Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, April 29, 2011

Sesi Berdialog Bersama-2.


                   Aku merenung gadis itu di dalam cermin.Gadis yang tidak pernah bersuara meskipun haknya dirampas orang lain dan tidak pernah menilai orang lain dengan mata kasar.Dia yang lebih mementingkan hati orang lain dari hatinya sendiri.Bila si gadis berdiam bermakna dia tidak mahu mengeluarkan kata-kata setajam pedang yang nescaya akan menyakitkan hati orang tersayang.Dia tidak kisah seandainya mereka menyangka dia sombong dan cuba berlagak seperti pemerintah dunia. 

                    Bila si gadis membisu sewaktu menerima tohmahan sinis dari orang yang disayangi,itu tidak bermakna hatinya tidak terluka tapi dia cuba berundur ke belakang dan memikirkan kewarasan untuk bersuara.Setelah diputuskan membisu adalah lebih baik dari menikam hati orang tersayang dengan cercaan yang kejam maka si gadis mengunci rapat mulutnya.Dia masih utuh berpegang pada prinsip bodohnya.Aku berasa sangat kasihan melihat si gadis yang tidak mampu bersuara meskipun untuk memberitahu hatinya telah terluka.Luka yang bukan calang-calang tapi luka yang paling dalam dan pastinya akan meninggalkan parut yang dahsyat di sepanjang hayatnya.Aku mahu membantu si gadis lantas aku bertanya.

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Aku:Wahai gadis,apakah masalah yang sangat berat bagi kau sehingga kau tak mampu untuk menatap mata aku lagi sepertimana yang kau selalu lakukan dahulu?

Gadis:Maaf.Bukan aku tidak mahu cuma aku takut kau akan terlihat airmataku lantas kau turut berduka bersamaku.Aku pasti kau tahu yang aku lebih mementingkan hati orang lain dari hati aku sendiri.

Aku:Ya,aku tahu.Prinsip bodoh kau yang masih kaupegang meski ia memakan diri.Beritahulah aku atas nama sahabat apakah yang membuatkan kau runsing sejak akhir-akhir ini?

Gadis:Aku ingin kekal memeluk kejap prinsip bodoh itu walaupun ianya akan membawa aku ke jalan yang penuh duri dan kelam.Aku berduka kerana kini baru aku sedar yang aku telah terlampau lama bersendirian dan cuba menjaga hati orang lain.

Aku:Dari dulu lagi aku sudah menghalang tetapi apakan daya kau tetap degil.Sekarang baru kau sedar yang kau sudah lama menghabiskan hayat kau dengan kerja bodoh.Kau tahu,hati manusia tidak perlu dibelai terlalu mesra kelak ia akan membinasakan kau sendiri.

Gadis:Maafkanlah aku kerana turut menyebabkan kau berduka.Aku tidak pernah menyesal menjaga hati orang lain tapi aku menyesal kerana baru sekarang aku sedar bahawa hati aku ini tidak tahu bagaimana untuk menyayangi dan disayangi.Semua itu kerana aku telah terlalu lama bersendirian sehingga aku lupa untuk menjaga hati sendiri.

Aku:Kau masih ingat janji kita untuk tidak menyayangi orang yang tidak akan menyayangi kita balik?Kau jangan jadi bodoh seperti pungguk.

Gadis:Aku bukan pungguk,aku bulan.Bulan yang membuatkan sang pungguk hampir mati lemas kerana memuja kecantikan dan kesempurnaan aku.Keikhlasan sang pungguk telah menyentuh hati aku maka aku tertarik untuk menyayanginya.

Aku:Jadi,apa masalah kau sebenarnya?

Gadis:Bukankah aku sudah mengatakan hati aku sudah lupa cara untuk menyayangi sang pungguk.Aku sudah cuba melakukan yang terbaik.Kalaulah sang pungguk boleh memberi aku sedikit masa lagi.Tapi aku faham,bukan salah dia,dia sudah lama menunggu ketibaan aku.

Aku:Ahh...ini perkara senang.Lupakan saja sang pungguk bodoh itu.Baru tadi aku terlihat dia sedang bermain dengan bayangan kau di air tenang.Bukankah itu satu perbuatan bodoh?Mengapa dia mahu bermain dengan bayangan kau sedangkan dia boleh memiliki kecantikan kau,si bulan sebenar?!

Gadis:Kau tahu mengapa Puteri Gunung Ledang lebih rela tidak berkahwin dan kekal menunggu Hang Tuah sampai ke akhir hayatnya?Kerana bagi manusia kadang-kadang fantasi itu lebih baik dari realiti.

Aku:Maksud kau,kau adalah realiti yang menyakitkan bagi sang pungguk,begitukah?

Gadis:Ya,begitulah.Mungkin aku telah banyak menghabiskan masa menjaga hati sang pungguk sehingga aku terlupa untuk menyayanginya.

Aku:Aku tidak faham.Kau memang aneh.Tapi sang pungguk perlu faham kau menjaga hatinya kerana menyayanginya bukan?

Gadis:Bagaimana dia mahu memahami aku sedangkan baru tadi kau juga mengatakan aku memang terlalu aneh untuk difahami?

Aku:Baiklah.Berhentilah berbicara tentang sang pungguk yang menyakitkan kau.Ikutlah aku,biar aku bawa kau ke tempat di mana tiada pungguk dan kau juga tidak perlu menjadi bulan.

Gadis:Aku tahu ini sesuatu yang bodoh tapi aku masih tidak bersedia untuk meninggalkan sang pungguk.Aku ingin tetap di sini.

Aku:Aku tidak akan mengatakan kau bodoh kerana kau dan aku adalah satu.Cuma aku ingin mengingatkan yang ini akan menyakitkan kita lebih dari apa yang kita jangkakan.

Gadis:Bukankah kita pernah melalui sesuatu yang lebih dahsyat dari ini dan kita masih bersama?Apakah kau tidak yakin kita akan berjaya mengharunginya sekali lagi?

Aku:Baiklah sekiranya itu kemahuan kau.Tapi aku ingin bertaruh yang sang pungguk tidak akan sedar dari fantasi indahnya dan kembali pada kau.

Gadis:Sekiranya dia bukan sekadar menyukai tapi mencintai aku,maka aku yakin dia akan kembali.Aku mungkin akan kecewa seandainya tahu dia hanya menyukai aku tapi itu lebih baik dari aku menyesal kerana berlalu pergi sebelum menanti kata putusnya.

Aku:Kau tahu kau lebih suci dari aku kerana sekiranya aku yang berada di tempat kau dan aku yang berhak menentukan kata putus,pastinya aku akan bawa kita lari sejauh mungkin dari semua ini.

Gadis:Memang benar,kerana aku adalah hati manakala kau hanyalah jasad.Tanpa aku,kau seumpama tin kosong yang tiada berisi.

Aku:Bolehkah kau berjanji yang sekiranya jasad ini sudah penat menunggu,kau akan memutuskan untuk membawa kita lari sejauh mungkin dari semua ini?

Gadis:Ya,aku berjanji.Tapi buat masa ini,aku ingin terus menunggu.Dan kau harus menemani aku.

Aku:Kau pun tahu aku tidak akan ke mana-mana tanpa kau.Tapi bolehkah aku memilih untuk memejamkan mata di saat kau menangis kerana aku tidak sanggup menatap wajah kau yang berduka.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

                    Si gadis mengangguk.Aku memeluknya erat-erat sebelum kami berpisah untuk jangka masa yang pendek cuma.Kami harus berpisah kerana aku sudah tidak sanggup untuk melihat kedukaannya.Mengapa harus berduka?Cari sahaja pungguk lain dan bergembiralah.Lagipun si gadis adalah bulan.Dia bisa memilih kalau mahu.Mengapa mahu terus menunggu sang pungguk yang alpa dengan fantasi indahnya itu?Si gadis memang bodoh.

                   Aku berharap agar sang pungguk tidak kembali supaya aku akan menang pertaruhan tadi.Ahhh..kau sangat naif,gadis.Kau tidak tahu membezakan antara menyukai dan mencintai itu.Sang pungguk hanya menyukai bukan mencintai kau.Tapi apapun aku masih harus menunggu bersama si gadis.Akukah yang bodoh atau si gadis?






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

24 comments:

MissNadh said...

betul,sesuatu yang tak terluah atau disimpan didalam hati kelamaan akan memakan diri,makin parah.

Jangan terperangkap dengan emosi sendiri.

si gadis sangat setia,tapi tak berani menghadapi realiti,mungkin?

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Miss Nadh:si gadis bukan tidak berani menghadapi realiti cuma dia sangat bodoh even utk nampak realiti itu sendiri...

thanks singgah :DD

silent said...

Juliet pagari hatinya
kuncinya tersimpan khas buat seorang Romeo
Juliet yang tidak memberi
mengharap romeo terus mencari

Namun sayang
ini Romeo fantasi bukan realiti
di mana kunci tidak dicari
Singgahsana Puteri Lain yang terbuka bakal disinggahi
Untuk apa si roemo cerobohi pagar berkunci?

Julietku
kadang kita ingin Romeo mati di sisi
tapi sayang...itu Romeo fantasi

Headmaster said...

secara tiba-tiba aku suka sangat entry ni.betul.Tiba-tiba ja.

Abang Zam said...

kau tahu realiti itu memeritkan? tampar saje gadis tu

imaginasi & fantasi langsung tak membantu..pijak lah di bumi nyata

NuRuL MoHaMaD said...

kadang2 berdiam diri memang lebih baik dari bersuara. . .
mungkin gadis perlukan masa untuk lupakan semua itu. . .
tapi janganlah mengharapkan sesuatu yang tak pasti. . .
menyukai belum cukup kuat untuk membuat seseorang itu setia dalam perhubungannya. . .
tak perlulah terus2an menyakiti hati sendiri, sedangkan pungguk sudah gembira dengan bulan palsunya. . .
gadis tidak bodoh,cuma dia masih belum bersedia melupakan segalanya. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:hahaha...aku sgt suka ayat kau yg akhir tu

terkdg kita mahu romeo mati di sisi tp syg itu hnya fantasi...itu betul

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Headmaster:eh...thanks sebab suka n baca...

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:sebab kdg2 fantasi itu lebih baik dr realiti...(^__^)/

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:yes dear,that's what im actually trying to tell that girl...

jgn tngu buah yg takkan gugur..

pfffttt tp si gadis sgt degil shingga memungkinkan dia ditampar

NuRuL MoHaMaD said...

si gadis tu degil sbb dia sangat setia pada prinsipnya. . .
sekali sekala prinsip boleh di ubah. . .
mengikut keadaan. . .
dlm diam sbnrnya ego si gadis ni agak tinggi. . .
dia takut nak langgar prinsip sbb dia takut. . .
sbb tu lah dia setia walaupun hatinya terluka. . .
semuanya sbb prinsip. . .
prinsip tu ciptaan manusia,jd apa salahnya ubah juga. . .

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:prinsip boleh diubah but heart cant be change..

if the heart longed for something,it gotta have it..

that girl's heart is the one who's stubborn actually...

*sigh*

NuRuL MoHaMaD said...

hati memang susah nak diubah,tapi diri sendiri yang mesti berusaha untuk berubah. . .
memang once ur heart r given to someone, its really hard to change it. .
take back ur heart,from dat person. .
sbb dia tak layak untuk hati kita sbb kalau btul dia syg,dia takkn biarkan ia terluka. . .
dah sampai masa utk diri sendiri mnjga hati sendiri. . .
kedegilan akan melukakan. . .
belajar utk lepaskan. . .
ok. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul Mohamad:if that girl can never let go...


I wondered whether I should stick with her or walk away from her..?

I cant let myself being stupid too,right?

NuRuL MoHaMaD said...

u must stick with her. . .
because she have no one else,other than u. . .
and u r the person that understand her. .
never ever leave her ok. . .
she must be more sad if u also leave her. . .

:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Nurul Mohamad:as long as you also dont leave me,dear...

:DD

NuRuL MoHaMaD said...

insyaallah. . .
be strong. . .
ok. . .

:))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad: tentu skali syg...

as being strong is the only choice that left


:D

NuRuL MoHaMaD said...

good girl. . .

^_^

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:always a "good" girl

hehehe

:))

NuRuL MoHaMaD said...

yeah. . .

'good' n nakal. . .

upss. . .

heheh. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:a bit of naughty is sexy sayang..

(^__^)

NuRuL MoHaMaD said...

wow. . .

heheh. . .penah dengar tu. . .

:D

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nurul mohamad:hehehe

what to do girls have to be a bit sexy...not in dressing but in other ways

;))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat