Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, December 30, 2011

Aku Tak Ajar Kau Untuk Jadi Pengemis.


               Ini untuk followers dan readers and for those who concerns.

               Setahun sudah kita bersama...errr maksud aku secara literalnya iaitu bersama di sini.Di belog ini.Untuk yang masih setia di sini,aku ucapkan terima kasih.



Terima kasih kerana terus mengunjungi aku walau terkadang aku tidak mengunjungi kau semula.

Terima kasih kerana membaca biarpun kau boleh terus menjerit di Kotak Jerit tanpa perlu melakukan apa apa.

Terima kasih kerana mengikut(Follow) walaupun kau tahu aku takkan follow kau balik.

Terima kasih kerana mengambil berat biarpun kadang kala kau tidak memahami apa yang aku sampaikan.

Dan untuk komen komen itu,terima kasih kerana sudi menaip sepatah dua kata.Aku menghargai setiap yang kau tulis biarpun ianya tidak semestinya satu pujian.

                   Kalau ada yang bertanya mengapa aku tidak banyak berinteraksi atau memFamouskan diri sendiri,maka jawapan aku ialah aku tidak mahu mengajar dan membiasakan followers dan readers aku menjadi pengemis.Faham maksud aku?Pengemis di sini bermaksud kau follow orang lain dengan mengharapkan orang akan follow kau balik.Dan kau singgah di belog orang lain dengan harapan mereka akan mengunjungi belog kau.Atau kau komen dengan harapan orang akan perasan kewujudan kau.

No,no,no....my dear readers,itu tidak betul.Sangat tidak betul.Bila kita melakukan sesuatu atau memberi sesuatu untuk orang lain,sentiasalah ingatkan diri kita yang kita melakukan itu kerana kita mahu melakukannya bukan mengharapkan balasan.


Kalau suka,Followlah.

Kalau mahu,bacalah.

Dan kalau sudi,singgahlah ke sini.


Tidak ada paksaan dari aku tetapi kalau kau melakukan mana mana dari di atas,maka ingin sekali aku mencurahkan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada kau.

Terima kasih kerana berada di sini dan membaca ini.




Ini untuk kau.







May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, December 27, 2011

Can I Have Your Facebook Password?



















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, December 25, 2011

Aku Sambut Krismas.Kau Pula Bagaimana?


                 Ya,ini mungkin mengejutkan bagi kau.Kau boleh menuduh aku murtad,kau boleh mengatakan aku sudah hilang akal.Aku tidak peduli.Sebab bukan dosa aku yang akan dicatat Raqib Atid nanti.Bukan aku yang akan disoal Tuhan kerana memfitnah nanti.

                 Hakikatnya memang aku sambut Krismas.Adik adik aku sambut Krismas.Rasanya Krismas lebih meriah dari Hari Raya kalau di rumah kami.Aku lebih teruja menantikan Krismas dari Hari Raya setiap tahun.

                Sebenarnya ianya bukan tentang nama perayaan itu tapi bagaimana perayaan tersebut disambut.Kalau tahu cara cara yang betul untuk menyambutnya,maka tidak kisahlah perayaan apa sekalipun yang kau sambut,akidah kau takkan terpesong.This has nothing to do with faith or whatsoever.That's all NONSENSE!Kalau kau sambut dengan cara yang tidak kena,berpakaian seksi terdedah sana sini,pembaziran merata rata,Hari Raya pun boleh jadi haram tahu?

               Kesimpulannya,kami sambut Krismas.Kau pula bagaimana?Tidak?Mahu mula menyambutnya tahun ini?Marilah.Jom.Kata 1Malaysia kan?




Nota Kaki:Dan aku juga dengar Christmas Carol.So?Haram,haram,haram....Cepat unfollow aku.Nanti kau semua terpengaruh dengan unsur Illuminati pulak.Kehkehkeh....






Ni santa aku.Kau hado ka?




Santa is coming to the town....








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, December 22, 2011

Dont Judge A Book By Its Cover.


                Dont judge a book by its cover.Okay.I admit.This may sound as cliche as it may be but hell yeah...this is what I'm going to scribble today.

                A book.Its cover.A book and its cover.They are two different things which although may seem to stick together.

                We may have come across this cliche phrase for like thousand times but still we cannot help ourselves from continue judging people unintentionally or without conscious.

                Benci dan marah apabila dihakimi sebelum seseorang itu benar benar mengenali kita?Tidak.Sebenarnya aku suka bila dihakimi oleh orang yang tidak mengenali aku.Dengan itu kita boleh tahu,apa perkara pertama yang terlintas di fikiran orang bila melihat kita.

               Pernah dikatakan bodoh,aku hanya tersenyum.Kalau dikatakan hodoh juga aku tersenyum.Sombong,pesimis,comot,selekeh,katalah apa sahaja.Ahhh....hidup ini terlalu singkat untuk terlalu memikirkan cercaan dan kata kata orang.

              "Yalah,aku bodoh,kau pandai...Kau kan ada banyak A's dari aku."Bibir masih lagi mengukir senyum.Yang mengutuk juga tersenyum.Tapi ada sinis dalam senyumannya.Mungkin puas hati kerana dapat membuatkan aku mengakui kepintarannya.Barangkali juga dia sedang menikmati detik detik kemenangan sementaranya.

              Kemenangan sementara.Ya,kemenangan yang sementara itu punah bila hakikat sebenar terjojol juga akhirnya.Dia tersenyum.Tapi senyum itu kali ini dipenuhi dengan rasa serba salah dan malu tahap maksima.Hendak memandang muka aku pun rasanya dia sudah tidak mampu.

             "Itulah kau,kan aku dah cakap jangan cakap sembarangan.Sekarang kan dah kena.Pergilah minta maaf."Rakannya memujuk tapi dia hanya diam.Menikus di situ sambil sesekali melirik aku dengan ekor mata.

             Kemaafan yang sehingga kini tidak terpohon.Tapi aku tidak kisah.Dia tidak ada salah apa apa dengan aku.Mungkin hanya pemikirannya yang terlalu cetek atau mungkin juga kerana mulutnya yang terlalu becok.Bagi aku,sudah menjadi lumrah bagi manusia untuk menilai seseorang jadi kalau dia salah kerana tersalah menilai aku maka aku maafkan.Tidak ada yang perlu dipanjangkan lagi.

            Aku boleh jadi sesiapa sahaja yang aku inginkan dan sesiapa sahaja yang kau fikirkan.Mungkin aku boleh menjadi pengemis kotor di jalanan,mungkin seorang model ramping di pentas peragaan atau seorang muslimah bertudung labuh yang sentiasa memasukkan agama dalam percakapan.Aku boleh jadi sesiapa sahaja yang aku mahukan.Dan kau boleh fikir apa yang kau mahukan.Ya,begitu sahaja.Senang bukan?

          Tapi aku lebih suka menjadi diri sendiri.Dan aku lebih suka kalau kau berjaya melihat aku sebagai aku.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, December 20, 2011

We're Lesbians,We're Okay.












See people.They are lesbians,they are okay.

But of course it didnt last long.XD.










May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, December 18, 2011

You Have Your Mother's Eyes.









 Well,I'm pretty sure he does has.

 Lol......Die laughing!








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, December 16, 2011

The Lie Detector Robot.


A dad buys a lie detector robot which slaps people when they lie.
He decides to test it at dinner.
Dad:Son, where were you today?
The son says,"At school dad."
Robot slaps the son.
"OK, I watched a DVD at my friend’s house!"
Dad: What DVD?
Son: cartoon. 
Robot slaps the son again.
"OK, it was a porno" cries the son.
Dad: What! When I was your age I didn't know what porn was.

Robot slaps the dad! 

Mom laughs "Ha!Ha!Ha!"

Mom: He's certainly your son.
.
.
.
.
.
.
Robot slaps the mom!








Nota Kaki:Faham ka?











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, December 14, 2011

Kau Perempuan Yang Aneh.



                Kau perempuan yang aneh kau tahu.



                Seseorang pernah mengatakan itu kepada aku.Aku tidak tahu apa yang dimaksudkannya dengan aneh.Mungkin kerana aku tidak bersikap sepertimana perempuan perempuan lain,maka aku dipandang sebagai perempuan yang aneh.

                Mungkin kerana aku tidak ber"camwhoring" dan buat duck face,maka aku dikatakan aneh.

               Mungkin kerana aku tidak mengambil ribu riban keping gambar setiap kali keluar bersiar siar di pasar ikan maka aku dikategorikan perempuan aneh.

              Mungkin kerana aku tidak bermake up tebal dan bermata hijau biru maka aku tidak seperti perempuan normal yang lain.

             Mungkin aku aneh kerana aku berselipar bukannya berhigh heels.

             Mungkin juga disebabkan aku tidak berpeluk cium,bergeli gelian dengan lelaki yang selayaknya dipanggil pakwe.

            Mungkin kerana aku tidak merajuk atau mengada ngada seperti siamang yang minta dipujuk,oleh itu aku dikatakan aneh.

            Aku aneh kerana aku tidak bertukar tukar pakwe seperti tukar baju?

            Kerana aku tidak bershawl melilit lilit seperti mereka?

            Kerana aku tidak terlalu terkejar kejarkan fashion?

            Kerana aku bukan seperti mereka?

           Atau mungkin kerana aku tidak bersifat seperti perempuan yang kau mahukan,maka kau melihat aku sebagai perempuan yang aneh.

           Mungkin aku patut mula menjadi perempuan normal.Kau rasa bagaimana?




Kau juga rasa aku aneh kah?








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, December 12, 2011

Kuda Awak Telefon!


Pada suatu hari yang tenang,seorang suami sedang relaks sambil duduk membaca suratkhabar.Tiba tiba datang si isteri membawa tudung periuk.
PANG!!!
Diketuknya atas kepala si suami.Si suami yang
terpinga pinga bertanya,“Aper hal ngan awak nih….kenapa awak ketuk kepala saya??
Si isteri pun menjawab. “Nah! Awak tengok nih!"sambil menunjukkan secebis kertas yang tertulis nama,'Mary'.Si isteri tentulah menyangka si suami mempunyai kekasih lain yang bernama Mary.
Dengan tenang si suami menjawab."Ooo….itu nama kuda yang saya bertaruh semalam,namanya Mary."
Si isteri pun agak puas hati dengan penjelasan suaminya lalu terus menyambung kerja di dapur.

Selang seminggu berlaku ketika si suami sedang rehat rehat membaca suratkhabar seperti selalu.
PANG!!!
Si isteri mengetuk kepalanya sekali lagi.Kali ini lebih kuat.Si suami pun bertanya."Aper hal plak awak ketuk kepala saya kali nih???"
Dengan selamba si isteri menjawab,“kuda awak telefon!!”








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, December 10, 2011

Tips Sekiranya Anda Dirompak(ATM).



TIPS :

Sekiranya anda dirompak dan dipaksa untuk mengeluarkan wang akaun anda daripada mesin ATM,anda boleh meminta bantuan cara senyap dengan memasukkan no Pin anda di mesin ATM cara terbalik. 
Sebagai contoh jika no Pin anda adalah 123456, jadi anda harus memasukkan nombor 654321. Mesin ATM akan mengenalpasti nombor tersebut adalah nombor yang diterbalikkan daripada nombor yang sebenarnya melalui kad anda yang masukkan ke dalam mesin tersebut. 
Mesin ATM akan tetap mengeluarkan wang tunai seperti biasa, tapi apa yang kita tidak ketahui, pihak Bank dengan segera akan menghantar pihak berkuasa (Polis) kepada anda. 
Perkara ini pernah disiarkan di TV baru-baru ini dan ianya menyatakan kaedah ini jarang diguna disebabkan ramai orang tidak mengetahui akan kewujudan sistem yg seumpama ini.





Nota Kaki:Sapa pernah try cara ni dan berhasil silalah bagitahu aku.Kalau yang tak pernah try lagi tu,tunggulah hingga anda dirompak dahulu baru testing.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, December 6, 2011

Ramai Saja Yang Bermata Hijau Sekarang Ni.



Baby Hazel



 Baby Hazel-18mm

 0-250

 RM25



 DIALOGUES:


"Eh....baru aku perasan.." 

                 Kawan aku di sebelah menegur setelah lebih kurang 3 minit dia memerhatikan aku tanpa kata kata.Cuak jugak aku.Ingatkan dia dah psiko ke hapa...

"Hmmm?"

"Mata kau bukan kaler hitam lah...."

"Hmmm...habis tu kaler apa?Hijau ke?"

 "Urmmm...kaler ****** lah...."

"Oh...biasalah tu.Apa kau nak heran,sekarang ni ramai je yang bermata hijau dan biru."

 "Hmmm...betul jugak."






Nota Kaki: Kawan aku di atas dulunya memakai glasses masa dia menegur tentang mata aku.Sekarang dia pun dah bercontact lenses.Biru hijau jugak mata dia.Biasalah,gadis semasa mana boleh kalah dengan peredaran zaman.Malulah kalau mata kau masih warna asal beb...Malu....

Kat atas tu bukan iklan contact lens ya.Aku tak jual dan tak pakai contact lens even aku rabun separuh mati.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, December 4, 2011

Three Men In A Prison.




3 men in Prison:

  • A Rapist
  • A Psycho
  • A Gay.

 
Rapist: If I Find a Cat here I will
#uck it hard till it dies!

Psycho: Oh Yeah! And once it's dead
I will #uck it till I die!

Gay Standing in the Corner Softly
Says: *Meeoowww*
 
 

Better be a gay instead eh?












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, December 2, 2011

Cabut Bulu Kening Pun Haram Jugak.


                 "Eh,kau ni semua nak pertikaikan.Semuanya tak kena.Macam kau sorang ja yang betul.Yang haram tu haramlah,tak perlu kau nak halalkan."

                "Ya aku tahu."

                "Semakin hari kau ni dah semakin pelik aku tengok.Dah macam..."

               "Macam apa?"

               "Dah macam orang takde agama."

               "Hmmmm...."

               "Islam kan pentingkan halal haram.Kau kena tahu itu.Kena ambil berat.Jangan main redah je."

               "Hurmmm...."

               "Tengok,asal aku nasihat sikit je kau buat muka.Aku tahu kita semua ni bukannya sempurna sangat.Tapi kalau aku ada ilmu tak salah aku bagi nasihat...bla..bla....bla...blablabla..."

                "....."

                "Kau jangan jadi macam si J*** tu.Dia tu dah memang takde agama lagi.Orang cakap haram dia cakap halal.Semuanya halal bagi dia."

                "Urmm..."

                "Aku dah bagi nasihat ni kira dah lepas bahagian aku.Kalau kau nak teruskan juga buatlah,aku tak akan disoal lagi oleh Tuhan di akhirat nanti.Tanggungjawab aku dah lepas...blablabla...bla bla..blabla.."

               "Terima kasih atas nasihat kau."
 
                "Kau perli aku ke tu?"

                "Setahu aku....cabut bulu kening pun haram jugak."Aku melirik seketika ke arah keningnya yang baru sahaja "dikemaskan" petang tadi.





 PWNED!!!Hahahaha.....





Nota Kaki:Betul ke cabut bulu kening tu haram?Aku main bedal je.Aku mana tahu apa apa pasal agama ni.Aku kan tiada agama.Lol.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat