Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Wednesday, August 31, 2011

Selamat Hari Kebangsaan Ke-54.


                Bagi sesiapa yang belum tahu,tema Kemerdekaan tahun ini adalah 1Malaysia:Transformasi Berjaya,Rakyat Sejahtera.

                54 tahun.Sudah melebihi separuh abad kita merdeka.Namun masih ada lagi yang tercari cari erti kemerdekaan itu sendiri.Masih ada yang terkinja kinja menyambut Merdeka dengan berhibur di Genting Highlands,masih ada yang tidak habis habis menyumpah seranah kerajaan kononnya mahu menuntut keadilan dan masih ada yang tidak tahu di negara mana dia sepatutnya menumpahkan taat setia.Politik dan negara adalah dua perkara yang sangat berbeza.Kau dan aku mungkin berbeda fahaman politik,mungkin berbeza pendapat mengenai si polan itu dan si polan ini tetapi tetap kita berkongsi negara yang sama.

               Kau mungkin menyertai BERSHIT 2.0 dan aku tidak.Tetapi masih kita berjalan di jalan tar yang sama.Kau mungkin menyokong si hitam manakala aku penyokong si putih.Tetapi masih kita memegang bendera yang sama.

             Kau dan aku mungkin memiliki sifat kenegerian yang tinggi.Kita mungkin akan bergaduh mengatakan negeri masing masing lebih baik.Tetapi masih,kita tidak akan bergaduh disebabkan negara masing masing kerana kau dan aku memiliki negara yang sama.Apa yang kau perlu tahu adalah semua negara tidak ditadbir dengan sesempurna yang kau mahukan.Kau tidak akan pernah berpuas hati dengan pemimpin kau pada masa kini dan juga pada masa akan datang.Sebenarnya kau tidak akan berpuas hati selagi bukan kau yang memegang takhta pemimpin itu sendiri.Bila kau berada di sana,baru kau akan nampak apa yang betul dan apa yang perlu kau lakukan,baru kau tahu untuk mengukur langit tinggi atau rendah.

              Perkara yang betul dan perkara yang perlu kau lakukan adalah dua benda yang berbeza.Perkara yang betul mungkin bukan perkara yang kau perlu lakukan jadi kau perlu memilih perkara yang perlu kau lakukan biarpun dari pandangan orang lain,ianya adalah salah sama sekali.

              Kau mungkin juga akan menuduh mereka yang lain cuba mencuri hasil bumi atau emas hitam dari negeri kau.Tapi hakikatnya juga,emas hitam itu bukan milik kau mahupun nenek moyang kau,jadi kenapa perlu menyalak dan menggigit untuk mempertahankan sesuatu yang sememangnya bukan milik kau?Adakah kerana kau rasa kau seorang sahaja yang betul dan mereka yang lain salah?Atau adakah kerana kau iri hati melihat orang lain mengaut laba dan kau tidak mendapat apa apa?Percayalah,bersifat kenegerian yang tinggi akan memusnahkan diri kau sendiri.

              Men and power.Manusia dan kuasa memang tidak dapat dipisahkan.Selagi kita hidup kita akan terus mengejar kuasa,pangkat,nama dan harta.

              Sempena menyambut hari kemerdekaan yang ke-54,tidak ada salahnya kau tolak ke tepi seketika fahaman karut dan ideologi politik sampah kau dan mula mengibarkan bendera dengan penuh rasa patriotik.Berhenti dari rasa seperti kau rakyat Kelantanese,Kedahan,Sarawakian mahupun Sabahan dan mulalah rasa yang kau seorang rakyat Malaysia.Sekurang kurangnya untuk sehari ini.Selepas itu kau boleh teruskan apa yang kau dah biasa lakukan.

              Sekiranya kau tidak ada langsung sifat patriotik dalam diri kau,maka cepat cepatlah pergi isi borang permohonan untuk masuk PLKN ataupun askar Wataniah.Paling tidak,kalau kau bernasib baik,boleh jumpa retis(artis).Permohonan masih dibuka rasanya.Pergilah.







SELAMAT MENYAMBUT HARI KEMERDEKAAN KE-54.







Tan Hong Ming.





May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, August 30, 2011

Datanglah Berkunjung Ke Rumah Aku.


 Datanglah berkunjung
 sekalipun atap atap di sini telah tertanggal
 akan aku cantumnya
 sekalipun dinding di sini telah berlubang
 akan aku tampalnya.

Singgahlah
melihat sang labah labah itu mengait
biarpun yang dikaitnya hanya
sawang sawang penambah usang.

Hampirlah ke sini
kalau kau rindu
walau aku tiada
kau tahu aku akan sentiasa 
memerhati.

Datanglah berkunjung
kerana tulisan di sini
bukan sekadar baris baris kata
ada jiwa di dalamnya
kerana yang kau tatap dalam layar putih
bukan sekadar satu coretan kosong
tetapi sebuah rumah.

Bata dindingnya dari kata kata yang kukuh
Dan atapnya dari pemikiran yang teguh
Lantainya dari marmar hati yang putih
Tidak akan berganjak dipukul badai
Andai suatu hari nanti rumah ini runtuh
Sekurang kurang nya aku tahu
Kau pernah memijak lantainya.











May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, August 29, 2011

Selamat Hari Raya AidilFitri.


Andai langkah membekas lara,
Andai kata merangkai dusta,
Andai tingkah menoreh luka,
Izinkan aku bersimpul sila
Menghulur tangan di bulan mulia.




 Selamat Hari Raya AidilFitri.


 Maaf Zahir Batin.







Nota Kaki:Ffffuuuuuu.....why it's so cliche?








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, August 28, 2011

Beraya Di Kutub Utara.


                 Memandangkan hujan selama seminggu dan masih tidak berhenti sehingga kini,adakalanya aku mendapat feel seolah olah aku akan beraya di Kutub Utara tahun ini.Cuma bezanya di sini tiada beruang kutub.
               
                 Tahap mana sejuk tu?Sejuk sampai kau tidak boleh tidur.Air dah jadi macam air ais.Walaupun kau berselimut tebal,kesejukannya masih terasa.

                  Apa yang lebih teruk ialah walaupun sejuk,kau terpaksa mandi juga sebab kau perlu ingat bahawa kau berada di Malaysia bukan di London.Dan selepas itu,tahap kesejukan kau akan meningkat 8 kali ganda.Sedikit lagi boleh mencecah paras beku.

               Siapa kata kalau hujan,sejuk maka boleh tidur sepanjang hari?Di sini sejuknya yang menjadi penyebab orang tidak boleh tidur.

               Kalau banjir pun best jugak.Bolehlah merasa pengalaman beraya di dewan sekolah,balai balai raya ataupun pusat perlindungan mangsa banjir.Di sana nanti senang sikit nak kutip duit raya sebab semua orang berkumpul sama sama.Tak perlu lagi ke sana sini untuk beraya.

              Kau pula.Aku harap kau baik baik sahaja dan tidak perlu beraya menggunakan bot sebagai pengganti kereta.











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sedih Kan Sambut Raya Seorang Diri?


               Dengar lagu raya Dendang Perantau dan Ku Pohon Restu Ayah Bonda seorang diri.Makan seorang diri.Dan makanannya pula ala kadar sahaja,walaupun sedap,mestilah tidak sama dengan air tangan bonda sendiri.Sekalipun kad raya dan kuih raya sudah diposkan,namun kesedihan tidak juga terubat.Apatah lagi mendengar takbir bergema di pagi raya.Cukup untuk membuatkan kolam air mata bertakung lalu mencurah curah.

               Lagu Airmata Syawal dendangan Siti Nurhaliza pastinya cukup membuatkan air mata bersambungan hingga ke malam hari.Tak apalah,raya tahun depan ada lagi.Pujuk hati pada diri sendiri.Namun sayangnya hati sekadar mendengar tetapi tidak mahu menerima pujukan itu.



Sedihnya...















May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, August 27, 2011

Banyak Yang Putus Cinta Menjelangnya Syawal.


London,26 Ogos-Statistik di Facebook menunjukkan ramai remaja dan orang separuh dewasa mengalami putus cinta atau patah hati sepanjang bulan Ramadan dan jumlah ini semakin meningkat menjelangnya Syawal.Ini disebabkan peningkatan status yang dipostkan seseorang pengguna Facebook semakin meningkat semenjak bermulanya Ramadan(8-11 status sehari daripada hanya 3 status pada bulan bulan yang lain) dan rata rata status itu meluahkan kekecewaan dan kemarahan terhadap pasangan masing masing.Ada juga yang meminta pendapat orang ramai untuk menyelesaikan isu itu dengan meletakkan status tersebut di group yang disertai mereka.

                Mark Zuckerbeg ketika dihubungi melahirkan rasa simpatinya mengenai isu ini.Beliau yang sedia maklum akan jaringan sosial Facebook yang diciptanya banyak membantu pasangan muda mencari cinta mereka menambah,"Mereka(orang yang putus cinta) sewajarnya sedia maklum cinta Muka Buku mempunyai banyak risiko disebabkan merebaknya banyak virus serta campur tangan orang awam dalam perhubungan mereka.Kalau tidak percaya,anda boleh menghayati lirik lagu Cinta Muka Buku oleh Najwa Latiff."Walau bagaimanapun,Mark Zuckerbeg dilaporkan sedang menikmati keuntungan $2 billion Dolar akibat peningkatan keaktifan remaja putus cinta menghabiskan masa di Facebook.

                Diana Daniele yang berkesempatan meluangkan masa mengulas isu di atas pula menyatakan itu hanyalah lumrah dalam dunia percintaan memandangkan beliau juga pernah putus cinta 2 kali sebelum ini.Walau bagaimanapun beliau sebenarnya tidak ambil pusing sangat mengenai remaja yang putus cinta kerana ketika ini beliau dilaporkan telah menyambung kembali jalinan kasih sayang yang terputus antaranya dan juga aktor/pengarah kacak,Farid Kamal.

                Pihak kami juga telah cuba menghubungi Sarah Sayuri untuk memberikan pendapatnya mengenai isu putus cinta menjelang Syawal.Menurut penulis yang cantik dan terkenal tidak mahu dikenali ramai itu,mereka yang putus cinta sewajarnya meng"deactivate" kan akaun Facebook,kelar nadi sendiri serta terjun bangunan 18 tingkat.Walau bagaimanapun,Sarah Sayuri menarik balik kenyataannya setelah menyedari bahawa beliau berada dalam bulan Ramadan.Kemudian sambil ketawa terkekeh kekeh,beliau menambah bahawa mereka yang putus cinta boleh menghubungi beliau untuk perkhidmatan kaunselor berbayar(RM dirahsiakan untuk sejam).

               Dengan itu,dikatakan ramai yang akan beraya secara single pada Syawal yang akan menjelang tiba.Pihak kami mengambil kesempatan ini untuk menyelitkan lagu Pulanglah dendangan Aisyah kepada mereka yang beraya secara solo tahun ni.Sekian.-UBT-















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, August 26, 2011

Neraka Di Bawah Telapak Kaki Bapa.



Suatu hari sedang si bapa membaca surat khabar datang si anak sedang mencari sesuatu di bawah tapak kaki si bapa:
Si bapa: apa kamu sedang cari?
Si anak: cikgu kata syurga di bawah tapak kaki ibu..
Si bapa: jadi apa yang kamu cari di bawah tapak kaki bapa?
Si anak: kalau bawah tapak kaki ibu ada syurga pasti bawah tapak kaki bapa ada neraka..
Si bapa: ????@_@












May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, August 25, 2011

Perkara Yang Tidak Patut Dibuat Terhadap Girlfriends Anda Melainkan Anda Mahu Beraya Secara Solo Tahun Ini.


 Translated From English Version Supaya Senang Difahami.

 Ditulis selepas ramai yang breakup di Facebook menjelangnya Syawal.



 JANGAN.DONT.NEVER EVER:




Mengejek atau mempermainkan muka,baju,bentuk badan dan rambut girlfriends anda.Seriously jangan pernah cuba buat.

Sarkastik atau menyindirnya secara berlebihan.Lawak dan sarkastik adalah dua perkara yang berbeza.Lawak boleh membuatkan girlfriends anda ketawa lalu menyayangi anda lebih lagi.Tetapi bersarkastik dengannya dan bersedialah untuk Hulk Hogan versi perempuan muncul.

Flirting atau bergatal bermiang miang dengan perempuan lain terutamanya di Facebook.Berhati hatilah.Facebook mungkin menjadi aplikasi terakhir yang kau semua gunakan semasa hidup.Kalau anda fikir dengan membuatnya jeles dia akan berlari mendapatkan anda,maka ternyata anda salah kerana bukan girlfriends anda yang akan berlari mendapatkan anda sebaliknya she-beast.

Bermain kayu tiga,empat, atau seterusnya.No,no,no.Jangan,jangan,jangan.Tidak kira apa sekalipun yang anda lakukan,anda tidak akan terlepas dari hukuman kerana menduakannya.Girlfriends anda akan mencari anda tidak kira di mana pun anda bersembunyi.Kalau bukan girlfriends anda,mungkin malaikat maut yang akan menjumpai anda.

Menabur janji yang tidak dipenuhi.Jika tidak dapat ditunaikan,jangan berjanji.Senang bukan?

Jangan mengatakan I Love You sedangkan anda tidak memaksudkannya.Maksud aku,jika girlfriends anda bertambah berat 200 paun selepas Hari Raya,adakah anda masih akan mengatakan I Love You kepadanya?

Menipu.Anda pasti akan tertangkap atau penipuan anda akan terbongkar juga.Tiada siapa yang boleh menipu selamanya.Kalau penipuan dah terbongkar,lebih baik mengaku sahaja.Jangan sekali kali cuba menutup penipuan dengan melakukan penipuan yang lain.Percayalah,dengan perempuan ia takkan berhasil.

Menafikan perkara yang betul.Kalau girlfriends anda confront or berjumpa face to face dengan anda mengenai sesuatu perkara(contohnya mengenai perempuan lain atau baju raya warna tidak sama tetapi anda menipunya dengan mengatakan warna sama) percayalah yang dia dah tahu kebenarannya sebelum confront anda.Menafikan perkara itu hanya akan membuatkannya mengamuk.

Memaksa dia.Jangan memaksa girlfriends anda melakukan sesuatu yang dia tidak suka bersama anda.Contohnya anda suka bungee jumping tetapi girlfriends anda gayat.Kalau anda terus terusan memaksanya percayalah itu adalah terjunan bungee jumping terakhir anda di dunia ini.Kesimpulannya senang sahaja,kalau girlfriends anda mahu buat sesuatu bersama anda,maka dia akan buat.Kalau dia tidak mahu,dia tidak akan buat dan anda tidak boleh memaksanya.

Bercakap mengenai perempuan lain.Tidak kiralah mengenai apa apapun tentang perempuan lain.Misalnya perempuan itu cantik,dia seksi,mata dia cantik atau baju dia cantik sekalipun.Sekalipun anda tidak memuji perempuan itu,girlfriends anda tetap akan menarik muka empat belas.Girlfriends anda tidak mahu mendengar apa apa tentang perempuan lain melainkan pujian tersebut untuknya.

Bercakap mengenai bekas atau ex-girlfriends anda.Ini sama seperti yang di atas.Tidak kiralah perkara baik ataupun anda mahu mengutuk ex-girlfriends anda,jangan lakukannya.Jangan.Sebab kalau anda bercakap perkara yang baik mengenai ex anda,maka girlfriends anda menyangka anda masih menyukai ex anda.Dan kalau anda mengutuk ex anda pulak,girlfriends anda akan menyangka anda akan melakukan perkara yang sama terhadapnya nanti.

Bercakap buruk mengenainya di belakang dia.Misalnya mengatakan girlfriends anda pengotor,busuk,gemuk,hitam,banyak jerawat dan lain lain lagi.Sebab tidak kiralah sepandai mana anda menyembunyikannya,girlfriends anda lagi pandai mencarinya.Dan kalau dia menjumpainya,maka say hello to hell because you are going there.

Cuba untuk meletakkan kesalahan ke atas dia supaya anda akan terlepas dari masalah.Misalnya anda lambat untuk date dan anda menyalahkannya sebab datang terlalu awal.Ianya tidak akan membantu anda sebaliknya akan membuatkan keadaan yang sedia buruk menjadi bertambah tambah tambah buruk.

Bertanya mengapa dia marah terhadap anda.Ataupun bertanyakan apa kesalahan anda sehingga membuatkan dia marah.Inilah perkara yang selalu dilakukan oleh lelaki yang tidak patut mereka lakukan.Kesimpulannya senang sahaja,kalau dia marah,bermakna anda sudah melakukan sesuatu yang silap atau melakukan sesuatu.Mengakulah kesalahan anda,katakan anda yang salah dan minta maaflah (biarpun anda sebenarnya tidak tahu kesalahan anda).Girlfriends anda sebenarnya hanya mahu anda meminta maaf dan mengakui anda salah bukannya menganalisis kesalahan anda dan mencari puncanya.Say that you are sorry.It's as simple as that tapi kebanyakan lelaki tidak dapat melakukan ini.

Bergurau tentang breakup atau berlawak minta break up darinya.Perempuan tidak mengambil benda ini sebagai satu bahan jenaka.Percayalah,bila aku katakan,sebelum sempat anda menjelaskan kepada girlfriends anda bahawa anda hanyalah bergurau,anda sudahpun single atau ditinggalkan(dumped).

Memberitahunya yang dia overreacting atau terlebih beremosi mengenai sesuatu perkara.Sekiranya anda fikir dia marah sebelum itu,maka selepas anda memberitahunya,bersedialah untuk bertemu dengan she-beast from hell.

Pergi ke parti atau hang out dengan kawan perempuan anda tanpa girlfriends anda.Tidak kiralah sebanyak mana dia percaya pada anda,girlfriends anda akan tetap risau dan cemburu.

Bagi alasan.Sekiranya anda tertangkap atau kantoi,jangan cuba menyelamatkan diri dengan bagi alasan.Misalnya sekiranya anda kantoi berpegangan tangan dengan perempuan lain dan kemudian terjumpa dengan girlfriends anda secara tidak sengaja,jangan cuba mengatakan anda terpegang tangan perempuan itu atau perempuan itu adik luar nikah anda.Girlfriends anda sama sekali tidak akan percaya.Paling baik,anda hanya akan dapat penampar percuma.Sekiranya anda lambat atau tidak membalas mesejnya,jangan bagi alasan juga.Minta maaf dahulu lebih baik.

Bercakap dengannya semasa anda tengah marah.Sebab anda akan cenderung untuk terlepas cakap benda yang tidak sepatutnya dicakapkan masa ini.Contohnya anda mungkin menggelarnya "bitch" atau perempuan jalang sekiranya anda bertengkar disebabkan cemburu.Dan selepas itu,walaupun 1000 kali anda meminta maaf,girlfriends anda tetap akan ingat yang anda pernah memanggilnya bitch dulu.Atau mungkin juga anda terlepas cakap tentang perempuan lain.Misalnya "Kalau aku keluar dengan si Nina,takde pun dia minta bukan bukan macam kau ni!!"(masa bergaduh tentu guna aku,kau je kan,sayang dah melayang entah ke mana).Maka kantoilah anda di situ.Terlajak perahu boleh diundur tapi terlajak kata?

Tidak membalas mesej atau tidak menghubunginya.Sekiranya anda tidak menghubungi girlfriends anda untuk jangkamasa tertentu atau tidak membalas mesej mereka,maka mereka akan fikir anda sudahpun mempunyai perempuan lain.Ya,aku tahu anda semua mungkin baik baik belaka dan tidak pernah bermain kayu tiga atau empat.Tetapi girlfriends anda tidak tahu.Sebelum anda sedar dan sebelum anda sempat menaip mesej meminta maaf,mungkin juga sekali lagi anda kena dumped.Tolonglah balas atau hubungi girlfriends anda itu dengan apa cara sekalipun.Kalau tidak mereka akan memenuhi Wall Facebook aku dan orang lain yang tidak bersalah dengan status berunsur kemarahan ataupun kesedihan.Please,for God damn sake!!!





Nota Kaki:Kesimpulannya,jangan buat perkara perkara di atas kepada girlfriends anda sekiranya anda tidak mahu beraya secara solo tahun ini.Melainkan girlfriend anda itu adalah Sarah Sayuri.Silalah percaya yang aku baik.






Elena juga masih ada Stefan.~~~~Lalalala~~~~(tapi ni Katherine)









May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Kenapa Selalu Jadi Macam Ni?


                Setiap tahun pun sama.Asal aku ada saja mesti jadi macam ni.Bosan la lama-lama kalau terus begini.

                My "sweet" sister who gravely craving for tart nanas every year paksa my mom untuk buatkan that things.Then as usual my mother agreed because she kept wailing non stop.Me,on the other hand,hate that tart nanas.My mom buat semuanya home made even jem nanas tu pun buat sendiri because of my sister's demand.Then when the process of making tart nanas started,my sister kononnya teruja tahap Hulk Hogan,pun buatlah benda tu dengan tekun for at least 30 minutes.Nampak kat situ.30 minutes only people.Oh come on lah....

                Lepas tu?Lepas tu apalagi....nampak muka marah aku ni?Aku sahajalah yang terpaksa jadi tukang buat tart nanas tu.Bukannya sikit.Banyak weh......Adik yang seorang lagi pulak lari pergi makan nasi kat dapur.Hadoiyai....Tolonglah.

                Kenapa eh?Kenapa mesti aku yang menjadi mangsanya?Dengan rasa hati sebak dan tertekan kerana dipaksa membuat tart nanas,my mom suddenly said "Kesian hang kan.Last-last mesti tinggal hang sorang ja yang dok buat kuih ni." Mom,just how could you said that?

               Yeahh....pity.Pour some pity to me people.

                Below are the kuih raya yang sudah selamat disiapkan.















 Nota Kaki:Tema raya tahun ni adalah Royal Black.Hitam dengan kuning diraja.What is your theme,people?

 Sekali sekala menggediks di belog sendiri itu perlu.Sekali sekala ya.Bukan setiap masa.





May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, August 24, 2011

Tormenting.


                 I think I'm cramping and gonna die.Cramping disebabkan duduk terlampau lama dan balut-balut popiah.Sampai satu tahap aku merasakan aku sudah berada di kilang not in my house anymore.It's not easy you know,it's not one or two tiny pieces,but I think it's about 1600-2000 pieces and still counting till now.

                Why?The reason is so simple like you eat maggi without cooking it first.So actually I think (rasanya) I've got a sister who wont be coming back in this coming Eid and she had (excitedly and half demanding) sent me a list consisted of what she wanna eat during that one-in-a-year day.Because she will not do the "balik kampung" routine therefore she cannot get the Eid's feelings and therefore we(included me unwillingly) have to send her that feelings with the accessories(kuih raya,kad,lampu,mercun,bunga api,lagu raya,baju raya and lain-lain lagi yang berkaitan dengan raya) together.

                She said that "cuti terlalu pendek dan dia terlalu jauh" so it's not worth(berbaloi) untuk dia balik.She said that in an awfully sounded voice like she wanna cry her lungs out.I'm fully sure that she is gonna really cry her lungs out during Eid.Well you know,it's dreadfully awful to celebrate Eid by yourself (without family) eventhough you got your friends with you but the feeling is still there.That tremendously terrible feelings.But telling you what,I really couldnt care less if I were in her shoes.Eid,celebrated or not celebrated sama sahaja bagi aku.No different.I dont know why.It's just that persiapan hari raya yang aku tunggu-tunggukan setiap tahun,not the hari raya itself.

                 Berbalik cerita tormenting aku tadi.So,it's really a torment to sit for hours and wrapping those tiny,tiny you know,not big,not medium,it's that tiny popiah(like popiah reben or whatever its name I dont know).During the first few minutes,you will get the "high and syiok" feeling just like you are an artist who try to create his first artwork,then after 45 minutes you will get this I-think-I'm-gonna-cramp feeling,after an hour or more you will really go cramp and eventually die(actually just cramp not die).

               Though you have already cramped and half-mobilized,there's still thousand of those wrappers(kulit popiah) in front of you.Hence,you still need to continue on wrapping it until you collapsed.That wasnt the worst part of it.The worst part comes when you have to prevent(stop)yourself from getting I-wanna-break-my-fast-and bite-those-things-now feeling.To add the spices to this tormenting moment,my little sister(about 5 or something) quietly sat in front of me while syrupping(minum dengan bunyi shryuppp shryuppp) her "Milo Ais."Unfortunately my mom was there too.If not,then I'm surely gonna take part in syrupping that Milo Ais.Okay..okay.Just kidding.There's no hell way I'm gonna do that.

             So after hours and hours of that torturing moments,finally....finally we made it.Finally.Thank God that He actually saves me from dying because of cramping.Sista,you really have to give me a BIG thank for this.Seriously.I mean it.



it supposed to look delicious(when you're fasting of course)











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, August 23, 2011

A-Not-So-Kedahan Story.


Weh,ajarlah aku cakap Kedah!

 Saya nak belajar cakap Utara.Awak ajarkan,boleh?



                   Errr...hai everyone.Good day.Berkaitan dengan dialog di atas,berikan cadangan anda.

                   Ohh taklah.Just kidding okay.Untuk memenuhi permintaan mereka mereka di atas adalah sedikit susah buat aku.Kenapa?Sebab aku tidak bercakap pure Kedahan di rumah.So did my mom.Ayah aku pula cakap Penang because he spent a great deal of time there during his youth.Or shall I say he was too obsessed with Penang.Adik adik aku pula campur campur bahasa.So I really dont know what kind of language that I actually use.

                      Instead of "awat" I actually use the word "kenapa" when I'm asking my mom.Instead of "lagumana" I actually use "Macammana".

                  But of course I'm not so hopeless in Bahasa Kedah.Mind you,specifickan bahasa yang kau nak belajar dari aku.Bahasa Utara is not Bahasa Kedah.Ianya adalah general term atau terlalu umum kerana loghat Penang,Perlis,Perak dan Kedah semuanya juga loghat Utara.So you have to specify what kind of "Loghat" that you wanna learn.Walaupun tidak bercakap bahasa Kedah purely kat rumah,as I said before,I'm not so hopeless Kedah citizen that cannot teach you simple Kedahan's words and phrases.Freak not,I actually can be a good teacher if I want to.

                 Teori umumnya untuk mengenali bahasa Kedah adalah orang Kedah suka menggantikan huruf "r" di belakang sesuatu perkataan dengan "q" atau "aq".Contohnya "Air" menjadi "Ayaq" dan "Lapar" menjadi "Lapaq".Walaupun begitu ada juga perkataan tertentu yang tidak ditambah "q" di belakangnya.Contohnya selipar,disebut "Sliper".Berbunyi sedikit English kan?Jangan pula pandai pandai sebut "Selipaq" nanti makan penampaq percuma.

                Dan bahasa Kedah juga menggunakan penambahan adjektif di belakang sesuatu perkataan tertentu untuk menunjukkan sifat atau tahap perkataan itu.Contohnya sangat Merah disebut "Merah Menyala",kebuluran disebut "Lapaq kelehaq",terlampau manis disebut "Manih Melecaih",terlampau tawar disebut "Tawaq Hebiaq" dan terlampau masin pula disebut sebagai "Masin Piang."Dan juga kalau kami sebut roti tu merujuk kepada semua roti dan biskut.Biskut Marie dan biskut Chipsmore juga dipanggil roti.Cuma tambah perkataan roti di depan seperti roti Marie dan seterusnya.Tiada istilah biskut dalam kamus Kedah.

               Loghat Kedah juga banyak yang diadaptasi dari bahasa omputih atau English.Contohnya seperti ciggarettes disebut "Scrits", balance menjadi "belen", pure menjadi "Piau",flask menjadi "Plaih",what menjadi "awat".Malah gerek(basikal) juga berasal dari campuran dua bahasa omputih menurut satu sumber yang tidak boleh dipercayai.Gerek berasal dari perkataan Gear dan Break yang dicantumkan.

                See people.Walaupun aku tidak menggunakan bahasa Kedah di rumah,tapi aku still boleh faham loghat Kedah yang digunakan kalau terjumpa di mana mana.Tapi kalau loghat di pedalaman seperti Sik,Baling,Jeniang tu memang susah sikit aku nak faham sebab bahasanya lebih dalam dan lebih ekstrem.Ramai yang kehairanan dan ramai juga yang mengatakan aku berlagak,over acting kalau aku tak bercakap loghat Kedah di mana mana tempat aku pergi.Tetapi hakikatnya juga,aku hanya bercakap bahasa yang digunakan oleh aku di rumah.Kalau aku tak selalu menggunakan loghat Kedah di rumah,maka bagaimana mungkin aku terbiasa untuk menggunakannya di luar?Tetapi masih ada yang cakap aku masih berbunyi Kedahan even tak cakap loghat Kedah.Ya,itu satu petanda yang baik people.See,jangan lupa asal usul kita.

                 Kalau kau mula mula belajar cakap Kedah,loghat kau akan berbunyi seperti loghat Penang not Kedah.Why?Sebab kau akan tekankan perkataan yang kau sebut atau kau banyak menggunakan kata ganti nama "Cek" dalam ayat.Dengan itu kau akan berbunyi seperti orang Penang bukan Kedah.Penang menekankan dan melembutkan setiap perkataannya tetapi bukan Kedah.Untuk bercakap bahasa Kedah,kau perlu lebih relaks,cakap dengan yakin dan lebih sempoi.Errr....ada juga sesetengah orang cuba bercakap Kedah tetapi tidak berbunyi seperti loghat Kedah sebaliknya lebih kepada loghat Siam.

                 Dengan ini,aku tinggalkan kau semua dengan sedikit kosa kata Kedah.Carilah maksudnya sendiri people.Jangan dok baloq liat sangat la noo.
 

  •  Punggai
  •  Tenggalung
  •  Tahana
  •  Honggaq
  •  Toyu
  •  Merap
  •  Tauk 
  •  Sigung
  • Tertomoih
  • Tak sat
  • Serlum
  • Cemuih


Elena juga sudah mengajar Damon bercakap Kedah kebelakangan ini.Jangan jeles.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, August 22, 2011

Tak Payah Nak Buat Status Agama Sangatlah.


                 Ya aku tahulah bulan puasa.Semua berlumba lumba nak cari pahala lebih pada bulan ni.Tapi tak perlulah kerap sangat update status agama di Facebook sampai orang naik menyampah.Disebabkan aku sudah naik menyampah dan disebabkan ini bulan puasa,pembackup aku dikurung di neraka,maka aku pun hanya mengubahsuai status yang terlampau kerap diupdate dan mengupdate balik status yang sudah diubahsuai.




Status asal:
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~
~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung

ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~
~* Tapi orang yang baik tentu akan solat
......
ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang
~Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa

Status aku:
 
WANITA yang BERTUDUNG belum tentu baik *~
~* Tapi wanita yang baik sudah tentu bertudung
WANITA yang baik dan bertudung pula belum tentu tutup aurat*~

ORANG yang SOLAT belum tentu baik *~
~* Tapi orang yang baik tentu akan solat
ORANG yang baik dan solat pula belum tentu akan khusyuk*~

ORANG BERPUASA belum tentu sembahyang*~
~*Tapi orang SEMBAHYANG sudah tentu berpuasa
ORANG berpuasa dan sembahyang pula belum tentu diterima amalannya*~

Kesimpulannya seekor syaitan sudah terlepas...kikikiki

Status asal:


Apa guna jadi lelaki kacAK,kalau baca Quran pun merangkak-rangkAK... 
Apa guna jadi perempuan cantIK,kalau Pukul 12 t.hari pun tak celik-celiK.. 
Apa guna umur besar panjANG,kalau Fardhu ain asas pun lintang pukANG...
Apa guna Allah bagi hidaYAH,kalau nak solat pun sikit punya paYAH.. 
Apa guna jadi manusIA,kalau umur Allah bagi kita sia-sIA.. 
Apa guna harta melimPAH..kalau nak hulur kepada yg memerlukan pun suSAH... 
Apa guna pangkat beSAR...kubur dah dekat pun masih tak seDAR..



Status aku:
Apa guna jadi lelaki KACAK, kalau baca Novel English pun merangkak-rangkak . 
Apa guna jadi perempuan CANTIK, kalau Pukul 12.00 T.Hari pun tak tidur tengahari lagi.
Apa guna umur BESAR PANJANG, kalau cakap English pun lintang pukang. 
Apa guna AKAL yang PANJANG,NSO pun tak reti nak main.
Apa guna jadi MANUSIA, kalau umur kita dihabiskan di Facebook sahaja . 
Apa guna HARTA MELIMPAH, kalau nak beli Zynga Cash pun SUSAH. 
Apa guna pangkat BESAR,tanaman FarmVille dah mati pun masih tak SEDAR."








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, August 21, 2011

Motibasi #1.

 

 Janganlah menangis kerana kamu tidak berkaki(kudung) sehinggalah kamu melihat orang yang tidak berkasut.


 Kerana orang yang tidak berkasut itu lebih kasihan dari orang yang tidak berkaki sedangkan pengemis sekarang ni pun dah maju dan bersneakers.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, August 20, 2011

Mak Buat Ho,Ho,Ho....Horlick Ek?


 Situasi sebenar yang berlaku:

Di suatu pagi yg buta (sahur daaa)...
 

Mak : Alim bangun lim..makan sahur nie...

Alim : masih menarik selimut dan bertanya pada mak nya..''MAK BUAT HO..HO...HOLICK EK ???..''
Mak : HO...HO...HOTAK engkau...bangun cepatttt..!!!!..











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, August 19, 2011

Dulu Aku Sayang Dia.Tapi Sekarang Kami Dah Putus.


              Benar.Dulu aku betul betul sayang dia.Separuh mati.Aku tak tipu.Kami selalu bersama sama.Ke mana pun berdua malahan ke toilet pun dia temankan aku...Hehe(senyum malu malu).Sampaikan kawan kawan aku pun dah naik rimas dengan gelagat kami berdua yang macam belangkas.Ada sesekali mereka menegur tetapi aku tak ambil pusing sangat.Ahhh...kau orang apa tahu.Aku sayang sangat kat dia tahu tak.

               Masih jelas di ingatanku pertemuan pertama kami.Ianya berlaku terlalu pantas.Tidak diduga.Waktu itu aku sedang berjalan jalan di dalam shopping mall bersama seorang rakan baikku.Semasa melalui sebuah kedai,aku terpandang dia.Dia di dalam kedai tersebut.Berdiri dengan megah dan tegap.Sungguh sexy.Sungguh awesome.So gorgeous.Sekelip mata dan sekali pandang sahaja aku sudah jatuh hati terhadapnya.Hendak dikatakan dialah yang terbaik atau paling gorgeous tak juga.Ramai lagi kawan kawannya yang lagi awesome dari dia.

                 Tapi entah kenapa hati aku bagaikan tertarik untuk mengenali dia dengan lebih dekat lagi.Seolah olah satu kuasa magnet menarik aku ke arahnya.Dalam keadaan kelam kabut dan teragak agak itu akhirnya aku melangkah masuk ke dalam kedai tersebut.Dan selepas itu,aku tidak tahu apa yang kulakukan.Apa yang aku tahu,sebaik sahaja aku keluar dari situ,dia sudah berada bersama aku.Ya,aku tahu aku tidak patut bertindak terburu buru begitu.Tetapi...tapi diriku bukan lagi dalam kawalan aku waktu itu.Hati sudah mengambil alih tempat minda untuk berfikir.

                  Kawan baikku hanya melihat sahaja gelagat aku dengan riak wajah terkejut tetapi tidak pula dia bertanya apa-apa.Sepanjang perjalanan pulang,senyuman tidak lekang dari bibirku.Sampai semua orang perasan dan menegur.

                  Semenjak hari itu,kami tidak pernah berenggang lagi.Ke mana sahaja aku pergi,aku akan pastikan dia ikut sekali.Sebab kalau dia tiada,aku akan rasa kekok dan sunyi.Pernah aku dimarahi pensyarah kerana terlalu asyik berkepit dengan dia.Pernah aku dihalau dari dewan kuliah disebabkan dia.Pernah aku bergaduh besar dengan kawan baik aku disebabkan dia.Kawan aku itu akhirnya bertukar musuh.Pernah juga orang di sekeliling mengecam hubungan aku dengan dia.

                  Tetapi demi dia,semuanya aku sanggup harungi.Semuanya disebabkan dia.Disebabkan dia aku tidak menghiraukan pandangan orang ramai kalau kami berjalan berdua di khalayak ramai.Ya,aku tahu kami tidak sepadan,aku cantik,dia pula...Ramai yang mengatakan aku boleh cari yang lebih baik dari dia tapi aku menolak cadangan mereka.Biarlah apa orang nak cakap asalkan dia sayangkan aku.Itu sudah cukup.

                    Dia sayangkan aku.Itulah yang aku percaya sehinggalah suatu hari.Hari di mana kepercayaan dan semua kasih sayang aku terhadapnya luntur sama sekali.Pada hari itu,di bawah panas yang terik,kami ingin melintas jalan.Sebuah demi sebuah kereta meluncur laju di hadapan kami.Tiba tiba sebuah kereta sport yang mempunyai rim warna emas melintas.Lalu aku pun terpana seketika.Cantiknya kereta itu.Dalam hati aku memuji muji.Dan kami pun selamat melintas jalan.Tentu kau orang ingat dia dilanggar kereta itu kan?Hahaha...tidaklah.Situasi sebenar berlaku selepas melintas jalan.

                    Semasa aku sedang berjalan bersama,tiba tiba aku merasakan ada sesuatu yang tidak kena dengan dia.Dia tidak kelihatan seperti biasa hari ini.Aku cuba bertanyakan dia tetapi dia diam sahaja.Sepatah pun tidak menjawab.Aku membelek belek dan menyentuh dia tetapi dia tidak mahu disentuh lagi.Kenapa?Apa salah aku?Untuk tidak mengeruhkan keadaan aku membiarkan sahaja dia begitu.Separuh perjalanan akhirnya apa yang dijangkakan aku selama ini benar benar berlaku.Mimpi ngeri aku selama ini menjadi nyata.TIDAKK!!!Benda yang aku betul betul tidak mahu sudah pun terjadi.Aku ingin menjerit sekuat hati tetapi apakan daya masa tidak boleh diundur kembali.

                  Oh NO!!!Selipar Jepun aku dah putus!!!Terpaksalah aku berjalan kaki ayam ke mall untuk membeli selipar jepun yang baru.Sungguh memalukan.Cissss...sia sia sahaja selama ini aku sayangkan kau!Sia sia sahaja aku dihalau dari dewan kuliah kerana memakai kau ke sana.Aku mula memaki maki dia dalam hati.Tetapi semuanya sudah terlambat.Dia sudahpun putus.Terpaksalah dibuang ke dalam tong sampah.Jadi begitulah kisah kami berdua.Selepas itu aku sudah bertekad untuk tidak jatuh hati pada mana mana selipar Jepun baru yang kubeli.Sekian sahaja.



Sampai hati kau putus di tengah jalan.





Nota Kaki:Ditulis sendiri.Tidak dicedok dari mana mana sumber.Harap maklum.




May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, August 18, 2011

Terima Kasih Tuhan.


              Akhirnya.Akhirnya.....

              Setelah bertahun mencuba.

              Bertahun mencari.

              Beribu kilometer dicari.

              Berbagai tempat dijelajah.

              Bermacam orang ditemui.




             Akhirnya aku dah jumpa apa yang dicari.Benarlah seperti kata orang.Kesabaran akan terbayar juga.Lagipun Tuhan sentiasa bersama orang yang sabar.Syukurlah.Terima kasih Tuhan.Akhirnya aku dah jumpa air jagung.Terima kasih juga kepada yang membantu.







Nota Kaki:Siapa yang tertanya tanya boleh  BACA INI .






May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, August 17, 2011

Cara Mengisi Petrol Dengan Harga Lebih Murah.


               Ini tips yang aku baru dapat dari member aku siang tadi, supervisor stesen minyak petronas Sungai Lokan.

               Kau semua pun tau kan masa-masa tengah gawat dengan harga minyak naik melambung ni tentu kau semua nak isi minyak dengan harga yang dulu atau lagi murah dari dulu, aku dengan member supervisor minyak ni agak rapat la jugak… kiranya kamceng gilerrrr.

              Dan atas dasar kamceng nih… mungkin dia rasa aku lah makhluk yang sesuai agaknya untuk dia berikan tips macamana nak turunkan harga RM1.80 sen kat pam minyak supaya jadi RM1.00 atau RM0.50 atau ikut sukahati kau oranglah nak letak berapa sen.

              Pada mulanya aku pun agak cuak jugak,memang aku tak percaya.Tapi…. hahaha…dosa kau orang tanggung sendiri eh.Tolong bagitau kat malaikat raqib dan atid aku tak bersubahat dengan kerja jahat kau orang okay. Hahaha…

Caranya:

1. Pergi ke kaunter pam tu cakap nak isi penuh.Sebabnya dengan mengatakan isi penuh saja kau orang boleh setting balik harga kat pam yang kau orang pilih tu.Tak kira la pam 1 ke, pam 2 ke,asalkan jangan pam angin atau NGV sudah la. Sendiri mau ingat laaaa…

2. Lepas tu… kau orang pergi balik kat pam tadi, dan jangan angkat nozel lagi.

3. Dekat pam tu kan ada dua punat untuk nombor (bukan untuk credit card tau) yang bawah pada screen liter tu(kira macam operasi nak isi secara manual punya harga la…. yang selalunya pam atendan yang akan buat kerja tu).

4. Kau orang tekan ‘clear’ – untuk resetkan harga yang kaunter minyak tu set tadi

5. Lepas tu… kau orang tekan enter – 3x (pastikan 3 kali saja)

6. Kemudian kau orang tekan ’0′ , ’0′, ’1′, ’0′, ’0′ = (1.00 sen seliter) atau kau orang tekan la berapa pun ikut suka, asalkan jangan takda harga langsung sudah. Kantoi pulak kang…

7. Pastu kau orang tekan enter – 3x sekali lagi (pastikan 3 kali sahaja)

8. Tekan butang clear – 2x (pastikan 2 kali sahaja)

9. Lepas tu kau orang tekan berapa puluh kau orang nak isi.

10. Masa kau orang tengah tekan-tekan punat tu… mesti supervisor petrol pam akan datang jumpa dengan kau orang…

“Woi apa ko buat ni… main tekan-tekan ni… takda keja lain ker…!!!!”
so kau orang dengan muka selamba isi saja minyak dengan harga yang ditetapkan kerajaan…


Marah ke?





Sumber:Facebook.




May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, August 16, 2011

Tips Berbuka Puasa.

Tips Ini Dibawakan Kepada Anda Oleh Pakar Nutrisi Tidak Bertauliah Dengan Kerjasama Dumex Dugro.



1.Sekiranya ingin berbuka dengan makanan seperti nasi,mi goreng(ejaan yang betul mengikut Dewan Bahasa),kuehtiaw,kuih muih,bubur lambuk dan seumpamanya.


                Adalah dinasihatkan supaya anda tidak meminum air bersusu atau terdapat bahan bertenusu seperti koktel buah-buahan,atau air jus,milo,teh susu, ataupun susu dugro.Yogurt juga termasuk dalam minuman bersusu ya.Sebaliknya minumlah air yang jernih seperti air sirap,air teh O(tak digalakkan sebab berkafein),air suam,air masak,air laici atau apa-apa sahaja air jernih yang anda boleh telus pandang ke dalamnya dan nampak dasar gelas/jug anda.Air jernih yang paling baik tentunya adalah air suam ataupun air kosong.Sebaiknya kurangkanlah jumlah gula dalam air minuman anda.Kenapa tidak boleh ambil minuman bersusu?Ini adalah kerana air bersusu akan melambatkan proses penghadaman anda lalu perut anda akan berasa sebu(penuh) untuk jangkamasa yang lama.Mungkin sehingga sahur nanti penghadaman anda masih belum selesai.


                Bagaimana pulak dengan jus buah-buahan yang tidak bersusu?Okay.Jus buah-buahan tidak bersusu namun begitu ianya juga akan mengenyangkan anda dan melambatkan proses penghadaman.Ini merujuk kepada jus buah-buahan sebenar bukan tiruan (perisa dan gula sahaja lebih,jusnya tidak ada)seperti yang banyak dijual di pasaran.Even Twister Tropicana mahupun Marigold Peel Fresh juga diragui status ketulenannya.Lebih baiklah kisar sendiri jika berhajat nak minum.Nanti kempunan pulak.Kalau....kalau...kalau anda nak makan juga makanan lain dengan jus buah-buahan maka minumlah jus buah-buahan dahulu sampai habis.Tunggu sebentar,pergi semayang Maghrib dulu selepas itu barulah makan.Selepas makan makanan yang anda ingin makan,jangan,jangan,jangan sekali-kali minum jus buah-buahan lagi,sebaiknya minumlah air kosong sahaja.


               Dengan yang demikian sayangilah perut dan sistem penghadaman anda dengan tidak mengambil minuman bersusu bersama makanan berminyak,makanan berat,makanan ruji(nasi) mahupun sekadar kuih muih.Kalau mahu minum jugak,maka minumlah minuman bersusu sahaja tanpa makanan lain melainkan sebiji kurma(perlu dimakan sebelum minum minuman bersusu).



2.Sekiranya ingin berbuka puasa tanpa makanan lain.




               Maka dibolehkan dan digalakkan anda mengambil segelas penuh minuman bersusu.Ianya bagus sebagai langkah pencegahan berlakunya hakisan pada dinding perut anda(gastritis atau gastrik).Sekiranya ingin mengambil kurma maka makanlah seblum minum minuman bersusu.Minuman bersusu yang paling baik adalah susu sebenar seperti susu jenama Dutch Lady ataupun Dumex Dugro.Kalau ingin makan makanan lain selepas minum minuman bersusu maka makanlah selepas waktu Isyak atau selepas solat Tarawih nanti.Makan sedikit sahaja seperti kuih muih untuk alas perut.Janganlah makan makanan berat seperti nasi pulak kerana selepas ini anda akan tidur jadi sudah tentu anda tidak mahu membebankan sistem penghadaman anda bukan?



3.Sekiranya anda penderita gastritis/gastrik.



                Masa bersahur seeloknya minumlah segelas susu.Perhatian di sini susu ya bukan minuman bersusu tetapi susu sebenar berjenama Dutch Lady,Marigold mahupun Dumex Dugro.Minum sebelum makan makanan lain.Selepas minum,tunggu setengah jam(sekurang-kurangnya) sebelum makan makanan lain.Masa berbuka puasa juga mulakanlah dengan segelas susu sebenar.Kemudian rehatkan perut anda sebentar sebelum diikuti makanan lain.Jangan minum minuman bergas.Sekiranya ingin makan makanan pedas,makanlah selepas minum segelas susu.Sebaik-baiknya penghidap gastritis tidak perlulah mengambil makanan pedas kerana ianya akan menghakis dinding perut anda dengan lebih teruk.


                 Kalau anda bukan seorang penggemar susu,paksalah diri anda mengambil susu juga.Ya,anda boleh makan ubat atau minum jus buah-buahan tetapi tidak ada yang lebih baik dari segelas susu.Gastritis bukanlah alasan untuk ponteng puasa atau tidak berpuasa langsung.Yang penting jagalah sistem penghadaman anda dengan betul,nescaya segalanya akan berjalan lancar.Sekian sahaja dari saya pakar nutrisi(tidak bertauliah).Semoga berjumpa lagi di tips yang lain.





Nota Kaki:Ini tips betul ya bukan main-main.Siapa kata tips tipu,aku bagi penyepak(penerajang) sedaih(sedas).



Pizza pun sedap jugak















May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sunday, August 14, 2011

Speechless Sunday 8:Dont Eat That Oreo.







               Oreo,sometimes,can be dangerous people.Be careful with that Oreo in your hands.It may be belongs to somebody else.Dont eat it until you are 100% fully sure that it's yours.Wait..on the second thought,you cant actually eat it.I mean how can you?Come on...We're in the fasting month people!








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, August 13, 2011

The World Without Pain.


               When I was digging the grave,halfway through,I realised that there's somebody  behind me.He stood there like a statue,staring coldly at me.

               "I can help you,"he said to me.

               I smirked at him,"No you cant.Nobody can."

               "Well said,but I can take those pain away.I can heal you like nobody can."He gave a grim smile to me.

               I didnt say anything.I continue to dig while he was observing each and every steps of mine just like he was waiting for the right opportunities to speak.

               "You know,6 feet down there isnt a pleasant home for young girl like you.It's cold,and dark.Very.And you'll be alone.Solitary isnt a good thing.It can drive you crazy in no time."

              I stopped digging and stared at him.

              "I can help you.I can turn you into one of my kind.Then you are free to close your heart and ignore your pains if you want to."His pale face was glowing as if he can forcast that his plan began to work.












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, August 12, 2011

Blogspot Ajak Kita Masuk Kristian WTF.


               Okay.Bertenang pembaca-pembaca yang budiman sekalian.Di bulan puasa yang mulia ini,aku sudah bercadang untuk menjadi baik dan tidak lagi memaki hamun sesuka hati.Lihat sahaja entries aku pada bulan ini,semuanya santai dan lucu sahaja bukan?Tapi...tapi malangnya bila keluar isu yang WTF sebegini,maka aku,sebagai blogger juga rakyat yang prihatin tidak sanggup untuk menutup mata dan membiarkannya berlalu begitu sahaja.Oleh itu aku terpaksa meluangkan sedikit masa untuk menjelaskan isu ini serta merobek keluar minda sesiapa yang enggan terbuka.Kalau minda asyik tertutup bagaimana kita mahu berfikir pembaca-pembacaku yang baik hati sekalian?

               Mari mulakan.Semenjak dua tiga hari ini,sudah banyak blogger mahupun manusia biasa sibuk bercakap mengenai isu Blogspot sebenarnya mengajak kita masuk Kristian dan dimiliki orang Yahudi.Pada mulanya aku ingin mengambil langkah mendiamkan diri tetapi apabila wall Facebook aku dipenuhi post sebegini hingga menghalang pandangan,maka akhirnya aku membuat keputusan untuk bangun lalu mencapai segelas air sirap.Meneguk 18 kali untuk menghilangkan dahaga sebelum mula menaip entri ini.Ya,ya aku puasalah.Entri ini ditaip pada waktu malam tahu.

              Kata mereka yang kononnya cerdik pandai itu,kalau ejaan Blogspot dibuang "S" menjadi Blogpot maka secara automatik laman blog kita bertukar menjadi laman web dakwah Kristian.Sebenarnya aku sudah tahu perkara ini 8 bulan lepas kerana tersalah menaip alamat belog sendiri.Dan reaksi aku adalah seperti "Wow....amazing!!Ajaib bebenor Blogspot ni!"Aku dah murtad ke?Ohhh tidak.Sama sekali tidak.Jadi kenapa tidak hebahkan perkara ini?Jawapannya adalah kerana "Itu aku punya pasallah!"Okay.Okay,aku mula serius sekarang. 

              Betul itu memang laman web penyebaran dakwah Kristian dari orang Yahudi.Itu kau semua tahu dan sibuk nak mencanangkannya kepada seluruh dunia bukan?Tetapi apa yang kau semua tidak tahu adalah....Sebenarnya ini semua tidak memberi risiko langsung kepada pengguna Blogspot dan kau semua tidak perlulah keluarkan duit simpanan atau menggadai tanah pusaka semata-mata untuk membeli domain sendiri yang entah hapa-hapa itu.Pendek kata orang Melayu yang beragama Islam di Malaysia tidak berisiko langsung sekiranya kau memilih untuk terus menggunakan Blogspot.Ya,aku serius ni dan benar-benar memaksudkannya.Bukanlah kerana aku sudah murtad atau bersekongkol dengan orang Yahudi untuk menyebarkan Kristian pulak tapi kerana sebab-sebab yang mungkin orang berfikiran Meleis tidak dapat memikirkannya.
Mari aku terangkan sebab-sebabnya satu persatu agar kau semua lebih faham dan lebih jelas.


 1.Ada kau buka dan baca laman web itu?


                Ya,ada kau buka?Buka itu memang ramai yang buat dan kemudian sibuk nak menempekkan status di FB mengatakan "Weh,betullah!Blogspot ajak kita masuk Kristian weh.Bahaya ni weh bahaya!Kita kena sebarkannya!" Ada ke kau baca laman web itu satu persatu?Tak bukan.Sudah tentu kau dapat mengagak apa yang aku mahu beritahu ini.Ya,aku bacanya satu persatu dan tahu apa jawapan aku?Meaningless.Mereka takkan berjaya menghasut Meleis masuk Kristian.Tahu kenapa?Sebab laman web itu 100% fully written in English.Yes English babe!Dan ianya bukan common English or Manglish(English campur Malay) yang kita cakap kadang-kadang.Ianya English yang complicated dicampur pulak banyak verses(ayat-ayat) dari Bible yang membuatkan aku sendiri agak penat nak habiskan membacanya. 

                Aku sendiri pun pening inikan pulak golongan Meleis yang hanya tahu bercakap tetapi tidak mahu membaca atau mengkaji sendiri maklumat yang didapati.Aku yang ada 18 Tesl and A-Level pun pening inikan pula kau semua yang hanya ada 1.Kalau lah pencipta laman web itu mengetahui keadaan Meleis yang tak faham apa yang ditulisnya,sudah tentu dia bunuh diri terjun KB Mall kerana terlampau kecewa.Penat weh nak tulis tu.Bukan sebiji dua perkataan,tetapi beribu riban weh.Ada kau baca?Kemon la....

                Kesian kepada orang-orang yang tidak faham itu.Mari aku bantu kau sikit.Mari aku explain sikit apa yang ditulis di laman web tersebut.Ianya mengenai cerita seseorang yang tidak percayakan Kristian la kononnya.Then dia memutuskan untuk pergi ke library(perpustakaan) bersama isterinya untuk mengkaji mengenai agama Kristian dengan lebih lanjut.Bla...bla...bla....dia cerita pasal kajiannya dengan panjang lebar.Katanya akhirnya dia mengaku Kristian itu agama yang benar kerana sepanjang kajiannya dia tidak menjumpai apa-apa yang salah mengenai agama Kristian.Kemudian dia quote verses dari Bible.Quote sana quote sini sampai pening nak baca.Padahal nampak sangat salahnya dan nampak sangat Bible itu bukan Bible yang betul.Bible sekarang kan sudah banyak kali ditulis semula oleh paderi-paderi.Dia bercerita pasal Israel then pasal tanda-tanda kiamat then pasal larangan mengambil dadah.Aku pun macam WTF?Kalau Bible ditulis beribu tahun dahulu,bagaimana pula orang zaman dahulukala tahu untuk menyebut perkataan dadah?Huh?Sudah terang lagi bersuluh la silapnya.


 2.Pemikiran kau takkan mampu faham.


               Ya.Macam yang aku kata tadi la.Pemikiran orang Meleis(sapa yang tidak berfikir macam tu jangan terasa)takkan mampu untuk sampai ke tahap itu.Biar aku bagi contoh yang simple supaya kau semua faham.Ada si fulan si yang update status berbunyi seperti "Cuba bukak belog aaaa.blogspot.com then bukak sekali lagi tanpa huruf "S" .Tengok apa yang jadi.Inilah cubaan orang Yahudi untuk menyesatkan kita."  Dan tahu apa kawan-kawannya komen?Ianya berbunyi seperti "Tak fahamlah.Macammana nak bukak?"Kalau itu pun kau tak faham,bagaimana kau akan faham apa yang ingin disampaikan oleh orang Yahudi itu?Alahai kesiannya....Tambah-tambah lagi dia tulis semuanya dalam English.Boleh ke kau faham?Ke kau akan guna Google Translate untuk translate?Pada sesiapa yang bercadang nak guna Google Translate,aku nasihatkan tak payahlah buat macam tu.Google Translate selalu silap translate.Nanti daripada agama Kristian,tak pasal-pasal kau masuk Buddha pulak.Sekali lagi pencipta laman web itu akan terjun KB Mall akibat kecewa.


3.Ianya bukan tentang pemikiran mereka tetapi pemikiran kita.


              Sebenarnya kalau kita boleh berfikir dengan waras dan menggunakan akal yang sihat dengan betul,rasanya tidak kiralah laman web apa pun yang muncul,maka kita takkan terjebak ke dalamnya.Ianya bukan tentang pemikiran Yahudi atau sesiapa sahaja untuk menyesatkan kita sebaliknya pemikiran kita sendiri bagaimana untuk menolak benda itu atau terhegeh hegeh nak menyebarkannya padahal tidak tahu apa-apa.Di Amerika ada Islamophobia(takut pada orang dan agama Islam) adakah di sini kita juga akan jadi paranoid macam mereka disebabkan ada satu laman web yang kau pun tak faham apa isinya cuma tahu ia milik Yahudi sebab bertulisan bahasa Inggeris?Sepertimana juga orang kita sibuk mengatakan Pokemon itu kartun Yahudi padahal orang Yahudi buat donno je.Kenapa orang lain tidak sibuk kenapa orang Meleis yang paranoid terlampau?Dan aku rasa mungkin kebanyakan orang Meleis takkan masuk Kristian sebab mereka faham apa itu Kristian tetapi sebab paranoid terlampau!Kau paranoid juga ke?Hahahahaha....




                Cukuplah.Penat pula menaip panjang lebar ni padahal bukannya orang nak baca pun.

Nasihat aku,fikirlah.Use your damn brains for God's sake.Jangan orang suap,kita telan je bulat-bulat tanpa kunyah terlebih dahulu.Kalau benda tu racun,matilah kau.











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, August 11, 2011

Kuih Yang Paling Kejam.



Kuih paling kejam= Lompat Tikam 
Kuih paling sexy= Puteri Mandi
Kuih paling keji= Taik Itik
Kuih bersifat kenegerian=Buah Melaka
Kuih bajet cute= Cek Mek Molek
Kuih untuk awet muda= Seri Muka
Kuih paling alim= Kuih Ketayap 
Kuih penyakit lelaki kronik= Batang Buruk 
Kuih suka pukul= Kuih Lompang 
Kuih dalam zoo= Badak Berendam 
Kuih untuk Sam Polis Trafik= Kuih Sampreeeeettttt 
Kuih yg bangun sendiri= Kuih Bangkit 
Kuih org x mandi= Kuih Bau-lu 
Kuih paling tenteram= Kuih Makmur 
Kuih paling lembap= Kuih Siput
 












May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat