Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, April 2, 2011

Aku Tak Faham Kenapa Seseorang Blogger itu Famous.


                    Seriously aku tak faham.

                    Aku suka blogwalking.I'm a stalker and a silent reader.Dah banyak belog aku singgah.Aku bukan singgah untuk sekadar tinggalkan kesan tapak kaki.Aku singgah dan aku baca dan aku belek-belek.Tak,aku bukan baik hati sangat seperti yang korang sangkakan.Sebab shoutbox kat belog-belog tu selalu yang paling akhir muncul selepas semuanya ada.So,nak tak nak terpaksa juga aku baca dan belek.

                  Kenapa seseorang blogger itu famous?Apa yang membuatkan mereka famous?Adakah mereka famous sebab mereka dah famous sebelum berblogging?Atau mereka famous sebab belog mereka bagus masa awal-awal blogging sebab tu mereka tetap famous even lepas tu entri mereka dah hampeh?Aku tak faham.



                Sebab kebanyakan belog famous yang aku singgah entrinya sekadar boleh baca saja dan ada yang bagi aku macam hampas kelapa yang tak cukup perasa.Aku tak faham kenapa mereka ada ribu riban followers dan komentators.Tak,aku tak kutuk sesapa dalam hal ni.Korang jangan jadikan isu pulak.Kalau korang jadikan isu,jangan libatkan aku sebab nanti ini akan memFamouskan aku sekali.Aku tak nak kefemesan.Sebab aku tahu belog aku tak besh dan entri aku pun macam hampeh.Cukuplah kalau belog aku famous dan bukannya aku.

           Famous and Sarah Sayuri cannot walk together.Either one of them or both will crush and crumbled.Cukuplah Brat Pitt saja yang famous.

           Tapi mungkin juga bukan salah mereka yang femes sebab readers dan followers yang memfamouskan diorang.Ini berbalik kepada tujuan korang sendiri yang menjadi readers.Apa yang readers nak baca sebenarnya?Apa yang korang cari?Mereka suka baca entri macam kat belog-belog famous tu ke even entrinya kurang perasa?Or mereka komen dengan harapan akan meningkatkan kadar kepopularan diorang?(Fuuu*k!Aku pun sama!)Aku boleh tulis macam tu juga dan korang juga boleh baca then terus suka belog aku.And kemudian aku pun menjadi sefamous mungkin.Mungkin lebih famous dari Mark Zuckerberg.

            But aku tak nak jadi famous.Sebab aku menulis bukan untuk nama.Seriously.You may think that I am cliche but seriously I am not.Kalau aku tulis untuk cari duit dan nama,aku akan tulis apa yang korang nak baca sebab dengan itu ramai yang datang dan baca dan follow aku.(sungguh cliche!Fuuu*kk)

           Aku tulis untuk diri sendiri dan bukan untuk orang lain.Aku tulis apa yang aku suka.Kalau ada yang suka baca,aku suka jugak korang baca.Kalau tak nak,aku tak boleh paksa.Sebab aku tak femes,aku tak anjurkan bagai-bagai contest untuk korang dan aku tak tempek ribu riban gambar aku yang cantik untuk korang puji.Sekali lagi aku ulang aku tak kutuk sesapa dalam isu ni.Itu hak masing-masing.

           Aku tak kutuk abang Ben sebab aku suka cara beliau bersantai di belognya.Aku tak kutuk Cik Yuyu sebab dia comel dan satu negeri dengan aku.Apa class kutuk orang sesama bangsa weyh?Aku tak kutuk Izamir Ridzwan sebab dia ada speedboat.Kalau Kedah banjir nanti boleh jugak minta tolong beliau.

         Aku tulis entri ni pun sebab aku tak faham apa yang menyebabkan seseorang blogger itu femes.Aku tak faham.Aku betul-betul tak faham.Ada sesiapa yang boleh tolong jelaskan untuk aku?Damn.



 May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

Friday, April 1, 2011

Entri Paling Best 2011.


                          Sila baca tanpa emosi.

                   

                       Salah satu entri aku baru saja dinobatkan sebagai entri paling best untuk tahun 2011.Jadi melainkan entri ni,tidak ada lagi entri yang akan bergelar entri paling best sepanjang tahun ni.Okey...aku riak sikit di sini.

                      Mula-mula aku agak cuak juga tadi setelah entri ni dipanggil untuk dibuat penilaian oleh Cik Yuyu,abang Ben,tuan penganjur contest,dan ramai lagi blogger lain.Izamir Rizdwan sepatutnya datang tapi memandangkan speedboat beliau mengalami sedikit gangguan beliau tidak dapat tiba pada masa yang ditetapkan.Perlis banjir kalau korang tak tahu lagi.Kat Kedah pun hujan tak berhenti-henti sepanjang hari.Harap-harap tak banjir juga.Kalau tak,aku terpaksa naik boat lepas ni.

                      Ramai juga yang join contest ni.Ribu riban.Sebab tu aku tak yakin akan menang.Lagipun entri aku apalah sangat jika dibandingkan dengan blogger otai yang dah lama bertapak dalam dunia blogging ni.Tapi tidak lama kemudian pemenang pun diumumkan dan bila dengar nama aku dipanggil,aku terus ke depan untuk mengambil hadiah tanpa emosi.Aku menang dowh....

                   Hadiahnya pula....(sila jangan jeles)....ialah baucer penginapan 5 hari 4 malam di mana-mana resort pilihan hati di Langkawi beserta tambang pergi balik.Selain itu turut disertakan baucer membeli belah di Tesco dalam jumlah yang tak dapat aku nyatakan untuk tidak menimbulkan kontroversi di sini.

               Aku tak tipu yang aku menang kat sini.Korang boleh tengok sendiri kat SINI.
 Itu saja aku nak bagitau.Memandangkan aku menang aku tak jadi nak terjun dari atas lantai ke dalam swimming pool.Terima kasih sebab sudi membaca tanpa perasaan jeles.Dah.Aku nak pergi packing untuk bercuti ni.




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Fikir Balik Sebelum Sepak Jasmine Slalu Hepi.


                                AMARAN:Tiada lagi amaran cuma mungkin membuatkan psikologi anda sedikit terganggu lalu anda menjadi beremosi.Baca tanpa was-was.Tiada yang benar melainkan yang benar belaka.


                              Sebenarnya aku malas nak mengacau kehepian Jasmine Slalu Hepi tapi aku rasa perlu untuk menempek secebis dua kisah pendusta ini untuk tatapan semua.Ini profil  Jasmine Slalu Hepi II.

sorang lagi awek cun.








                         Apa yang kita tahu kedua-dua profil itu dibuat oleh dalang yang sama dengan tujuan yang sama.Memprovoks penganut Kristian dan Islam.Apa yang dia cuba capai dengan melaga-lagakan kita?


                             Apa pendapat kalian semua?Tak perlu pening-pening,just baca,komen dan berlalu pergi.Jangan simpan semua ni dalam hati or celah gigi.Ianya tidak berbaloi pun untuk dipertikaikan dan dijadikan isu.Just jangan cepat terpengaruh dengan benda-benda mengarut ni.



 May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat