Kita sambung lagi dgn warna2 yg dpt mmpengaruhi emosi anda:
JINGGA/OREN
- · Mengatasi kesepian dan kebosanan(sesuai diguna utk orang yg single atau selalu ditinggalkan berseorangan)
- · Kegembiraan,kreativiti dan rasa terhibur lahir dengan penerapan warna ini sehingga memberi kesan yg hangat dan akrab(patutla dulu kelas di sekolah aku dicat dgn warna ini…baru faham.)
- · Jingga merupakan kombinasi yg baik dari warna merah yg penuh cinta dan warna kuning yg bijaksana.
- · Dapat meningkatkan rasa percaya diri seseorang,meredakan asma dan mengurangkan sakit perut dan ginjal.Justeru sesuai diletakkan di ruang keluarga.
- · Jika diterapkan pada ruang dapur,akan meningkatkan SELERA MAKAN!(Lebih baik jgn…guna je warna biru so kita jadi pemalas utk makan…hahaha)
- · Akan meningkatkan kreativiti dan semangat sekiranya diterapkan di ruang kerja.
- · AWAS! Terlalu banyak digunakan,ia boleh menimbulkan rasa gugup.Untuk itu seimbangkan dengan warna biru dan hijau kerana kombinasi warna-warna ini dapat menciptakan garis yg sgt moden dan eksotik.
COKLAT
- · Dikaitkan dengan warna-warna semulajadi seperti tanah.
- · Mampu menimbulkan rasa aman dan meningkatkan rasa yakin pada tanggungjawab.
- · Sesuai untuk kediaman berkonsepkan moden.
- · Beri kesan hangat dan terang namun jika terlalu banyak diterapkan akan menimbulkan rasa BOSAN.
- · Kombinasi coklat dan hitam mampu berikan kesan yg lebih hebat dan moden.
- · Sesuai utk dijadikan warna di pintu masuk utama memandangkan ia melahirkan kesan “Selamat Datang.”
UNGU
- · Mampu memberikan energi kasih,ketenangan jiwa dan simpati.
- · Sesuai dijadikan warna dasar kediaman.
- · Kombinasi merah dan ungu memberikan keseimbangan yg baik kerana dapat menenangkan perasaan dan membantu seseorang itu fokus pada kerja yg dipertanggungjawabkan kpd mereka.
- · Boleh diterapkan pada bunga segar,tirai,bantal atau pasu kaca yg moden sebagai inspirasi.
- · Fakta yg satu ni mungkin mmbuatkan ramai wanita di luar sana teruja.Warna ungu dikatakan boleh MENGURANGKAN rasa lapar.
- · Jadi utk mereka yg berdiet,disarankan guna pinggan,piring,alas meja dari warna ungu.
HITAM
- · Memberikan kesan yg misteri!
- · Jika diguna dgn betul,boleh memberikan kesan elegan pada ruang.
- · AWAS! Jangan jadikan warna hitam sbgai warna dasar pada dinding kerana boleh menimbulkan perasaan tertekan.
- Sebaiknya gunakan pada aksesori hiasan.
PUTIH
- · Merupakan symbol sesuatu yg suci,murni dan bersih.
- · Warna putih akan menjadi lebih menarik jika diadaptasi dan dikombinasikan dgn sempurna dgn warna2 lain.
- · AWAS! Jika salah mengaplikasikannya,warna ini akan memberikan kesan bosan dan kosong.
- · Sesuai diguna pada semua jenis ruang kerana bersifat neutral.
- · Meningkatkan daya kreativiti semulajadi.Oleh itu,digalakkan untuk diguna di ruang kerja.
Live,Laugh,Die Emotionally!
No comments:
Post a Comment