Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, February 6, 2011

Alkisah Badak dan Monyet


              Alhikayat,dalam sebuah hutan di negeri Pahang ada seekor badak sumbu dan seekor monyet.Mereka nie memang tak pernah baik.Selalu jer bertengkar.

             Pada suatu hari,sedang mereka bertengkar,mereka terjumpa sebuah pelita ajaib.Dipendekkan cerita,setelah digosok keluarlah jin.Jin tersebut setuju untuk mengabulkan tiga permintaan bagi kedua-dua binatang tu.

           PERMINTAAN 1 Badak: Saya mahu semua badak sumbu di dalam hutan ni adalah betina kecuali saya…Hehe…

           PERMINTAAN 1 Monyet: Saya mahu sebuah motosikal Harley Davidson.

       Jin tu kelip mata.Bling…semua badak kat situ jadi betina pastu ada sebuah motosikal Harley Davidson 1300cc warna hitam.

          PERMINTAAN 2 Badak: Saya mahu semua badak sumbu kat negeri  Pahang ni betina kecuali saya…hehe…

          PERMINTAAN 2 Monyet: Saya mahu jaket kulit hitam dengan helmet Shoei.

        Jin itu kelip mata lagi.Bling…semua badak di Pahang dah jadi betina,dan monyet tu pun dapat barang-barang mat motornya tu.Lepas tu jin tu kata, “Ini permintaan terakhir kamu,fikirlah baik-baik.”

           Badak tu pun fikir sejenak lepas tu kata, “Saya mahu semua badak sumbu kat Malaysia ni betina yang cun melencun ghilerrr…kecuali saya.”

          Jin tu pun kelip mata and then bling…maka tinggallah badak tu satu-satunya badak jantan satu Malaya nihh…

         “Hah monyet,awak nak apa pulak…kasut boot kulit ke?”tanya jin.

         Monyet tu memakai helmetnya,naik ke atas motor Harleynya,start enjin,kemudian melihat pada badak yang tersengih lebar tu, “Saya mau badak tu jadi GAY!”

          Jin pun kelipkan mata,bling…
         Maka meraunglah badak sumbu tu.Sepuas-puasnya…, “Mana aku nak cari badak jantan ni nyah…ishh,tak kuasaaa nyah!!!”

MORAL of the story:Biar bodo-bodo sikit jangan bodoh campur bangang kang jadik cam badak Gay tu…Peace no War.

May peace upon us.

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat