Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Monday, February 28, 2011

Review of Alone



Alone







                   Alone atau Fad dlm Bahasa Thai diterbitkan pada 2007.Pelakon utamanya yg mungkin korang kenal iaitu Marsha Wattanapanich sorang penyanyi pop kacukan Jerman-Thai.

                   Cter ni mengangkat tema dendam dan jeles sebagai tema utama.Pim dan Ploy merupakan kembar siam yg bercantum di perut.Sejak kecil lagi diorang x penah berenggang.Yalah,kalau dah bercantum mestilah pergi ke mana-mana pun bersama2 kan.Though muka diorang seiras tapi diorang  ada personaliti yg berbeza.Pim lebih lemah lembut and baik hati manakala Ploy sorang yg suka memberontak n pendendam.

                   Satu hari diorang dimasukkan ke hospital entah sebab sakit apa.Kat sana diorang terjmpa sorang budak lelaki yg hensem.Masing2 jatuh hati kt budak lelaki yang namanya Wee tuh.Tapi Wee bukanlah sorang yg tamak so dia pilih Pim coz aku rasa dia sukakan sifat Pim yg sopan santun.Ploy pun hangin satu badan and dia halang Pim dari jumpa Wee masa Wee nak blah dari hospital.Diorang bergaduh.
                  
                   Biar aku explain sikit kt sini,bcoz melekat maka jika Ploy tanak jalan Pim pun taleh jln jugak.So rasa2nya korang boleh faham bagaimana Ploy halang Pim dari berjumpa dgn Wee.Oleh sebab terlampau geram,Pim mintak nk jalankan operation tapi Ploy tak setuju.Dia ckp dia nak bersama Pim selama-lamanya.Memang boleh mental kalau ada kembar cmnie.

                  Then,skip kat situ.Kemudian ditunjukkan kisah Pim n Wee yang dah kahwin n bahagia kt Korea.Masa birthday Wee,diorang dpt satu panggilan dari Thailand yg mengatakan mak Pim kena strok so diorang terpaksa balik ke sana.Sejak diorang balik n tinggal kt rumah lama keluarga Pim,Pim mula rasakan Ploy masih ada dan cuba menakut-nakutkannya kt situ.Even org gaji mak Pim pun ada cakap yg mak dia seolah-olah takutkan sesuatu sebelum dia kena strok.

                   Pim cuba yakinkan Wee tapi seperti klise filem seram yg biasa,Wee tak percayakannya.Pim mula salahkan diri sendiri kerana memaksa Ploy menjalani operation.Bagi Pim kalau bukan sebab dia,Ploy takkan mati.Dia pergi jumpa pakar psikiatri coz suaminya paksa.Wee ingat isterinya ada masalah mental n alami halusinasi.Tapi lepas tu pun Ploy msih kacau diorang dan akhirnya Wee percaya yg memang roh Ploy sentiasa mengikuti Pim.By the way,aku rasa korang ingat Ploy pernah cakap yg dia nak bersama Pim forever n tanak buat operation.

                   Antara babak yg aku rasa seram ialah bila Pim naik komuter.Dalam tu ada ramai giler orang yg berdiri.Apa yg menakutkan ialah diorang tak duduk kt tempat yg kosong sebelah Pim.Well,mybe sebab diorang nampak tempat tu ada “orang” duduk tak?Dan part mak Pim yg cuba beritahu sesuatu kt Wee juga mampu membuatkan adrenalin meningkat sebab dia tak boleh bercakap n bergerak akibat strok.


                  
                   Kalau tak disebabkan twist kat hujung citer ni,mungkin filem ni sama je macam filem2 seram yg lain.Citer ni memberi pengajaran berguna iaitu buat jahat dibalas jahat dan if boleh cuba elakkan dari mempunyai kembar yg busuk hati.Twist yg tak diexpect n part last yg quite emotional membolehkan cter ni mendapat 4 STARS dari aku.







Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat