Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, October 16, 2012

Excerpts From Dear Mr Salvatore[2].



Gambar hiasan.




“Eh,mi udang ni siapa yang pesan?”soalku hairan.Sepinggan mi udang yang masing berasap berada di hadapanku.Ini sememangnya bukan pesanan aku.Sepatutnya nasi goreng separuh yang berada di sini.Rakan-rakan yang lain mula menyuap makanan tanpa mempedulikan keadaan aku dan mi udang yang teraniaya.Begitulah manusia yang hanya mementingkan perut masing-masing.

“Pergi hantar balik ke kaunter,”saran Saffra.

“Kau makan sajalah.Bukan ada siapa tahu pun,yang penting perut kau kenyang,”sanggah Yana seraya membelek-belek telefon Blackberry miliknya kalau-kalau ada mesej baru dari buah hati.Aku menggaru kepala yang tidak gatal.Akhirnya aku mengambil saranan Saffra lalu menapak ke kaunter.

“Oh,ini pesanan lelaki yang pakai sweater kelabu di sana!Maaflah tersalah hantar pula.Orang tengah ramai ni,saya tidak sempat nak tolong cik tukar balik pesanan dengan dia.Boleh tak cik tolong tukar sendiri?”Pekerja di kaunter hanya memberitahu aku itu kerana terdapat ramai lagi pelanggan berbaris panjang menunggu giliran.Aku memandang mi udang dan lelaki sweater kelabu silih berganti.Kakiku melangkah tanpa rela ke meja lelaki itu.Dia sedang duduk membelakangkan aku sambil rancak berbual dengan rakan-rakannya yang seramai 3 orang.Sempat lagi hati kecilku memprotes.Kenapa dia sendiri tidak datang ke meja aku untuk menukarkan pesanan kami?

“Itu mi udang kau.Bertuahnya badan,siap amoi lawa lagi yang tolong hantarkan,”usik rakannya yang menyedari kehadiran aku terlebih dahulu sebelum dia.Lelaki tersebut menoleh ke arahku.Hampir aku melepaskan pinggan di tangan akibat terkejut yang amat sangat.Lelaki sombong tadi!Aku sepatutnya mengelak ketika dia bangun dari kerusi tetapi akibat terlampau terkejut,tubuhku tidak bergerak biarpun otak sudah memberi arahan.Tangannya menyiku pinggan yang kupegang sekaligus aku yang kaku turut sama melayang dengan mi udang.Berdenting bunyi pinggan jatuh ke lantai.

     Tindak balas pantas lelaki itu yang merangkul tubuhku tidak berhasil apabila dia turut tergelincir akibat lantai licin dipenuhi mi dan udang.Aku tidak tahu apa yang berlaku kemudian namun satu yang pasti, aku tidak terbaring di lantai sendiri.Dan tubuhku tidak sakit walaupun sepatutnya aku jatuh terhempas.Kerana tangan lelaki itu berada di belakangku.Dia memaut aku kejap-kejap untuk memastikan tangannya mencecah lantai terlebih dahulu sebelum aku.Mata kami bertautan dengan tubuhnya berada di atas aku.Lama kami berkeadaan begitu sehinggalah tumpuanku dikejutkan dengan tawanya.Entah apa yang melucukan dia aku tidak tahu.Apa yang aku tahu saat dia tertawa mataku tidak berkelip memandangnya.Bukan semangatku sahaja yang hilang malah hatiku juga dibawa pergi.Lelaki itu dan tawanya telah mencuri hatiku yang cuma sekeping.

“Hai amoi cantik!”sapanya seraya tersenyum lebar.Suaranya kedengaran begitu mesra pada pendengaranku.Mata aku tidak lepas dari memandangnya.Jarak antara kami yang begitu dekat membolehkan aku mengamati wajahnya sejelas mungkin.Dia menghulurkan tangan lalu mencapai sesuatu di atas rambut aku.Seekor udang besar yang berada di dalam pinggan tadi dimasukkan ke dalam mulutnya tanpa ragu-ragu.Ketika itu baru aku tersedar yang rambutku dipenuhi cebisan mi dan beberapa ekor udang.Ini sesuatu yang memalukan.Amat memalukan.

Separuh dari udang itu digigitnya manakala separuh lagi disuakan ke mulutku.Pesanan orang tua-tua supaya tidak menerima pemberian orang tidak dikenali seakan terbang melayang dari ingatan.Aku membuka mulut lalu dia menyuap udang ke dalam mulutku.Seingatku ini pertama kali seseorang menyuap makanan kepadaku.Dan orang itu adalah lelaki yang aku sendiri tidak kenal.Kemudian dia mengangkat aku untuk berdiri semula.Rasanya kalaulah dia tidak berbuat demikian sudah tentu aku masih terbaring di situ entah untuk berapa lama lagi.

Setelah kakiku memijak lantai,baru aku menyedari keadaan diri aku yang tidak lagi terurus.Terdapat cebisan mi di atas kepala dan kesan minyak pada dress merah jambu paras lutut yang kupakai.Dress dari kain satin dengan fabrik jarang dijahit di luarnya merupakan pakaian kegemaran aku.Ianya nampak manis dan unik dengan reben di pinggang dan potongan tidak sekata di bahagian bawah.Sekarang aku tidak boleh memakainya lagi kerana ia telah rosak.Kesan minyak degil itu tentu sukar untuk dibersihkan.Lelaki tadi membuang sisa mi yang terlekat di celah-celah rambutku.Selepas itu dia cuba menghilangkan kesan minyak pada bajuku menggunakan tisu tetapi ianya usaha sia-sia.Aku hanya tercegat seperti patung di situ tanpa berbuat apa-apa.Sejujurnya aku tidak tahu apa yang perlu dilakukan.

Lelaki itu termenung sebentar setelah usahanya gagal.Dia seperti memikirkan sesuatu.Tanpa diduga,dia kemudian menanggalkan sweater yang tersarung di badan lantas memakaikannya kepadaku.Dia yang berbaju T warna putih membetulkan rambutku sebelum tersenyum puas hati dengan hasil kerjanya.

“Baiklah amoi cantik,semuanya sudah beres sekarang,”ujarnya menyakinkan aku.Mendengar kata-katanya itu,aku memulakan langkah untuk beredar dari situ.

“Amoi,siapa nama?”soalnya.Dia berdiri di hadapanku untuk menghalang aku dari terus melangkah.

“Saya bukan amoi lah.”Aku sedikit geram kerana sedari tadi asyik dipanggil dengan panggilan yang sama.Riak wajah lelaki itu berubah.Jelas dia kelihatan terkejut.

“Tapi memang nampak macam amoi,”tingkahnya membela diri.Aku pantas berlalu dengan muka masam.Langkahku terhenti sekali lagi apabila dia melontarkan kata-kata.

“Esok jumpa di sini lagi,amoi cantik.Waktu sama,”laungnya kepada aku yang sudah menjauh.Aku cepat-cepat menggeleng tanda tidak setuju.Mana mungkin untuk aku ke sini lagi kerana kami akan bertolak pulang pada keesokan hari.Tiba-tiba sesuatu terlintas di fikiranku.Laju langkahku mendapatkan dia semula untuk memulangkan sweater.Pasti ini yang menjadi sebab kami perlu berjumpa kali kedua.

“Esok kita jumpa.I’ll be waiting,amoi cantik,”pesannya lantas beredar tanpa mengambil sweater yang aku hulurkan.Aku mengeluh perlahan.Suka hati dialah.Yang pasti sweater ini tidak akan berada di tangannya semula kerana esok aku tiada lagi di Johor.


End of Excerpt 1.

2 comments:

Anonymous said...

Imyfdm..

Mr Salvatore

Sarah Sayuri Hartnett said...

Not as much as I miss u ;(

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat