Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, March 6, 2011

Apa yang Anda Perlu Tahu Bila Di Restoran#1




Pesanan Ikhlas dari Pelayan/Waiter/Waitress


Pada Hari Valentine

1.Buat tempahan awal.Pihak restoran tidak mempunyai berjuta-juta meja untuk 2 orang.Kami perlu rancang di mana untuk memuatkan anda semua.Sekiranya anda menempah terlebih dahulu,kami akan lebih bersedia dan anda pun akan dapat meja yang lebih baik.

2.Jangan melamar!Ianya sungguh klise.Tapi jikalau anda dah tak boleh tangguh lagi,beritahu kami dahulu.Tiada apa yang lebih teruk daripada melihat seorang wanita menangis di tengah-tengah restoran.Percayalah cakap saya ini.

3.Kalau Hari Valentine jatuh pada hari bekerja,maka keluarlah pada hari seperti Sabtu atau Jumaat sebab restoran selalunya akan menyediakan menu istimewa pada hari-hari tersebut.Ataupun keluarlah untuk brunch(between breakfast and lunch).Dan selepas tu,anda boleh tidur sepanjang hari.



Apa yang Kami Kelentong 

1.Kami dilarang sama sekali untuk beritahu pelanggan hidangan yang kami benci.Jadi jika anda bertanya kepada pelayan mengenai sesuatu hidangan/dishes dan jawapannya ialah, “Ia adalah hidangan kami yang paling popular.” Ada kemungkinan besar yang dia membencinya.
-Dari Waitress kat sebuah rangkaian pizza terkenal.

2.Kalau seseorang order sesuatu minuman sejuk yang susah nak buat saya akan cakap, “Oh,maaf!Kami dah kehabisannya,” padahal saya sengaja tak nak susahkan diri menyediakannya.Tapi jika anda order air kosong/air sejuk daripada minuman lain selepas itu tiba-tiba minuman tadi ada kembali sebab saya tak mahu caj kat bill juga nanti ‘kosong.’
-Waitress kat sebuah restoran Mexico di Manhattan.

Apa yang Anda Tidak Mahu Tahu

1.Sewaktu saya bekerja kat sebuah restoran bakeri,selalunya mereka buat peach cobbler kat dalam sebuah tray besar.Kebanyakan masa,pelayan seperti kami tak mempunyai masa untuk makan.Jadi kami akan simpan garfu kat dalam apron dan kalau kami melalui ruang dapur,kami akan curi2 makan peach cobbler itu dengan garfu yang ada.Dan kami semua menggunakan garfu yang sama setiap kali.
-Kathy Kniss

2.Jika anda cerewet mengatakan sup anda tak cukup panas dan suruh kami bawakan yang baru,saya dengan senang hati ingin melalukan sudu anda di bawah air paip panas,supaya bila anda masukkan sudu tu kembali ke dalam mulut baru anda akan dapat merasai pengalaman sup panas yang sebenar-kebiasaannya ia adalah pengalaman yang menyakitkan-dan anda akan tahu yang sup anda betul-betul ‘panas’.
-Chris

3.Kami masukkan gula ke dalam hidangan anak anda supaya mereka sukakannya.Seriously.Kami juga masukkan gula extra ke dalam doh donut kanak-kanak.
-Waitress kat sebuah rangkaian pizza terkenal.



Apa yang Buat Kami Naik Gila

1.Oh…anda terlampau haus hinggakan harus bersiul,memetik jari dan mengetuk untuk memanggil kami?!Saya akan datang balik nanti…dalam 10 minit.
-Charity Ohlund

2.Satu-satunya cara mudah paling hebat untuk buatkan pelayan membenci anda adalah dengan memesan teh panas.Ia memerlukan kami memasak air panas,mencari teko,dapatkan lemon,dapatkan madu,bawakan cawan dan sudu.Banyaknya kerja untuk sedikit ganjaran.
-
Christopher Fehlinger kat restoran terkenal di New York.

Apa Yang Kami Mahu Anda Tahu

1.Kadang-kadang ,apabila anda terlampau baik dengan saya,saya akan memesan minuman percuma yang disediakan untuk pekerja dan memberinya kepada anda secara percuma sudah tentu!Syarikat mungkin mengalami sedikit kerugian tapi ia menguntungkan saya sebab anda akan memberi tips dan pihak pengurusan tidak mungkin mengesyaki apa-apa.
-Waitress kat restoran Mexico di Manhattan.

2.Jika anda dan kekasih bergaduh semasa makan bersama dan tiba-tiba seorang demi seorang pelayan datang dengan alasan untuk mengisi air,membersihkan pinggan atau anda perasan pelayan yang mengisi bekas garam atau lada hitam dengan gerak perlahan di meja sebelah anda,itu bermaksud kami sedang mencuri dengar perbualan anda sebenarnya.
-Charity Ohlund

Bagaimana Untuk Jadi Pelanggan yang Baik

1.Gunakan nama pelayan anda.Bila saya kata, “Hi,nama saya Jack dan saya akan menjadi pelayan anda malam ni,” saya gembira untuk mendengar anda mengatakan, “Hi Jack.Bagaimana keadaan anda malam ni?” Dan bila anda kembali ke sana di waktu yang lain,mintalah pelayan dengan nama yang sama itu.Dia mungkin tidak mengingati anda,tetapi percayalah,jika anda yang meminta khidmatnya,dia akan melayan anda sebaik mungkin.
-Jack,waiter kat sebuah restoran.

2.Percayakan pelayan anda.Jangan ragu-ragu untuk berkata, “Hey,ni adalah kali pertama kami di sini.Kami nak awak ciptakan satu pengalaman menarik untuk kami.Dan ini bajet kami.”Pelayan anda pasti akan melayan anda sebaik yang boleh.
-Charity Ohlund




Apa yang Anda Perlu Tahu Tentang Memberi Tips

1.Sewaktu hari perayaan seperti Krismas kalau anda bertanya mengapa saya masih berada di restoran saya akan memberi jawapan seperti, “Kakak saya terlantar sakit di hospital,” atau, “Abang saya askar dan sedang berperang,kami akan menyambut Krismas bila dia balik nanti.”Lepas tu saya hanya perlu menunggu tips lebih dari anda.
-Chris,waiter di restoran New York City

Lain-lain

1.Jika pencuci mulut anda berlabel, “HOMEMADE” mungkin ia betul-betul dibuat di rumah atau mungkin juga ia dibuat di rumah bakeri 3 batu dari sini.
-Charity Ohlund

2.Saya kenal seorang lelaki yang teruk-majikan saya-dia akan pergi ke Costco(tempat jual benda murah) dan membeli sebiji kek carrot dengan harga $10 kemudian dia akan menjual sepotong kek itu dengan harga $10 dan suruh kami mengatakan ianya HOmeMade.
-Steve Dublanica,veteran waiter di New York.

Diadaptasi dari Shine!




Live,Laugh,Die Emotionally!

2 comments:

regreatnosoul said...

owh..baru kita tahu...thanks for sharing it...weee...

Feel With Art :)

Sarah Sayuri Hartnett said...

@regreatnosoul:welcome.thanks for reading.;)

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat