Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Thursday, December 22, 2011

Dont Judge A Book By Its Cover.


                Dont judge a book by its cover.Okay.I admit.This may sound as cliche as it may be but hell yeah...this is what I'm going to scribble today.

                A book.Its cover.A book and its cover.They are two different things which although may seem to stick together.

                We may have come across this cliche phrase for like thousand times but still we cannot help ourselves from continue judging people unintentionally or without conscious.

                Benci dan marah apabila dihakimi sebelum seseorang itu benar benar mengenali kita?Tidak.Sebenarnya aku suka bila dihakimi oleh orang yang tidak mengenali aku.Dengan itu kita boleh tahu,apa perkara pertama yang terlintas di fikiran orang bila melihat kita.

               Pernah dikatakan bodoh,aku hanya tersenyum.Kalau dikatakan hodoh juga aku tersenyum.Sombong,pesimis,comot,selekeh,katalah apa sahaja.Ahhh....hidup ini terlalu singkat untuk terlalu memikirkan cercaan dan kata kata orang.

              "Yalah,aku bodoh,kau pandai...Kau kan ada banyak A's dari aku."Bibir masih lagi mengukir senyum.Yang mengutuk juga tersenyum.Tapi ada sinis dalam senyumannya.Mungkin puas hati kerana dapat membuatkan aku mengakui kepintarannya.Barangkali juga dia sedang menikmati detik detik kemenangan sementaranya.

              Kemenangan sementara.Ya,kemenangan yang sementara itu punah bila hakikat sebenar terjojol juga akhirnya.Dia tersenyum.Tapi senyum itu kali ini dipenuhi dengan rasa serba salah dan malu tahap maksima.Hendak memandang muka aku pun rasanya dia sudah tidak mampu.

             "Itulah kau,kan aku dah cakap jangan cakap sembarangan.Sekarang kan dah kena.Pergilah minta maaf."Rakannya memujuk tapi dia hanya diam.Menikus di situ sambil sesekali melirik aku dengan ekor mata.

             Kemaafan yang sehingga kini tidak terpohon.Tapi aku tidak kisah.Dia tidak ada salah apa apa dengan aku.Mungkin hanya pemikirannya yang terlalu cetek atau mungkin juga kerana mulutnya yang terlalu becok.Bagi aku,sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk menilai seseorang jadi kalau dia salah kerana tersalah menilai aku maka aku maafkan.Tidak ada yang perlu dipanjangkan lagi.

            Aku boleh jadi sesiapa sahaja yang aku inginkan dan sesiapa sahaja yang kau fikirkan.Mungkin aku boleh menjadi pengemis kotor di jalanan,mungkin seorang model ramping di pentas peragaan atau seorang muslimah bertudung labuh yang sentiasa memasukkan agama dalam percakapan.Aku boleh jadi sesiapa sahaja yang aku mahukan.Dan kau boleh fikir apa yang kau mahukan.Ya,begitu sahaja.Senang bukan?

          Tapi aku lebih suka menjadi diri sendiri.Dan aku lebih suka kalau kau berjaya melihat aku sebagai aku.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat