Seorang jiran perempuan berusia lebih kurang 50 tahun tiba-tiba muncul di hadapan pagar rumah aku memberi salam.Oh,Mak Cik Milah rupanya.Dia memang selalu buat tour kat sekeliling kawasan perumahan kami sambil menjaja cerita pasal kejayaan anaknya ataupun gosip-gosip panas terbaru.Aku buat muka menyampah bila mak aku suruh buka pagar.Lastly kami deal,mak aku pergi jemput dia masuk sementara aku sediakan minuman untuk dia.Aku masuk dapur.Eh,dapur ke ni?Keluar balik,tengok dari luar dulu.Sah memang dapur bukan bilik tidur.Aku masuk balik.Ini bermakna aku seorang yang teliti bukan tak pernah masuk dapur,ada faham?
"Eh,Farah,susah-susah je kamu ni buat air untuk mak cik,"Mak Cik Milah yang tak berhenti bercakap dari tadi menegur aku sebaik aku muncul menatang dulang minuman.Farah?Mak cik ni nyanyuk ke?Bukankah mak cik tiap-tiap minggu datang kenapa setiap kali tu juga mak cik tersilap sebut nama saya?!
"Sarah nama dia,akak,"mak aku membetulkan.Aku hanya tersenyum pura-pura sambil meletakkan cawan berisi air Milo yang sudah kumasukkan 4 sudu gula di dalamnya.Tak berapa pasti pula aku sama ada Mak Cik Milah ada kencing manis ke tak.Kalau ada,baguslah.Itu satu bonus.
"Manis air ni.Orang kata...kalau anak dara bancuh air apa pun mesti manis,"Mak Cik Milah memberi komen yang aku rasa tak perlu sebaik sahaja selesai meneguk air.Manis kan mak cik?Aku senyum lagi.Biar dia terasa lebih manis.
"Mak,Sarah minta diri dulu ya.Sarah nak masuk bilik,"dengan penuh sopan santun aku meminta izin.Namun Mak Cik Milah terlebih dahulu bersuara sebelum mak aku mengatakan apa-apa.
"Hissyy kamu ni.Duduklah dulu,sembang dengan makcik ni.Selalu mak cik datang pun,bukan dapat sembang dengan kamu."
Aku hanya tersenyum mendengar kata-kata Mak Cik Milah.Makcik tak tahu ke kalau orang tak mahu jumpa kita masa kita datang itu tandanya orang dah benci,menyampah dan fedup tengok muka kita,makcik?Mak aku bagi isyarat suruh aku tunggu.Jadi mahu tak mahu,terpaksa juga aku menebalkan hati untuk duduk kat situ lebih kurang setengah jam sambil mendengar umpatan Mak Cik Milah.Entah apa yang dibebelkan,aku pun tidak tahu.Bukannya aku kenal pun mereka tu.Kecuali kalau dia sibuk bercerita pasal anak lelakinya yang sudah tamat belajar di oversea dan sekarang sedang bekerja di syarikat besar.
Saat mak aku meminta diri untuk ke dapur,aku sudah tidak senang duduk apabila berhadapan dengan wanita dipanggil Mak Cik Milah itu.Entahla apa yang nak dibualkan dengannya.Sepatah dia tanya,sepatah juga aku jawab.Bukan nak berkurang ajar,tapi aku agak bosan dan menyampah.
"Sarah ni takde orang berkenan ke?"
Selamba badak pula Mak Cik Milah tu tanya sedangkan aku sudah hampir tersedak air liur sendiri.Mak cik,itu isu sensitif ye.Lain kali tolong bagi warning awal-awal kalau nak tanya.Kalau saya takde yang nak pun kenapa?Mak cik nak jodohkan saya dengan siapa?Huh.Tapi aku tak jawab,aku just senyum je untuk menonjolkan lagi ciri-ciri kesopanan aku yang dah hampir haus.
"Jadi menantu makcik jela.Makcik pun dah lama teringin nak ada menantu muka macam Cina ni."
Okay.Mak Cik Milah seorang yang pandai berlawak?Tapi dia membuatkan pulse aku dah naik mendadak ke tahap 150 BPM.Kalau nak menantu muka macam Cina,suruhlah anak makcik kahwin dengan Cina kan senang.
"Kalau pasal hantaran,makcik tak kisah.Mintak saje berapa Sarah nak.Kalau setakat RM10k tu anak makcik mampu je.
Dont kidding me,makcik.Apa ni?Peminangan tak rasmi ke or just merisik khabar?Saya tahulah anak makcik dan family makcik kaya tapi saya bukan lembu korban untuk dijual.
"Anak lelaki makcik tu walaupun dah duduk kat London lama tapi masih nak makcik juga cari calon isteri untuk dia.Kalau anak orang lain,rasanya dah kahwin kat oversea tu."
Kalau anak makcik baik sangat,nampaknya saya tak sesuai jadi menantu makcik sebab saya pun bukan baik sangat.Makcik pun tak kenal siapa saya yang sebenarnya.Saya ni baik sikit dari Hitler je.
"Yang kamu diam je dari tadi kenapa?Tak setuju ke kamu dah ada boyfren sendiri?"
Inilah masa paling afdal untuk aku memberi jawapan.Aku senyum sebelum membuka mulut.
"Sebenarnya saya dah bertunang makcik."
Terdiam Mak Cik Milah mendengar jawapan aku.Aku senyum selebar mungkin apabila mak aku keluar dari dapur sambil membawa dulang berisi kuih muih untuk dihidangkan.Lepas ni kalau ada berita pasal aku tersebar di kawasan perumahan kami,aku dah boleh agak siapa yang menjadi dalangnya.Tapi aku tak kisah sangat semua tu,yang penting aku tak perlu berkahwin dengan anak dia.Dan aku tak perlu menjadi lembu.
Gambar aku dan tunang aku ada kat bawah ni:
bagai pinang dibelah empat tak kami? |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!