Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, November 8, 2011

Dalam Proses Menjadi Matang.


"Kau dah banyak berubah sekarang."

"Aku rasa macam sedang bercakap dengan orang lain."

"Betul ke kau ni.....(sebut nama aku)?"


                Itu kata kata yang datang dari kawan kawan sekolah rendah aku.Ya.Aku ulangi,kawan kawan sekolah rendah aku.Masa aku darjah 1 sampai darjah 6 dulu.Lebih sepuluh tahun lepas.Lebih dari sepuluh tahun sudah berlalu.Aku rasa tidak ada apa yang mengejutkan seandainya kau sudah tidak mengenali aku lagi.Kerana sepuluh tahun bukanlah masa yang singkat.Seorang bayi pastinya sudah memasuki alam persekolahan dalam masa sepuluh tahun.Kanak kanak yang berada dalam darjah 6 pulak kemungkinan sudahpun bergelar pelajar universiti dalam masa sepuluh tahun.

              Dalam proses menjadi matang,banyak yang kita terpaksa tempuhi.Perkara perkara yang kita tidak mahukan dan tidak harapkan pun terpaksa juga kita lalui.Sepertimana tiram yang kosong dibiarkan selama sepuluh tahun.Kemudian bila dibuka selepas itu ianya tidak kosong lagi.Tekalah, ada apa di dalamnya?Mutiara.Ya cantik bukan.Manusia juga seperti tiram yang kosong itu pada peringkat awal mereka mula mengenal dunia.Semakin lama dan semakin banyak kau ditimpa kesusahan,kau akan semakin berharga.Pengalaman mendewasakan. 

             Mutiara yang paling cantik terhasil dari tiram yang paling banyak menerima pasir dan yang paling banyak berdepan dengan hakisan.Biarpun begitu tiram tersebut tidak mengalah.Ia teruskan juga.Dan hasilnya adalah mutiara yang lebih berharga dan lebih cantik dari yang lain.Begitu juga halnya dengan manusia.Mereka yang tidak pernah menjadi hodoh tidak akan menjadi cantik.Mereka yang tidak pernah berasa susah tidak akan pernah berasa senang.Dan yang tidak pernah sedih tidak akan tahu apa itu gembira.Kalau kau melihat seseorang itu dan berasakan dialah yang paling cantik dan paling berharga dari yang lain,yakinlah bahawa orang itu telah merasai bagaimana menjadi paling hodoh dan tidak bernilai.

                 Aku yang kau lihat sekarang tidak sama dengan aku yang kau lihat sepuluh tahun yang lepas.Apa yang aku lalui lebih banyak dari apa yang aku harapkan.Mungkin ada sedikit perubahan.Mungkin kau akan mengatakan kau tidak mengenali aku lagi.Mungkin ada juga yang menaruh syak wasangka bahawa aku sudah berubah menjadi lebih teruk.Tidak apa-apalah.Aku masih kenal siapa diri aku.Dan pastinya kalau kau lihat betul betul,kau akan percaya yang aku masih diri aku yang dulu.Masih ada sebahagian dari "dia" yang kau kenal dahulu dalam diri aku.Kalau kau tidak mahu percaya,maka tidak ada apa apa lagi yang boleh aku lakukan.Terpulang.Kau punya pemikiran sendiri yang aku tidak punya kuasa untuk mengawalnya.
















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat