Kau perempuan yang aneh kau tahu.
Seseorang pernah mengatakan itu kepada aku.Aku tidak tahu apa yang dimaksudkannya dengan aneh.Mungkin kerana aku tidak bersikap sepertimana perempuan perempuan lain,maka aku dipandang sebagai perempuan yang aneh.
Mungkin kerana aku tidak ber"camwhoring" dan buat duck face,maka aku dikatakan aneh.
Mungkin kerana aku tidak mengambil ribu riban keping gambar setiap kali keluar bersiar siar di pasar ikan maka aku dikategorikan perempuan aneh.
Mungkin kerana aku tidak bermake up tebal dan bermata hijau biru maka aku tidak seperti perempuan normal yang lain.
Mungkin aku aneh kerana aku berselipar bukannya berhigh heels.
Mungkin juga disebabkan aku tidak berpeluk cium,bergeli gelian dengan lelaki yang selayaknya dipanggil pakwe.
Mungkin kerana aku tidak merajuk atau mengada ngada seperti siamang yang minta dipujuk,oleh itu aku dikatakan aneh.
Aku aneh kerana aku tidak bertukar tukar pakwe seperti tukar baju?
Kerana aku tidak bershawl melilit lilit seperti mereka?
Kerana aku tidak terlalu terkejar kejarkan fashion?
Kerana aku bukan seperti mereka?
Atau mungkin kerana aku tidak bersifat seperti perempuan yang kau mahukan,maka kau melihat aku sebagai perempuan yang aneh.
Mungkin aku patut mula menjadi perempuan normal.Kau rasa bagaimana?
Kau juga rasa aku aneh kah? |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
1 comment:
jadik diri sendiri ajee.
Post a Comment