula asyik menyedut minuman yang tinggal separuh.Yana sedang leka bermesej dengan buah hati tersayang.Perut yang lapar bukan lagi menjadi keutamaannya.

“Sabarlah.Orang tengah ramai,memanglah lambat,”ujarku cuba meredakan ketegangan.Saffra sekadar menjungkit bahu tanda sudah mati akal akibat lapar.Mujur pesanan kami sampai tidak lama kemudian.Masing-masing sudah memegang sudu dan garfu di tangan.Tidak sabar-sabar lagi untuk menjamah makanan di depan mata.

4 comments:

Anonymous said...

Sejak bila Mrs. Salvatore da btukar nama ke Anna Maria? Hmm..

Mr. Salvatore

Sarah Sayuri Hartnett said...

Well...how should I answer this?urmm...

Anna Maria is just Anna Maria and Mrs Salvatore is still Mrs Salvatore.

You actually have to read the story till the end to get the whole picture bout it.

M.u.l.h.

Anonymous said...

saffra :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

eh...?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat