Orang yang paling bodoh bukanlah dia yang tidak tahu mengeja,mengira dan membaca.Bukan juga dia yang selalu melakukan perkara-perkara bodoh.Dan bukan pula dia yang selalu menghabiskan masa memikirkan benda-benda bodoh.
Orang yang paling bodoh adalah dia yang tahu akan kebenaran tapi menidakkannya.Disebabkan dia tidak mahu mengakui hakikat sebenar,maka dia menidakkan kebenaran itu.Lebih bodoh lagi,kalau dia mencipta kebenaran sendiri dan memaksa orang lain menerima kebenaran palsunya.
Contohnya seseorang yang telah berjanji dan kemudian dia mendapat tahu bahawa dia tidak mampu menunaikan janjinya.Namun,dia tidak mahu menerima hakikat itu.Bagi dia,dia akan menunaikan janjinya walau dengan apa cara sekalipun.Dia percaya dia boleh mengotakan janji itu meskipun dia tahu dia tidak boleh.Maka dia mencipta kebenaran palsu-dia boleh dan akan mengotakan janjinya.Kemudian dia memaksa orang yang memegang janji itu supaya percaya akan kebenaran palsu yang diciptanya.
Tapi di akhirnya,dia tidak mengotakan janji itu kerana dari awal dia tahu dia tidak mampu.Dia bukan sahaja memungkiri janji malah melukakan orang yang menunggu janji itu.
Sungguh bodoh untuk menidakkan kebenaran.Lagi bodoh untuk memaksa orang percaya kebenaran palsu yang dicipta.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment