Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, March 12, 2011

Tsunami dan Hikayat Merong Mahawangsa


Tsunami dan Hikayat Merong Mahawangsa

                   Sepertimana yang korang sedia maklum,semalam satu gempa bumi berskala 8.9 skala Richter telah melanda Jepun dan itu menyebabkan tsunami besar melanda negara Matahari Terbit yang terkenal dengan bunga Sakura dan anime Naruto itu.Tsunami itu dikatakan yang paling dahsyat pernah berlaku sejak 140 tahun dahulu.Beratus-ratus orang terkorban setakat semalam.

                   Berita di semua stesen televisyen menayangkan suasana semasa tsunami tersebut berulang kali malam tadi sampai aku yang pada mulanya sedang bersenang lenang dalam bilik berlari keluar untuk mengetahui apa sebenarnya masalah yang menimpa Nipon.Dan...ternyata usahaku itu tidak sia-sia apabila apa yang kulihat amatlah dahsyat sekali.Ia mengingatkan kita kembali pada tsunami besar yang melanda Aceh,Indonesia pada Disember 2004 lepas.

                   Apa kaitan semua ini dengan Hikayat Merong Mahawangsa?Tidak ada secalitpun kaitannya melainkan aku cuma ingin memaklumkan yang filem yang diuar-uarkan kehebatannya itu turut mula ditayangkan semalam dan juga ingin memaklumkan yang aku tidak never ever akan menghabiskan masa berharga aku untuk menontonnya sama sekali.

                       Lagipun aku memang alah dengan filem-filem terbitan dan arahan KRU sejak terpedaya dengan filem Cicakman yang indah khabar dari rupa.Yeahh...dan kepada korang yang bercadang nak menonton filem itu,aku sarankan jangan menaruh harapan terlalu tinggi.Dan mungkin juga korang patut fikir dan timbang balik...yeahhh maybe duit tiket wayang tu korang boleh sumbangkan kepada mangsa tsunami di Jepun.Dapat gak pahalanya dari menonton filem yang entahkan besh entahkan apa-apa itu...ia dak?

Ni gambar yang aku cilok dari Yahoo.Hayatilah....


















Ni mat-mat saleh kat Australia yg bimbang tsunami akan melanda dorang pula.



Jalan raya.





.....................................................................................

Selepas tgok semua ni korang masih nak pergi tengok Hikayat Merong Mahawangsa?Yeahhh...go on.. 

Sebelum terlupa sewaktu aku menaip entry ni,satu lagi gempa susulan melanda Jepun.Amerika dan Hawaii pun dah mula mengambil langkah berjaga-jaga dengan memindahkan penduduk.El-Savador,Mexico dahpun mengisytiharkan darurat.What the hell is happening to our world...?

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat