Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, March 25, 2011

Dan...Mereka Semua Pandang Aku

                 
                   Hari tu.Dekat-dekat senjakala,aku dan mak pergi hospital untuk melawat pak sedara aku yang berehat kat sana.Pak cik aku tu...ehh...pak long aku,ughhh...abaikan saja.
               
                  Aku tak ingat.Otak aku bukan CPU komputer untuk ingat semua benda.Lagipun aku bukan pergi sana dengan niat untuk melawat beliau semata-mata.Yeah...aku bukan anak sedara yang baik.So,what?

              Beliau di CCU.Korang tahu apa itu?Cardiac Care Unit.Macam ICU jugak cuma ni tempat untuk pesakit yang ada masalah jantung.Dalam tu ada aircond.Sejuk.Aku masuk sekejap.

            Lepas tu aku keluar balik.Aku turun ke tingkat bawah dan merayau-rayau di lobi.Hospital pun ada lobi.Korang fikir hotel je yang ada?Aku dahaga sebenarnya.So,aku pergi ke vending machine yang jual kopi saja.Aku suka kopi berbanding minuman coklat tapi aku suka coklat.Faham tak....

          Machine tu yang boleh guna duit kertas punya.Canggihnya.Aku seperti orang hulu kat situ.Aku keluarkan duit kertas sehinggit.Dan masukkan ke dalam lubang yang ada.

        Duit tu keluar balik.Eh..?Apasal tak boleh masuk pulak ni?

       Mungkin duit tu tak rata.Aku gosok-gosok sikit bagi stabil.Masukkan lagi sekali.Tak boleh juga.Fuuu**king damn machine.

          Disebabkan aku dah nekad nak minum kopi,aku masukkan lagi sekali.Aku perlu mention kat sini yang setiap kali duit ditolak,mesin tu berbunyi macam..Teettt tettt.Bengang betul aku.Sapa yang buat ciptaan macam ni?

         Kali ni mesin tu bunyi lagi.Aku ambil balik duit kertas.Aku pandang machine tu dan duit kertas kat tangan silih berganti.

        Kemudian dengan setulus hati dan sekuat tenaga aku lempang machine tu dengan penuh kasih sayang.Baru puas hati aku.Dan aku masukkan duit sekali lagi.Ahhh..what a heaven.Kali ni baru machine tu terima selepas dapat sentuhan tulus dari aku.

        Aku tekan button.Mocha,mocha..mocha.Time aku nak ambil cawan kopi tu,bahuku dicuit dari belakang.Terkejut jugak aku bila tengok mak aku dah ada kat situ.Eh...since when my mom becomes a stalker?Aku angkat kening isyarat tanya kenapa.

       Mak aku sengetkan kepala dan buat isyarat mulut suruh aku tengok belakang kami.Aku tengok.

        Dan mukaku terasa panas seperti dalam oven tetiba.Ramainya orang sedang beratur.Dan...mereka semua pandang aku.Pandangan yang tak perlu aku explain di sini atas alasan privacy.

       Aku ambik cawan kopi dan terus blah.Fu***k the Fuu***king machine!
           



Live,Laugh,Die Emotionally!

6 comments:

LovelyMe said...

hahahahaha.sumpah kau buat aku gelak weyh baca entri neh! hahahaha.

Sarah Sayuri Hartnett said...

@irahehe:jgn mudah bersumpah kerna sumpah ,sumpah itu akan memakan diri balik....trimas sudi baca.dah.

LovelyMe said...

okay tukar..sumpah=serius..

Sarah Sayuri Hartnett said...

@irahehe::baca balik byk kali komen aku tadi dan kau akan faham itu bukannya nasihat....lalalala~~~

nur aisya humaira said...

alahai,comeynye lempang manja machine tu..keh2..:)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@nur aisya humaira:mestila...gurl kena sopan santun sikit...:))
XDD

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat