"Gotong lorong...."
"Along,jom kita gotong lorong...!"
Aku yang sedang cuba mentargetkan cicak di dinding untuk dilastik dengan getah tidak mempedulikan gelagat adik bongsu aku yang kelihatan begitu bersungguh sungguh itu.
"ALONGGGGG.....!"
Melihatkan aku yang tidak memberi perhatian kepadanya membuatkan dia menguatkan suara.
Oh...Shit!Cicak di dinding pantas melarikan diri sebaik sahaja aku mengalihkan pandangan.
"Apa?Nak apa?!"separuh menjerit aku bertanya.Tidak puas hati kerana target aku terlepas.
"Jom kita gotong lorong!"separuh menjerit juga dia menjawab.Mungkin dia fikir dia pun perlu menjawab dengan nada yang sama ketika aku menyoal.
Huh?Huh...Huh?!What the hell is Gotong Lorong?
Later,I found out the Gotong Lorong is actually Gotong Royong.So guys,marilah kita bergotong lorong kalau ada kesempatan.Jangan asyik nak membuta saja.
Mungkin kau akan diberikan makanan sebegini percuma jika rajin bergotong lorong. |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment