Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, May 25, 2012

Tiada Apa Yang Perlu Diubah.



 Sebab aku selalu merungut dan mengeluh tentang kehidupan pada masa ini,lantas dia mengajukan satu soalan yang kukira agak berat untuk dijawab.

Katanya, "Kalau kau diberi satu peluang untuk kembali ke masa silam dan mengubah satu peristiwa atau memanipulasi masa,maka yang mana satu yang akan kau ubah?"

Mengubah masa?Menukarkan peristiwa lampau?

Setelah agak lama terdiam,menimbangkan kebarangkalian untuk memberi jawapan yang betul,aku akhirnya menjawab.

"Aku tidak perlukan peluang itu.Peluang untuk kembali ke masa silam dan mengubah sesuatu,aku tidak perlu.Kerana tidak ada satupun yang ingin aku ubah.Dan sekalipun aku mengubahnya,ia tidak akan dapat mengubah masa kini yang aku ada."

Dengan jawapan yang kuberi,dia tersenyum seraya mengangguk kecil.Seakan berpuas hati.

"Tapi..."dia yang sudahpun mahu beredar berpaling semula ke arah aku.

"Tapi,tidak adakah peluang untuk aku mengubah sesuatu di masa kini?"

 "Ah,kau sungguh aneh!Apa yang ingin kau ubah di masa kini?"

 "Aku,kalau diberi peluang,ingin mengubah mentol lampu yang menerangi hidup aku.Cahayanya sudah terlalu malap.Aku tidak bisa membaca dengan tenang atau menulis dengan baik lagi."






May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat