Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, November 30, 2011

I Should.


 Mungkin aku patut berkawtim dengan Tuhan semasa aku mempunyai peluang dahulu.

 I should have done it.

 A.M.,Tuhan benci orang yang suka mempertikaikan kuasaNya,apakah kau sudah lupa?













May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, November 28, 2011

Kalau Tak Suka,Jangan Bagi Harapan.


DIALOGUES:


"Dia ajak bertunang."

"Then bertunanglah."

 "Gila,aku tak mau!Aku tak suka dia."

 "Dah 4 tahun baru kau cakap tak suka?"

 "Aku nak belajar.Pelajaran lebih penting."

 "Okay."

 "Lagipun aku tak suka dia.Aku tak mau dia."

 "Habis kenapa bagi harapan?"

 "Dia yang terhegeh hegeh nakkan aku.Biarlah..."

 "Kalau tak suka,tak payahlah layan dia.Jangan bagi harapan.Bila orang dah betul betul suka,kau akan tinggalkan dia,begitukah?"

 "Aku masih belum puas enjoy.Masih muda.Aku tak mahu terikat dengan siapa siapa."

 "Kalau begitu,kenapa tidak beritahu dia awal awal?Perasaan orang bukannya barang permainan.Diambil bila kau suka dan dibuang bila kau sudah tidak mahu."

 "Hmmmm...."

 "Suka hatilah."

 "Aku akan kahwin dengan sesiapa sahaja yang mak pilih asalkan bukan dia."

 "Tapi mak takkan pilih orang lain selain dia."








Baju ni untuk bertunang pun cantik jugak.Kan?









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, November 26, 2011

Kalau Binatang Ada Facebook.


Kalau binatang ada akaun Facebook macam kau semua kat sini, agak-agak begini lah ya binatang tersebut update STATUS yang macam kau semua selalu post tu.



Cicak : Tuan rumah baru beli raket elektrik, gua kenduri nyamuk BBQ malam nih...

Nyamuk : Baru habis ronda rumah Ajoi... kenyang burp, Alhamdulillah. ..

Aedes: Baru jer selamat bagi injekan maut, yeah!!!

Ayam: Tidaaaaaaaaaaaak, Besok majikan gua mau buat kenduri kesyukuran, gua mau di sembeliiiiihhh! ...

Cicak : isteriku tersepit pintu

Kucing Betina: "Anak i yang ke-5 baru tanya siapa bapaknya. I bingung nak jawab apa. I sendiri lupa bapaknya siapa."

Ayam : Kawan kawan...kalu esok guwe tak update...bererti guwe udah di goreng....I luv u all... jangan luper wat kenduri arwah untuk I yaa...

Nyamuk: Siot, sekali drug addict gua hantam daaaa. Gua positif HIV AIDS... uwaaaaaaa

Cicak : Mau ke ke bilik air anak tuan rumah jap ... baru beli videocam baru ...

Kucing: Baru je add awek sebelah umah... keturunan PARSI beb!!!

Tikus: Operasi malam ni... selongkar kitchen kabinet... sape nak ikot?

Katak : malam ni nak wat konsert la..da lama tak ujan ni..hangat oii..

Ular : rasa mcm nak makan lauk telur la malam ni..mana nak cari ek..

Anjing: Aku tension bila ada mat rempit berkumpul tepi rumah aku tiap malam. Nak tido pun tak senang,HANJENG punya org.

Kuda: Patah kaki.Rider aku bangang salah timing bila nak lompat pagar, sekarang rehat kat kandang.

Kura-kura: Aku sakit hati bila bini aku berjalan. Lembab mcm siput babi

Siput babi: Aku sakit hati bila bini aku bergerak. Lembab mcm kura2

Gagak: Tadi jumpa ayam KFC. Jangan jeles

Burung Kakak Tua: Penat betul nk ubah stigma masyarakat. Walaupun aku Burung Kakak Tua, tapi aku burung Jantan!!!

Babi hutan: Susah betul nak cari makanan halal sekarang ni.

Kera: Semalam GF aku bagi bunga. Sedap jugak kunyah

Tikus: Aku makan mee goreng mamak kat Al Naz maju@precint 9. Meh la join sekali.

Lalat: Asyik hurung bangkai je. Alhamdulillah hari ni jumpa nasi bungkus.

Sotong; Aku bengang bila tapak sulaiman ejek aku si lembut

Kucing : update petang karang tepat jam 5.00pm slow ngendap ala2 pink panther nyurik ikan bawal kepunyaan kak lela majnun. ..

Lipas : merasmikan pengunaan kepak baru,cantik sekali bila dikembangkn. ..gerun tengok member aku kena tarik dengan jeli2 panjang kepunyaan cik cicak..eee seram nyeee....

Itik serati : hahahhaa lawak lawak... ayam serama tu ade hati jalan tersengguk sengguk. ...nak tiru aku le tu.. lol....

Ikan laga: Boring sey, duduk sorang sorang dalam tanki ni.

Ikan parang; Kurang asam punya manusia, letak gambar aku kat depan bekas keropok

Ikan Jerung: Kenapa takde sorang pun nak add/approve aku. :-(

Ikan Sepat: Terkenang jiran sebelah yang dah dijadikan ikan pekasam. Al Fatihah

Ikan Bilis: Wah ramainya kawan kita. Tahniah remy, ko kawan aku yang ke 5000.

Ikan Arowana: Cantik tak sisik I? Cantik kan ?

Ikan Mas Koki: macam mana nak kurus nie?











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, November 24, 2011

Cara Untuk Kelihatan Cool Di Hadapan Awek Anda.



1.Ketika di dalam pawagam--Tetiba sakit perut dan terlepas angin yang piaww baunya,anda hanya perlu menyalahkan orang sekeliling anda supaya anda kelihatan 'cool' dihadapan awek anda.

2.Sewaktu kemalangan kecil--Awek anda jatuh tersungkur kerana tersadung batu dihadapan orang ramai.Anda hanya perlu memaki hamun batu itu agar orang ramai perasan bahawa anda sentiasa menyebelahi kekasih anda.

3. Ketika dikedai makan(kepada yg merokok)--Selepas makan anda menghisap rokok tanpa menghiraukan sebarang notis larangan.Tiba tiba tauke kedai memaki anda dengan mengatakan bahawa di restorannya adalah kawasan larangan merokok,anda yang mula malu di hadapan kekasih hanya perlu menjawab "Dey macha,u letak signboard no smoking tu dekat kaunter...so, i duduk dekat meja makan ni takde signboard no smoking pon.".Anda perlu melafaskan ayat tadi dengan yakin agar kekasih anda bangga dengan anda.

4.Ketika krisis kewangan dipertengahan bulan--Awek anda mengajak anda bersiar siar dihari yang cerah,anda cuma perlu menjawab "Sayang ,rasanya ari ni akan ujan lebat la .. nanti u demam,i yang susah"  -Ini dapat mnjimatkan wang anda.

5.Ketika diberi pilihan--Awek anda bertanya jika anda diberi pilihan antra KLCC dengan dirinya,yang mana anda akan pilih.Anda hanya cuma perlu menjawab "I akan pilih KLCC sebab KLCC lebih tahan lama dan banyak awek awek yang cun kat situ." Jawab dengan penuh yakin agar awek anda memahami niat sebanar anda.



Sekian dari saya.Amalkan tips ini jika anda ingin mnjadi kekasih yang 'SEJATI'.




Boleh juga melakukan ini untuk kelihatan cool.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, November 22, 2011

Salesgirl Wanted.









 Siapa mahukan kerja ni?

Terbuka kepada lelaki sahaja.Lol...










May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, November 20, 2011

I Wish I Can Tell You That I Hate You.






How I wish that I can tell you that.How I wish I can yell at you very face to go and fucked yourself.How I wish I can pay you back for what you did to me.How I wish I can drown you into that very hell hole that I've been.For you have made me live a pandemonium life.For you have turned me from human into a receptacle.

 Too bad...too bad.I pity me.Myself.
















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, November 18, 2011

The Secret To Success.








 This is so true.

In order to succeed we must but to know who to be blamed for your failures.XD.












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, November 16, 2011

Sekali Lagi.


                  Rantai rantai besi yang kukuh itu semakin erat melilit pergelangan tangan.Sakit.Terasa sejuknya besi sampai ke tulang hitam.Aku ingin berlari.Melepaskan diri dari semua ini.Bebas.Saat ingin melangkah aku tersedar yang rantaian besi itu kini turut mencengkam kuat kedua belah kaki.Takut.Sendirian.Gelap.Tidak dapat berbuat apa apa.Sekali lagi aku minta untuk mati.Sekali lagi.














May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, November 14, 2011

Mom???









Seriously mom?What dark powers do you actually posses?








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, November 12, 2011

When Voldermort Has Facebook.
















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, November 10, 2011

Mari Berkenalan Dengan Kaunselor Cinta Anda.


              Sejak kebelakangan ini,aku perasan aku semakin kerap memberi tips tips kepada mereka yang putus cinta ataupun mengalami masalah cinta.Contohnya,pakwe/awek kahwin lari dengan orang lain,pasangan curang,pasangan merajuk,pasangan yang nak breakup and so on.Dan i've got this feeling yang sebenarnya seronok juga mendengar masalah orang lain dan membantu mereka menyelesaikannya.

             Itu menyebabkan aku ada terfikir yang kemungkinan besar kerja di bahagian psikologi adalah sesuai untuk aku.Tapi ada sebahagian diri aku yang membantah,katanya "WTH eh Sarah Sayuri?Kalau semua kau nak jadi,semua kerja kau nak ambil,habis orang lain nak jadi apa?!" So and so,dan aku pun membatalkan hasrat aku untuk terjun ke bidang psiko.Walau begitu,aku masih lagi kaunselor yang tidak bertauliah yang akan cuba menyelesaikan masalah orang yang bermasalah seandainya masalah itu bukannya masalah yang bermasalah bagi aku.Faham maksud aku?Bagus.Bagus.Kau semua memang boleh diharapkan.

            Jadi,ini sahaja yang aku ingin sampaikan.Mari berkenalan dengan kaunselor anda.Say hi to her!



Pasangan yang berjaya aku satukan baru baru ini.



 Nota Kaki:Kata orang,mereka yang mahir menyelesaikan masalah orang lain sebenarnya 

mempunyai banyak masalah sendiri yang terbengkalai.Errrkk...*terasa,terasa...*






May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, November 8, 2011

Dalam Proses Menjadi Matang.


"Kau dah banyak berubah sekarang."

"Aku rasa macam sedang bercakap dengan orang lain."

"Betul ke kau ni.....(sebut nama aku)?"


                Itu kata kata yang datang dari kawan kawan sekolah rendah aku.Ya.Aku ulangi,kawan kawan sekolah rendah aku.Masa aku darjah 1 sampai darjah 6 dulu.Lebih sepuluh tahun lepas.Lebih dari sepuluh tahun sudah berlalu.Aku rasa tidak ada apa yang mengejutkan seandainya kau sudah tidak mengenali aku lagi.Kerana sepuluh tahun bukanlah masa yang singkat.Seorang bayi pastinya sudah memasuki alam persekolahan dalam masa sepuluh tahun.Kanak kanak yang berada dalam darjah 6 pulak kemungkinan sudahpun bergelar pelajar universiti dalam masa sepuluh tahun.

              Dalam proses menjadi matang,banyak yang kita terpaksa tempuhi.Perkara perkara yang kita tidak mahukan dan tidak harapkan pun terpaksa juga kita lalui.Sepertimana tiram yang kosong dibiarkan selama sepuluh tahun.Kemudian bila dibuka selepas itu ianya tidak kosong lagi.Tekalah, ada apa di dalamnya?Mutiara.Ya cantik bukan.Manusia juga seperti tiram yang kosong itu pada peringkat awal mereka mula mengenal dunia.Semakin lama dan semakin banyak kau ditimpa kesusahan,kau akan semakin berharga.Pengalaman mendewasakan. 

             Mutiara yang paling cantik terhasil dari tiram yang paling banyak menerima pasir dan yang paling banyak berdepan dengan hakisan.Biarpun begitu tiram tersebut tidak mengalah.Ia teruskan juga.Dan hasilnya adalah mutiara yang lebih berharga dan lebih cantik dari yang lain.Begitu juga halnya dengan manusia.Mereka yang tidak pernah menjadi hodoh tidak akan menjadi cantik.Mereka yang tidak pernah berasa susah tidak akan pernah berasa senang.Dan yang tidak pernah sedih tidak akan tahu apa itu gembira.Kalau kau melihat seseorang itu dan berasakan dialah yang paling cantik dan paling berharga dari yang lain,yakinlah bahawa orang itu telah merasai bagaimana menjadi paling hodoh dan tidak bernilai.

                 Aku yang kau lihat sekarang tidak sama dengan aku yang kau lihat sepuluh tahun yang lepas.Apa yang aku lalui lebih banyak dari apa yang aku harapkan.Mungkin ada sedikit perubahan.Mungkin kau akan mengatakan kau tidak mengenali aku lagi.Mungkin ada juga yang menaruh syak wasangka bahawa aku sudah berubah menjadi lebih teruk.Tidak apa-apalah.Aku masih kenal siapa diri aku.Dan pastinya kalau kau lihat betul betul,kau akan percaya yang aku masih diri aku yang dulu.Masih ada sebahagian dari "dia" yang kau kenal dahulu dalam diri aku.Kalau kau tidak mahu percaya,maka tidak ada apa apa lagi yang boleh aku lakukan.Terpulang.Kau punya pemikiran sendiri yang aku tidak punya kuasa untuk mengawalnya.
















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, November 6, 2011

Ada Pakwe Pun Macam Tak Dak Pakwe Saja.


                 Ramai rakan rakan aku merungut.Ramai perempuan di Facebook merungut.Merungut tentang permasalahan yang satu inilah.Kata mereka ada pakwe pun macam takdak pakwe sahaja.Mungkin kerana mereka tidak dipedulikan.Mungkin kerana pakwe mereka sekejap ada sekejap hilang entah ke mana.Mungkin juga kerana mesej dan panggilan telefon tidak berbalas.Menanti kedatangan sang pria tercinta ibarat menanti buah yang tak gugur.

                Akhirnya kekecewaan diluahkan dalam Facebook,kepada rakan rakan dan juga pelbagai medium yang difikirkan perlu.Lebih teruk kalau ada yang mula menaruh syak wasangka bahawa pakwe masing masing sudah bermain kayu tiga,empat dan seterusnya di luar pengetahuan mereka.Kemudian adegan serang menyerang dan tuduh menuduh mula dijalankan kepada kaum sejenis yang disangka cuba merosakkan cinta suci yang dipupuk.Memaki maki sang perempuan yang kononnya cuba merampas kekasih hati tercinta.Bagi yang lebih beradab mungkin adegan serang menyerang ini hanya akan dijalankan kepada pakwe sendiri dan tidak melibatkan mana mana pihak luar.

              Jadi bagaimanakah cara untuk menyelesaikan masalah ini?Bagi pendapat aku,itu pakwe kau,kau sendirilah uruskan.Okay...okay.Kita serius sekarang.Now cuba eja lelaki.L.E.L.A.K.I.Dah eja?Nampak?Nampak ejaan nya dengan ejaan P.E.R.E.M.P.U.A.N berlainan tak?See people...Ejaannya pun dah berlainan.Apatah lagi sikap dan pemikiran masing masing.

             Bagi lelaki kalau tidak menghubungi aweknya untuk sehari itu bukanlah satu masalah besar.Mereka masih boleh bertenang,menjalani kehidupan harian seperti biasa,masih boleh lepak lepak dan berketawa riang dengan rakan rakan.Tetapi bagi perempuan,kalau sehari pakwe mereka tidak menghubungi tidak kiralah dengan menggunakan medium apapun waima surat layang sekalipun,mereka akan mula berasa gelisah,berasa hidup tidak tentu arah dan mula memikirkan yang bukan bukan.Padahal bukannya ada apa pun.No biggie la mehh...Small matter only.

               Aku benci nak ulang perkataan ni dua tiga kali tapi aku terpaksa jugak ulang.Kepercayaan.Ingat lagi benda ni?Kepercayaan itu penting dalam sesebuah perhubungan.Malah dalam Rukun Negara kita juga KEPERCAYAAN kepada Tuhan diletakkan di tempat yang paling atas.Ada antara kau di sini yang tidak ingat rukun negara kita?Ingat?Tak ingat?Astaga....Bawak bawaklah menghafal sebelum dihantar ke Burma ataupun Zimbabwe.

               Dengan adanya kepercayaan terhadap pasangan masing masing,aku rasa tidak akan wujud permasalahan seperti ini lagi.Sehari dua hari mahupun sebulan tidak berhubungan bagi aku tidak ada masalahnya.Bagi perempuan di luar sana aku tidak tahulah.Sebab bagi aku kepercayaan itu adalah keyakinan.Yakin bahawa pasangan kau tidak akan menduakan kau di luar pengetahuan kau.Yakin selama manapun kau terputus hubungan tidak akan ada orang ketiga antara kau berdua melainkan syaitan dan sekutunya.Yakin walau dengan siapapun dia berada,hatinya masih milik kau.Boleh kau mempunyai keyakinan yang sebegitu?Kalau tidak boleh tidak payahlah bercinta,buang masa sahaja.

              Kesimpulannya,janganlah gabra atau gelabah sekiranya pakwe anda tidak menghubungi anda dalam tempoh 24 jam.Mereka juga manusia bukan robot.Mungkin mereka sibuk,mungkin mereka terlupa.Lagipun lelaki cepat lupa akan perkara perkara remeh.Bagi kau menelefon atau mesej 18 kali sehari itu mungkin perkara penting tetapi bagi lelaki mungkin itu adalah perkara kecil.Jadi fikir mereka,kalau tidak buat atau terskip sehari pun tidak mengapa.Bawa bawalah bertenang wahai perempuan sekalian.Jangan serang orang lain sesuka hati.Jangan berperang Dunia Ke-3 kerana satu hal yang kecil.Jangan memalukan aku.Aku ulang sekali lagi,jangan memalukan aku.


             Apa saya patut lakukan kalau pakwe saya masih tidak menghubungi saya selepas 3 hari biarpun saya dah post 34 mesej di Wall Facebooknya,menghantar 188 mesej ke telefonnya,menelefonnya sebanyak 79 kali dan menghantar 28 pucuk surat wangi kepadanya?


 Ini jawapan aku-Kau ada 3 pilihan di sini:

1.Anggap sahaja dia dah mati.Cari sahaja pakwe baru.

2.Tunggu juga sampai dia menghubungi kau tidak kiralah selama mana.Even sampai kucing bertanduk sekalipun.

3.Pura pura tidak ada apa yang berlaku,teruskan aktiviti harian kau seperti biasa.



                Kalau saya tidak tahu nak buat pilihan yang mana?



 Ini jawapan aku-Kau yang sepatutnya pergi terjun bangunan dan mati.Memang wajar sangatlah pakwe kau lari.
















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, November 5, 2011

Marilah Kita Bergotong Lorong.


                 "Gotong lorong...."

                  "Along,jom kita gotong lorong...!"

                  Aku yang sedang cuba mentargetkan cicak di dinding untuk dilastik dengan getah tidak mempedulikan gelagat adik bongsu aku yang kelihatan begitu bersungguh sungguh itu.

                "ALONGGGGG.....!"

                Melihatkan aku yang tidak memberi perhatian kepadanya membuatkan dia menguatkan suara.

                Oh...Shit!Cicak di dinding pantas melarikan diri sebaik sahaja aku mengalihkan pandangan.

                 "Apa?Nak apa?!"separuh menjerit aku bertanya.Tidak puas hati kerana target aku terlepas.

                  "Jom kita gotong lorong!"separuh menjerit juga dia menjawab.Mungkin dia fikir dia pun perlu menjawab dengan nada yang sama ketika aku menyoal.

                  Huh?Huh...Huh?!What the hell is Gotong Lorong?

                  Later,I found out the Gotong Lorong is actually Gotong Royong.So guys,marilah kita bergotong lorong kalau ada kesempatan.Jangan asyik nak membuta saja.




Mungkin kau akan diberikan makanan sebegini percuma jika rajin bergotong lorong.






May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, November 4, 2011

Differences Between Graduate Nurse And Experienced Nurse.



A Graduate Nurse throws up when the patient does.
An experienced nurse calls housekeeping when a patient throws up


A Graduate Nurse wears so many pins on their name badge you can't read it.
An experienced nurse doesn't wear a name badge for liability reasons


A Graduate Nurse charts too much.
An experienced nurse doesn't chart enough.


A Graduate Nurse loves to run to codes.
An experienced nurse makes graduate nurses run to codes.


A Graduate Nurse wants everyone to know they are a nurse.
An experienced nurse doesn't want anyone to know they are a nurse.


A Graduate Nurse keeps detailed notes on a pad.
An experienced nurse writes on the back of their hand, paper scraps, napkins, etc.


A Graduate Nurse will spend all day trying to reorient a patient.
An experienced nurse will chart the patient is disoriented and restrain them.


A Graduate Nurse can hear a beeping I-med at 50 yards.
An experienced nurse can't hear any alarms at any distance.


A Graduate Nurse loves to hear abnormal heart and breath sounds.
An experienced nurse doesn't want to know about them unless the patient is symptomatic.


A Graduate Nurse spends 2 hours giving a patient a bath.
An experienced nurse lets the CNA give the patient a bath.


A Graduate Nurse thinks people respect Nurses.
An experienced nurse knows everybody blames everything on the nurse.


A Graduate Nurse looks for blood on a bandage hoping they will get to change it.
An experienced nurse knows a little blood never hurt anybody.


A Graduate Nurse looks for a chance "to work with the family."
An experienced nurse avoids the family.


A Graduate Nurse expects meds and supplies to be delivered on time.
An experienced nurse expects them to never be delivered at all.


A Graduate Nurse will spend days bladder training an incontinent patient.
An experienced nurse will insert a Foley catheter.


A Graduate Nurse always answers their phone.
An experienced nurse checks their caller ID before answering the phone.


A Graduate Nurse thinks psych patients are interesting.
An experienced nurse thinks psych patients are crazy.


A Graduate Nurse carries reference books in their bag.
An experienced nurse carries magazines, lunch, and some "cough syrup" in their bag.


A Graduate Nurse doesn't find this funny.
An experienced nurse does.












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, November 2, 2011

Motibasi #3.


                 Pengajaran:Jangan lupa untuk menyembunyikan bahan bukti setelah melakukan jenayah.


                  Kalau mahu jadi penjenayah,jadilah penjenayah yang bijak okay.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat