Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, March 20, 2011

Si Lelaki Tegar

               Pagi minggu ni sedang aku enak menguliti lappy tiba-tiba henfon aku yang tertinggal kat luar berbunyi.Aku pun apalagi,membuka langkah dua ribu lantas mencapai henfon tapi tak angkat lagi.Mesti kena tengok dulu sapa yang kol pepagi buta ni.And...yeah.Nombor yang aku ingat-ingat lupa itu tapi rasanya aku ingat.Oh...lelaki tu!Dia lagi(nama dirahsiakan atas tujuan menutup keaiban beliau).Apa lagi yang dia mahu agaknya?So and so...aku tak angkat pun.Biar je henfon tu memekak menyusahkan jiran sekeliling.

             What?My boyfie...oh no,no and No!That's my sis,my my sis punya ex.Tapi jika difikirkan my sis tak pernah cakap nak jadikkan lelaki itu sebagai boyfie pun.Cuma kawan-kawan je.Maybe si lelaki tadi dah tersalah anggap,maklumlah my sis ni agak jelita lagi menawan ala-ala model Iman gitu.Hehek...Kutuk dia pulak.Lantaklar,bukannya adik aku tu rajin sangat nak melawat belog kak dia yang dah berkepam ni.Nilah padahnya.Lain kali,rajin-rajinkan diri melawat belog kakak ye.

            Yeah...dan berbalik soal tadi aku pun letak balik henfon kat luar dan masuk balik untuk bergurau senda dengan my lappy.Then henfon tu memekak lagi.What the F**k!But,it's okay.Aku tanak rosakkan mood manja aku pepagi ni and maybe tu orang lain yang talipon.Maybe kerajaan Malaysia nak bagi amaran tsunami ke hapa ke.So,aku pun berjoging ke luar dan tengok nombor di skrin lagi.Eh?Dia lagi....Ini betul-betul bikin jantung aku panas.Aku biar je henfon menyanyi sorang-sorang dan masuk bilik balik.Biarkan je dia tu,lebih baik aku manjakan diri balik dengan Miss Lappy.

            Tengah syok-syok jari jemari mulus aku membelai keyboard,henfon kat luar menjerit-jerit lagi.Lu memang betul-betul bikin gua panas bai!Dan seperti yang korang boleh agak,aku masih berlari keluar coz aku ingat makhluk lain yang menelefon rupa-rupanya si lelaki tegar itu lagi.Ini dah memang SHIT!Oh yes shit happened but I really hope not now and not to me.Aku angkat dan maki dia cukup cukup menggunakan Knorr cukup rasa pilihan ramai surirumah di Malaysia seperti diiklankan di TV.

            Well...sebenarnya tak sebab aku malas nak layan rayuan lelaki tegar tu pepagi ni dah lagipun mood manja aku dah terjejas.Cukuplah 3 kali henfon aku memekak sorang-sorang,aku offkan dia.Kesian dia terpaksa menyanyi sendirian kan.Lepas ni mesti lelaki tegar tu akan kacau my sis balik dan aku tak perlu lagi berlari ke sana sini dan boleh meluangkan masa dengan lappy.Eh?Aku kakak yang kejam ke?Huh,peduli hapa aku.Aku kakak so aku boleh buat sesuka hati.To my sis,tolong maki hamun seguni beras lelaki tegar tadi bagi pihak kakak kamu ya.Tak pasal-pasal kakak dah kurang sekilo sebab berlari tadi,kamu tak kesiankan kak ke...


bengang







Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat