Malam itu hatinya biru
biar malam hitam pekat
sang gadis menjinjing pelita
berkaki ayam di lorong kedua
kerana lorong pertama
untuk yang berkasta.
Sesekali angin kencang menerpa
sang gadis kaget
mohonnya agar cahaya terus ada
mungkin dia lupa
dahulu dia pernah berlari
membelah sepanjang malam
tanpa sejalur cahaya.
Kepala yang tertunduk didongak
pabila sang bulan menyapa mata.
Langkahnya penuh yakin kini
pelita itu mungkin akan padam
dia mungkin berkaki ayam
tapi dia tahu bulan dan
tuhan sentiasa mengiringi.
No comments:
Post a Comment