Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Tuesday, June 25, 2013

Sebenarnya Saya Isteri Dia.



 Drama Melayu semakin hari semakin mengarut.

Mungkin ini adalah salah satu punca mengapa perangai remaja sekarang semakin teruk.

Berangan-angan nak kahwin muda,kena kahwin paksa,bergaduh manja kemudian "live happily ever after".

Sifir pun tak habis hafal lagi,belajar mengaji Quran baru separuh juzuk, angan-angan sudah naik sampai petala langit ke-8.

Aku dah agak selepas drama SETIA HUJUNG KAKI mendapat sambutan hebat kononnya, pasti drama drama Melayu serupa akan mengikut jejak kaki 'beliau' selepas itu.

Komen aku cuma dua saja:

Pertama- Tiada orang yang kena kahwin paksa sekarang. Dan sebenarnya tiada orang yang boleh memaksa kau berkahwin kalau kau tidak bersetuju. Kan?

Kedua- Aku berharap untuk tengok drama bertajuk, "Sebenarnya Saya Atok Dia" pula selepas ini.




Happily ever after.Seriously?







May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

1 comment:

Cik Putri said...

Kalau tak logik bukan drama melayu lah namanya. Or panggil drama meloya lebih sesuai kot?

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat