Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, November 6, 2011

Ada Pakwe Pun Macam Tak Dak Pakwe Saja.


                 Ramai rakan rakan aku merungut.Ramai perempuan di Facebook merungut.Merungut tentang permasalahan yang satu inilah.Kata mereka ada pakwe pun macam takdak pakwe sahaja.Mungkin kerana mereka tidak dipedulikan.Mungkin kerana pakwe mereka sekejap ada sekejap hilang entah ke mana.Mungkin juga kerana mesej dan panggilan telefon tidak berbalas.Menanti kedatangan sang pria tercinta ibarat menanti buah yang tak gugur.

                Akhirnya kekecewaan diluahkan dalam Facebook,kepada rakan rakan dan juga pelbagai medium yang difikirkan perlu.Lebih teruk kalau ada yang mula menaruh syak wasangka bahawa pakwe masing masing sudah bermain kayu tiga,empat dan seterusnya di luar pengetahuan mereka.Kemudian adegan serang menyerang dan tuduh menuduh mula dijalankan kepada kaum sejenis yang disangka cuba merosakkan cinta suci yang dipupuk.Memaki maki sang perempuan yang kononnya cuba merampas kekasih hati tercinta.Bagi yang lebih beradab mungkin adegan serang menyerang ini hanya akan dijalankan kepada pakwe sendiri dan tidak melibatkan mana mana pihak luar.

              Jadi bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?Bagi pendapat aku,itu pakwe kau,kau sendirilah uruskan.Okay...okay.Kita serius sekarang.Now cuba eja lelaki.L.E.L.A.K.I.Dah eja?Nampak?Nampak ejaan nya dengan ejaan P.E.R.E.M.P.U.A.N berlainan tak?See people...Ejaannya pun dah berlainan.Apatah lagi sikap dan pemikiran masing masing.

             Bagi lelaki kalau tidak menghubungi aweknya untuk sehari itu bukanlah satu masalah besar.Mereka masih boleh bertenang,menjalani kehidupan harian seperti biasa,masih boleh lepak lepak dan berketawa riang dengan rakan rakan.Tetapi bagi perempuan,kalau sehari pakwe mereka tidak menghubungi tidak kiralah dengan menggunakan medium apapun waima surat layang sekalipun,mereka akan mula berasa gelisah,berasa hidup tidak tentu arah dan mula memikirkan yang bukan bukan.Padahal bukannya ada apa pun.No biggie la mehh...Small matter only.

               Aku benci nak ulang perkataan ni dua tiga kali tapi aku terpaksa jugak ulang.Kepercayaan.Ingat lagi benda ni?Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perhubungan.Malah dalam Rukun Negara kita juga KEPERCAYAAN kepada Tuhan diletakkan di tempat yang paling atas.Ada antara kau di sini yang tidak ingat rukun negara kita?Ingat?Tak ingat?Astaga....Bawak bawaklah menghafal sebelum dihantar ke Burma ataupun Zimbabwe.

               Dengan adanya kepercayaan terhadap pasangan masing masing,aku rasa tidak akan wujud permasalahan seperti ini lagi.Sehari dua hari mahupun sebulan tidak berhubungan bagi aku tidak ada masalahnya.Bagi perempuan di luar sana aku tidak tahulah.Sebab bagi aku kepercayaan itu adalah keyakinan.Yakin bahawa pasangan kau tidak akan menduakan kau di luar pengetahuan kau.Yakin selama manapun kau terputus hubungan tidak akan ada orang ketiga antara kau berdua melainkan syaitan dan sekutunya.Yakin walau dengan siapapun dia berada,hatinya masih milik kau.Boleh kau mempunyai keyakinan yang sebegitu?Kalau tidak boleh tidak payahlah bercinta,buang masa sahaja.

              Kesimpulannya,janganlah gabra atau gelabah sekiranya pakwe anda tidak menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.Mereka juga manusia bukan robot.Mungkin mereka sibuk,mungkin mereka terlupa.Lagipun lelaki cepat lupa akan perkara perkara remeh.Bagi kau menelefon atau mesej 18 kali sehari itu mungkin perkara penting tetapi bagi lelaki mungkin itu adalah perkara kecil.Jadi fikir mereka,kalau tidak buat atau terskip sehari pun tidak mengapa.Bawa bawalah bertenang wahai perempuan sekalian.Jangan serang orang lain sesuka hati.Jangan berperang Dunia Ke-3 kerana satu hal yang kecil.Jangan memalukan aku.Aku ulang sekali lagi,jangan memalukan aku.


             Apa saya patut lakukan kalau pakwe saya masih tidak menghubungi saya selepas 3 hari biarpun saya dah post 34 mesej di Wall Facebooknya,menghantar 188 mesej ke telefonnya,menelefonnya sebanyak 79 kali dan menghantar 28 pucuk surat wangi kepadanya?


 Ini jawapan aku-Kau ada 3 pilihan di sini:

1.Anggap sahaja dia dah mati.Cari sahaja pakwe baru.

2.Tunggu juga sampai dia menghubungi kau tidak kiralah selama mana.Even sampai kucing bertanduk sekalipun.

3.Pura pura tidak ada apa yang berlaku,teruskan aktiviti harian kau seperti biasa.



                Kalau saya tidak tahu nak buat pilihan yang mana?



 Ini jawapan aku-Kau yang sepatutnya pergi terjun bangunan dan mati.Memang wajar sangatlah pakwe kau lari.
















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

4 comments:

Kekupu said...

okay. setuju sangat ni >.<

ErnieFaizal Siti said...

haha..kdg2 akan berlaku fasa itu..kalau dah 2 3 hari senyap,better kita berdiam diri..anyway,just nak spend my sweet time kat sini..awak ada di bloglist saya :)

baby_serene said...

klu aryn, buat dek ja la... bkn nya kita xda kwn2 kan? drpd meraung x tentu psl, lg best kuar dgn kwn... hv a gd girl's time wit them, lg syok... tp ni pendpt aryn ja la... aryn mmg x prnh suka blk2 cal bf @ kena cal bf stiap masa, rimas tau... hehehe...

silent said...

tigatiga.semua.hebat

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat