Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Sunday, March 27, 2011

Kalau Aku Tak Follow Korang Tak Bermaksud Aku Benci Korang

                    
                     Yeahh....tajuk tu dah menjelaskan segala-galanya.Semenjak dua menjak aku semakin femes ni aku terasa seperti ingin menaiki lif ke tingkat atas KB Mall lalu menjerit,"Lihatlah Dunia!" Aku bukan nak bunuh diri sepertimana yang korang harapkan.Maaf.Aku masih mahu hidup.Even hidup aku sucks tapi ini hidup aku bukan hidup korang.



                    Semakin ramai yang tanpa segan silu memasuki list people-most-wanted aku even tanpa saranan dari abang Ben Ashaari.Trimas untuk itu.Trimas itu singkatan untuk terima kasih bagi yang tidak tahu.Bagi mereka yang tak puas hati dengan ucapan singkat ini,aku ucapkan Arigatou Gozaimasu yang membawa erti terima kasih banyak-banyak.Tolong jangan sebut Gozaimasu yer...Gozaimas saja even ianya dieja Gozaimasu.

               Dan aku tahu dan aku yakin yakni ramai juga yang menyuruh atau mengharapkan aku meMollow diorang balik.Tapi mesti ramai jugak yang berkecil hati bila aku buat-buat tak nampak je mesej diorang.Aku bukan tak nampak.Aku perasan dan aku baca semua mesej dan komen korang.(Dlm fikiran readers)...dah tu apsal kau tak follow,huh!

             Aku bukan taknak follow dan berkasih sayang dengan lebih rapat dengan korang semua tapi aku ni seorang perfectionist,cerewet,memilih,tidak peduli dan lebih dari itu seorang yang sick.I'm not only a sick writer but also a sick readers so i'm only gonna read blogs that can make me feel more sick than ever.Belog korang kebanyakannya bersifat ceria lagi mesra readers so sebab tu aku dengan berat hati tidak meMollownya.

                 Kalau aku tak follow korang jangan rasa rendah diri dan cuba bunuh diri sebab belog korang bukan tak bagus tapi cuma tak cukup sick. Aku tak harap korang memahami aku tapi aku harap korang faham kenapa aku tidak menjalinkan hubungan dengan belog korang.

                  But still,I appreciate you,my dear followers and my dear readers more than my codein and more than ever.Sebab tu aku akan cuba visit balik sape-sape yang visit belog aku and tinggalkan jejak korang kat Kotak Jerit.Dan juga yang mengomen serta tak lupa followers aku.Aku lebih kepada seorang silent readers and silent visitors,so kadang-kadang aku visit then blah macam tu je tanpa tinggalkan jejak.Korang tak suka ke?Aku tak peduli semua itu.Itu saja aku nak bagitau korang.Dah.Bubye.

gambar penghargaan


 May Peace Be Upon Us.                  


Live,Laugh,Die Emotionally!

Saturday, March 26, 2011

Baik Kau Tutup Lampu

Show Your Support


STICKY POST.AKAN MELEKAT SINI SAMPAI  26 MAC INI.SCROLL DOWN UNTUK ENTRY(IES) BARU.TQ.


              Come on people and my dear readers,show your once-in-a-year support for our Beloved planet.Do visit  HERE and committed yourself to this international event.Yeah..anyway it's only once in a year.You should get a little excited for this like me.

              Aku memang suke melibatkan diri dengan kerja-kerja menyelamatkan alam sekitar sekiranya berpeluang.Lagipun,kita cuma ada satu Bumi je.Tiada duanya.Tak payah susah-susah carik planet lain yang serupa Bumi kalau planet ni satu pun tak terjaga.Yeah...dah juga mungkin aku sedikit terpengaruh dengan Maya Karin.Dia seorang aktivis alam sekitar kan.

            Ingat lagi wedding beliau yang mencatat sejarah baru dalam kalendar seni kerana dibuat di hutan simpan.Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia aka Forest Research Institute of Malaysia(FRIM).Dan doorgift beliau merupakan sebiji mentol lampu mesra alam jenama Philips ke hapa ntah.See...even beliau dah bercerai still weddingnya masih menjadi sebutan.Ini yang kita mahukan.Err..bukan bercerai tapi sifat mesra alam beliau yang aku maksudkan.Kalau korang bercita-cita nak buat resepsi kat sana juga sekaligus menjadi orang ke-2 selepas Maya Karin boleh ke SINI.Jangan lupa jemput aku papehal...



            Berbalik kepada kisah tadi,jangan lupa mendaftar diri anda di web EarthHour untuk lebih femes dan join aktiviti-aktiviti menarik kat sana.Dan jangan pulak sesaje menggedik daftar tapi tak tutup lampu 26 MARCH ini.Kalau aku tau korang buat camtu....yeahh dan jangan lupa tarikh tu.

             Tiap-tiap tahun selain Hari Krismas dan Valentine,hari Earth Hour lah yang ke-8 aku tertunggu-tunggu.Tapi rumah aku memang tak suka lampu.Even sebelum pukul 8.30 pun kami dah offkan light yang tak perlu.Dan believe it or not kat bilik aku,lampu kat siling tu buat hiasan je coz tak pernah bukak.Kadang-kadang aku bukak lampu meja kalau terpaksa.Malah aku menaip ni dalam gelap.Mata or Bumi yang lebih penting?Yeahh...aku tahu aku sedikit gila.

            Mungkin korang tak tahu sejarah Earth Hour ni bermula.Biar aku ceritakan sedikit sementara aku masih rajin ni.Earth HOur dimulakan di Australia pada 2007 oleh kira-kira 2.2 juta penduduk dan 2000 premis perniagaan demi menyahut cabaran untuk menentang climate change atau perubahan cuaca terlampau.Setahun kemudian barulah usaha murni diorang ni berjaya menarik perhatian ramai dan menembusi peringkat antarabangsa.Pada 27 March tahun lepas Earth Hour berjaya mencatat rekod baru apabila sebanyak 128 negara menyertai kempen ini.Dari Asia Pasifik merentasi benua Eropah, Afrika dan Amerika.Manusia dari semua golongan menyertai kempen ini tanpa mengira bangsa,agama dan negara.Semuanya demi satu perkara yang kita kongsi bersama-planet ini.

       Pada tahun ini menurut laman web rasmi Earth Hour,mereka mahu kita semua go beyond the the hour.Maksudnya,selepas habis satu jam tutup lampu,bila dah bukak balik korang perlu duduk bertafakur dan berfikir apa langkah seterusnya atau apa lagi yang boleh korang lakukan untuk membawa perbezaan pada Bumi kita.Lepas dah dapat idea menarik untuk dikongsi dengan masyarakat dunia,korang boleh pergi SINI untuk share.Atau kalau rajin,boleh saja-saja webwalking kat situ macam yang korang selalu blogwalking tu untuk baca idea-idea menarik penduduk dunia.

        Itu saja iklan khidmat masyarakat aku untuk kali ini.Boleh copycat entry ni dan paste kat mana-mana korang suka untuk sebarkan berita ini.Sharing for Earth's sake is more than caring.

Peace no war.





Live,Laugh,Die Emotionally!

Cerita Buatmu( Cerita 2 Part 2)



Cikgu Inazawa:

                   Rasa lega sikit sebab hari ni takde kuliah pagi.Yang ada pun di sebelah malam nanti.Bila takde apa nak buat dan rasa bosan duduk sorang-sorang di rumah sewa,aku ambil keputusan untuk bersiar-siar di sekeliling bandar.Ambil angin sikit barulah tak bosan sangat.

                  Dalam pada berfikir-fikir sama ada hendak mengambil bas atau berjalan kaki saja,aku ternampak stesen keretapi Kareizawa.Terdetik di hati untuk menaiki keretapi.Lagipun aku jarang menggunakan perkhidmatan keretapi untuk ke mana-mana.Lantas aku pun terus beli tiket dan melompat masuk ke dalam keretapi pertama yang sampai.Biasanya keretapi ni terus menuju ke sekolah pertama aku buat praktikal dulu.Tak mungkin pula aku ingin bersiar-siar di sana?

                   Lalu,sampai saja di stesen pertukaran aku tukar keretapi.Keretapi ni nampak lengang sikit dari tadi.Tak ramai penumpang di dalamnya.Sedang aku mencari tempat duduk(biasanya seorang yang cerewet pasal tempat duduk) tiba-tiba aku terpandang seorang pelajar perempuan.Cantik,mata bundar,rambut hitam bersinar paras bahu.Tapi jangan salah faham pulak!Aku bukannya nak mengorat dia tapi aku perhati lama-lama sebab aku rasa macam kenal.Seperti aku pernah jumpa pelajar tersebut di mana-mana.

                   Aku tak puas hati lalu pergi dekat sikit.Nampak lencana sekolah di uniform yang dipakainya.Sah,memang ini pelajar dari tempat aku buat praktikal dulu!Patutlah rasa cam kenal tadi.Eh,bukankah sepatutnya dia berada di sekolah sekarang bukannya sedang enak mengunyah makanan di sini?Ni mesti kes ponteng sekolah ni.Aku memang pantang kalau terjumpa pelajar-pelajar yang kaki ponteng ni!

                   Lantas aku ambil keputusan untuk menegurnya.Takpelah,niat aku baik kan.Sebagai seorang bakal guru,mahu tak mahu mesti tegur kalau ada pelajar yang lakukan kesalahan.Kiyosu Waka namanya.Aku pasti itu sebab bila aku panggil dia dengan nama itu,dia menoleh tapi tak pula menyahut.

                   Kemudian dia terkebil-kebil macam cicak tertelan kapur memandangku.Mesti dia rasa bersalah.Sudahlah ponteng sekolah,tertangkap dek bekas cikgu sendiri pulak tu.Orang kalau dah buat salah memang terpancar jelas kat wajahnya.Awak ni tengah ponteng sekolah ke?Takkanlah aku nak tanya macam tu pulak kat dia.

                   Walaupun tahu dia memang ponteng tapi sebagai seorang bakal guru aku harus bijak mengeluarkan soalan.Jadi aku pun tanya dia apa yang dia buat kat sini.Dia tidak menjawab soalanku jadi aku tanya lagi, “Bukankah awak sepatutnya berada di sekolah?”

                   Kali ini dengan nada yang lebih tegas.Biar dia tahu yang dia baru sahaja melakukan satu kesalahan serius.Tapi dia masih memandangku dengan mata terkebil-kebil seperti tadi.Kali ni dia jawab soalanku tapi dengan jawapan paling bodoh dalam dunia yang pernah kudengar.Aku naik geram.Kecik je pelajar tu aku nampak.

                   Selepas tu,dia kutuk aku pulak.Paras kemarahanku semakin meningkat.Namun aku bersabar jugak.Dengan remaja di bawah umur ni kita mesti banyak bersabar.Hormon mereka kan masih belum stabil.Itulah sebabnya mereka jadi begini.Suka ambil tindakan sesuka hati.Bila dia sambung makan,aku pun tanya dia kenapa dia bawak bekal ke sini.Memang niatnya untuk berkelah dalam keretapi sambil ponteng sekolah ke?Kalau begitu,maknanya dari awal lagi dia sudah merancang semuanya.

                   Tapi boleh pula dia menjawab dengan kasar disertai niat ingin menghalauku.Kenapalah bekas pelajar aku ni kurang ajar sangat?Apa ketika di sekolah dulu aku kurang mengajarnya ke?Aku pun hangin satu badan dan memberi amaran keras kepadanya supaya jangan berlaku biadab terhadap guru sendiri.Walaupun guru pelatih aku tetap pernah menjadi gurunya.

                   Bila dah berkeras camtu,aku ingatkan dia akan meminta maaf tapi sebaliknya pula yang berlaku.Dia buat muka menyampah dan angkat bekal makanan ke tempat lain.Dalam hati,aku tertanya-tanya,aku terlalu berkeras dengannya ke tadi?

                 Aku cuba tenangkan diri dan bila dah tenang aku menghampirinya sekali lagi.Niatku hanya satu.Ingin memujuknya supaya kembali ke sekolah tapi dengan cara lebih lembut.Aku bagi cadangan suruh dia tukar keretapi di stesen seterusnya.Dia memalingkan muka ke arah lain seolah-olah jijik memandangku.Aku tahulah yang aku ni bukannya hensem sangat tapi tak perlulah buat sampai macam tu sekali.

                   Belumpun sempat aku memujuknya lagi,sambil tengah pandang ke luar tingkap tu dia menolak keras cadanganku.Kalau dia tolak sahaja cadanganku,aku masih boleh bersabar lagi,tapi aku cukup tak suka bila orang bercakap dengan aku sambil tengok tempat lain.Rasa marah yang terkumpul kuhamburkan kepadanya.Cuak juga dia bila nampak muka aku yang tengah marah tahap maksima tu.Ada kawan aku pernah cakap yang muka aku ni ala-ala cina kalau marah.Macam Andy Lau agaknya.

                   Aku jangkakan dia akan menjerit kepadaku tetapi riak di wajahnya berubah kendur.Dia bersuara dalam nada perlahan.Aku terkesan riak-riak sedih pada wajahnya.Agaknya dia dah mula insaf kot?Dia memberitahu yang dia mempunyai sebab tersendiri untuk ke sini.Itu bermaksud dia bukannya menaiki keretapi ni sekadar untuk berkelah.Kemudian agak lama dia merenung kosong ke hadapan seakan-akan memikirkan masalah dunia.

                   Aku biarkan dia untuk seketika.Mungkin dia perlukan masa untuk bersendirian.Pabila dia kembali ke alam realiti,dia mengkhabarkan kepadaku bahawa dia tidak mahu bersekolah lagi.Aku tidak pasti pula adakah dia memaksudkan dia tidak mahu bersekolah lagi atau merujuk kepada hari ini.Tiba-tiba pula sesuatu terlintas di fikiranku.Fakta yang pernah kudengar dari mulut guru-guru di sekolah aku praktikal dulu.

         “Pelajar perempuan sekolah menengah dari bandar cuba terjun dari bumbung sekolah.Mereka berasa terdesak setelah sering dipaksa ke sekolah biarpun  sering ponteng…”

                   Mindaku cuba mengaitkan fakta itu dengan Kiyosu.Takkanlah.Dia dibuli kot?Aku teringat kembali kata-katanya tadi.Dia benci sekolah.Benci semuanya.Adakah dia dipaksa ke sekolah?Satu perkataan baru muncul di layar fikiranku setelah menganalisis semua maklumat itu.Bunuh Diri!!!

                   ‘Rupanya sekolah dia bermasalah.Siapa yang buat Kiyosu macam ni?’ aku berfikir sendirian sebelum memutuskan untuk bertanya terus hal itu kepadanya.

                   Namun,belumpun sempat aku menyudahkan soalan,angin Kiyosu sudah datang balik.Memanglah ini semua takde kena mengena dengan aku.Tapi aku sudah terlanjur mengetahui semua ini,takkanlah aku hendak membutakan mata dan memekakkan telinga pulak?

                   “Saya tanya awak betul-betul ni.Awak nak balas dendam ke?!”soalku dengan tegas.Ingin tahu adakah Kiyosu berniat untuk membalas dendam terhadap orang yang membulinya.Jawapan darinya memang tepat seperti jangkaan awalku.Memang dia ada sifat pendendam.Tapi,dia jawab dengan gaya ala-ala mafia pula.Terkedu aku.Takutnya… 

                   Apabila dah dapat jawapan macam tu aku tahu yang aku takleh paksa dia untuk pergi sekolah lagi.Aku pandang ke arahnya.Apa yang perlu aku buat?Dia mengelamun lagi sambil berbisik pada diri sendiri.
                  
                   “Kebahagiaan sebenar…”agaknya dia masih tercari-cari kebahagiaan sendiri.Dalam situasi dirinya sekarang,dia terdesak untuk mencari jalan singkat untuk mencapai kebahagiaan.Dan jalan singkat itu kemungkinan besar ialah…MATI!!!Tragedi pelajar D yang membunuh diri terimbau kembali.Aku sedikit panik.Aku tidak boleh biarkan perkara itu berulang lagi.

                   Jadi,aku ambil keputusan yang aku rasakan paling tepat bagi diriku.Aku memilih untuk menemani dia sehinggalah dia kembali tenang ataupun sekurang-kurangnya untuk hari ini.

                   Itu sahajalah yang mampu aku buat.Kiyosu agak terperanjat mendengar pelawaanku untuk menemaninya.Apa pun yang dia cakap,aku berpura-pura pekak.Bagi mengelakkan dihalau lagi olehnya,aku berpura-pura lena setelah menempatkan diri atas kerusi kosong di sebelahnya.Kalau buat begini,dia takkan boleh halau aku punya.Berani?Cubalah.



Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat