Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, April 22, 2012

Dont Leave.


Kali aku menjadi pemerhati.


Mereka bergaduh lagi.Entah untuk kali ke-berapa.Cuma kali ni kesalahannya bukan berpunca dari si jejaka.Selalunya pun begitu.Tapi si gadis terlalu marah untuk percaya.

Habis barang-barang dilempar ke arah jejaka.Namun jejaka tenang berdiri.

Segala sumpah seranah,caci maki dan amarah dilepaskan.Jejaka tidak membalas walau sepatah pun.

Sehabis tenaga si gadis menolak,menampar malah kakinya juga turut sama ikut bekerja.Tapi si jejaka tidak melawan.

Sudah beratus kali si gadis menghalau jejaka pergi namun dia masih tetap berdiri di situ.Masih cuba memujuk dan berdiplomasi.

Si gadis menangis sekuat hati apabila kudrat sudah hampir kosong.Jejaka setia di sisi.Dia memerhati si gadis tanpa menunjukkan riak wajah bosan.

Kemudian sebaik tangisan yang berjam lamanya itu tamat,sang jejaka bangun.Langkahnya seperti dia mahu beredar dari situ.

Si gadis yang terduduk seperti orang putus harapan sejak tadi bingkas bangun.Dia menyentuh perlahan tangan si jejaka.

"Awak pun akan tinggalkan saya?Macam mereka yang lain?"dalam suara serak akibat terlalu banyak terpekik terlolong,si gadis bertanya.

"Tak.Jangan risau saya akan tetap di sisi awak.Selama mana awak mahukan saya di situ,dan walaupun pada masa-masa awak tak mahukan saya juga."














Mimpi dan kenyataan selalunya tidak sama.

Mungkin dah tiba masanya untuk pemerhati bangun dari mimpi.









May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

No comments:

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat