Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, April 22, 2011

Review:The Wicker Man.


 Nota Kepala:Okay ini filem lama.Tahun 2006.Aku tak suka review filem yang baru,aku suka review filem yang dah dilupakan or yang aku rasa aku patut share.Lama itu sejarah.Sejarah itu berharga.Siapa yang membenci sejarah adalah orang yang bodoh.





                    The Wicker Man lakonan berkesan Nicolas Cage dengan pelakon wanita yang korang dan aku pun tak berapa kenal.Ini filem psiko.Really pscho.Aku suka filem yang macam ni sebab ia memberi ruang untuk kita berfikir dan meningkatkan adrenalin tanpa perlu ada adegan hantu putih menyeret kaki di jalan sepertimana dalam kebanyakan filem Melayu.Aku benci filem Melayu seriously.Kecuali filem Yasmin Ahmad.

                    Filem ini bermula dengan tenang.Menyoroti kehidupan seorang pegawai polis bernama Edward Malus yang memboringkan.Satu hari dia terlibat dalam kemalangan dan sejak itu dia mula melihat seorang budak perempuan yang hanya dia boleh nampak.Ini amat menakutkan.Dan dia mula perasan yang lebah selalu mengekorinya di mana-mana pun.Semasa sedang bercuti untuk menenangkan fikiran,dia mendapat sepucuk surat dari bekas tunangannya mengatakan mereka sebenarnya sudah mempunyai seorang anak dan anak mereka kini telah hilang tanpa dikesan.

                   Terkejut dengan berita itu,dia mengambil keputusan untuk ke kampung tunang lamanya,Willow dan mencari anak mereka.Kampung yang terletak di pesisir pantai Washington itu amat pelik.Lebih-lebih lagi bila ketibaan Edward disambut dengan kehadiran dua orang penduduk kampung yang sedang mengusung guni yang bercucuran darah dan tersenyum kepadanya.

                 Apabila Edward memulakan pencarian anaknya,dia mendapati ada sesuatu yang cuba disembunyikan penduduk kampung daripadanya.Malah,bekas tunangnya juga kelihatan takut-takut dan sering hilang.Perlu aku tegaskan di sini yang penduduk kampung itu kelihatan aneh sebab semuanya perempuan...88% adalah perempuan.Lelaki pula hanya menjadi hamba dan mengikut segala perintah mereka.Lelaki biasanya tidak keluar kalau tidak ada apa-apa urusan so 100% yang berkeliaran di kampung tu adalah perempuan.Semuanya cantik-cantik,berambut panjang dan memakai gaun panjang warna putih.Terpikat tak?Sekor-sekor nampak macam bidadari dengan rambut panjang ketak-ketak sikit.






                   Setakat itu saja aku bagi sinopsisnya.Sila tengok sendiri untuk maklumat lanjut.Aku tak faham kenapa filem ini disisihkan dan tidak mendapat sambutan box office padahal jalan ceritanya awesome.Banyak bermain psikologi dan kita takkan dapat expect apa yang akan berlaku pada setiap scene.Malah Nicolas Cage sendiri menyesal kerana pernah membintangi filem ni.The Wicker Man sebenarnya filem yang dikitar semula.Filem dengan tajuk yang sama pernah dihasilkan pada tahun 1973 lebih kurang.Cuma dalam filem 1973 tu ada banyak adegan porno dan tak sesuai untuk tontonan keluarga.Yang baru ni takde adegan lucah langsung.Sangat best.Kenapa tak popular eh?

                  Twist kat hujung filem ni langsung tak dijangka.Ianya lebih awesome dari melihat Stephen Rahman Hughes menayangkan bodynya dalam Hikayat Merong Mahawangsa.Owhhh...by the way,Hikayat Merong Mahawangsa adalah hikayat negeri Kedah.Ada KRU mention ke dalam filem tu?Aku tak menyesal tengok filem The Wicker Man sebanyak 8 kali berbanding menghabiskan duit untuk tengok filem yang tak bermutu.Even filem ni tak box office dan dibenci pelakonnya sendiri.But lakonan Nicolas Cage dalam ni sangat bagus even dia benci filem ni.










Nota Kaki:Tengoklah.Sure korang takkan menyesal or rasa rugi.Kalau menyesal jugak itu bukan masalah aku.Sila pergi tengok sendiri trailernya kat YouTube.Aku malas nak tempek kat sini.Korang jangan jadi malas macam aku juga.



May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

20 comments:

Ina said...

As Salam..first time dtg sini..

tak pernah tengok citer, ni, tapi, review anda membuatkan saya teruja untuk mendonlotnya...he.he..terima kasih sudi dtg blog saya.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ina:yes,sila donlot tnpa was2...berbaloi menontonnya.

terima ksih juga singgah balik...

;))

Syarni Farida said...

sekarang nicolas cage pon dah beruban, tapi mantain ja, acting dia bagos!

silent said...

nak tengok

Sarah Sayuri Hartnett said...

@missSyarniFarida:yeess dia dah 47 tahun lebih skrg...dia lahir tahun 1964...tp lakonan still mantop...

thnks dropping by

;))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Silent:hhaahaha...aku tau kau mesti mau tengok filem psiko mcm ni....tgoklah tnpa was2 even takde logo halal...

;))

Sunah Sakura said...

omaiiii...tertarik nak tengok!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Sunah Mohammad:hehehe...silalah tengok sepantas kilat.berbaloi baloi..ajak adybudika tgok skali.bagus utk lelaki filem ni.byk pgajaran utk mereka...

;))

AMRI OTHMAN said...

ala,,,cte nie banyak iluminati la...

ezzah junsu said...

mcm best aje. sy sy tak minat tgk cerita org putih sbb sy akan end up tertidur. HAHA.

Unknown said...

xmau emo2 hehehehe andatelah ditag oleh saya.....http://kehidupanitudrama.blogspot.com/2011/04/pengalaman-dating-paling-memalukan.html

Sarah Sayuri Hartnett said...

@awiekashi:sila tapis ape yg tak perlu syg...sebab Manchester Utd dan Lady Gagak juga ada konsep Iluminati....tgokla dgn minda yg terbuka dan amik pengajaran yg patut.

trimas sudi singgah ~O~

Sarah Sayuri Hartnett said...

@ezza elias:hehehe...anda tidak minat filem omputeh?sgt unik....

mmg agak best....

thanks singgah :))

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nur intan hazirah:thanks tag saya tp saya takde pgalaman dating...errr buleh tipu ke dlm contest ni?

;DD

Abang Zam said...

aku suka tengok SAW 1 2 3 4 5 6 7

& aku banyak lagi movie aku suka tengok

tapi bagi aku kau patut tengok harold & kumar

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Abang Zam:hahaha...aku ada movie tu tp tak tgok pun.byk unsur kekejaman nnti nak try tgok...see no evil sgt kejam...

kentang said...

Aku seorang yang bodohla nampaknya. hahaha. Seronok seronok!

Sarah Sayuri Hartnett said...

@Kentang:kentang sayang...syg silap kumen ke ni??

o_O???

kentang said...

mane ade silap komen. kentang komen tentang ini "Siapa yang membenci sejarah adalah orang yang bodoh".

Sekali lagi. Aku bodoh! aku bodoh! hahaha..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@kentang:ouh...yela kentang syg.sori tak perasan.hahaha...benci sebab kena hafal byk ke...

best la sejarah...cuma bab nk kena hafal tu je tak best..;))

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat