Adik aku benci aku.
Taklah.Sebenarnya adik aku membenci belog aku.Sedih kan?Tapi aku tak berperasaan pun dalam hal-hal sebegini.
Adik aku memang begitu.Suka terlebih beremosi.Tapi aku tak salahkan dia.Biasalah dalam satu keluarga tak semuanya dilahirkan sesempurna aku.*Peh-lishla...
Beberapa hari lepas adik aku menempek something di wall FB aku.Perlu diingatkan kat sini yang beliau tidak akan berbuat demikian sekiranya tidak memerlukan sesuatu dari aku.Ringkasnya,adik aku takkan cari aku kalau dia tak perlukan sesuatu.So?
Aku tak kesah sangat.Seperti yang aku cakap,tak semua orang dikurniakan hati yang tulus suci seperti aku.Aku cuba membantu beliau seadanya setiap kali.
Berikut merupakan antara perbualan bisu kami:
Abaikan pasal FT tu.Dah lari topik sebenarnya.Aku dan adik aku memang cool so kami guna "Aku" dan "Kau" je bila nak berkomunikasi.
Tapi adik aku benci belog aku.Korang benci jugak ke?
Nota Kaki:Suka hati koranglah nak benci ke tak.Ada aku kesah?Okay..okay...aku kesah.Papehal jumpa aku kat FB.Dah.
Live,Laugh,Die Emotionally!
1 comment:
hahaha..best ape blog ni..bila bace xjadi gila...sreesss pun bole hilang ape..kpda nabila tahir sila ikuti jejak langkah kakak mu..huhu
(tpah)
Post a Comment