Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Saturday, September 29, 2012

Quarantine.


I will quarantine myself in my newly-made coffin.

If you ever passing by,you can let me know by knocking softly.

Because I'm too afraid of the sunshines,I cant say when I will be walking on the same ground as yours again.

But surely,maybe after the sun sets down peacefully.








May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, September 27, 2012

Turn Back The Pendulum.


 Jika perempuan itu bisa memutar kembali pendulum masa ke waktu di mana dia belum ketemu kamu.

Biarpun dia sudah mengerti,sebenar-benarnya mengerti akan kesakitan yang terpaksa dilalui seandainya dia memilih untuk bersama kamu,

dia pasti tidak teragak-agak untuk melakukannya sekali lagi.

Kerna merahnya darah yang berbekas dari kesan dia memijak kaca-kaca luka bukan beerti semuanya datang dari kesakitan yang dirasa.

 Sebahagiannya dari setia yang nyata
manakala sebahagian lagi dari cinta yang sentiasa membara.

Kerna percaya, perempuan itu tidak akan berbelah bagi untuk memberi masanya yang berharga demi bahagia yang sementara.











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, September 18, 2012

Kalau-Kalau Ada Yang Berbaki.


 Ketika sedang menguis-nguis tanah mencari kalau-kalau ada habuan untukku yang masih berbaki,dari ekor mata aku terlihat kelibat bayang di sisi.Habuan yang dicari bukanlah makanan sepertimana ayam mengais tanah mahupun emas sepertimana manusia tamak menceroboh lombong.

 Sekilas aku pandang perempuan di sebelah.Tidak perlu merenung lama,aku sudah pasti akan gerangan si pemilik tubuh.

 "Apa yang kau cari?"soalnya sekadar memerhatikanku dengan pandangan tenang.Anak mata coklatnya menyapa wajahku.

 "Tidak banyak yang aku cari,sekadar cebisan-cebisan kasih.Kalau bernasib baik,mungkin ada yang ditinggalkan untuk kita."Aku menjawab tanpa memandangnya.Bukan kerana benci sebaliknya aku tidak punya masa untuk itu.Aku perlu cepat sebelum cebisan-cebisan itu pergi diterbangkan angin.Jari jemariku yang kotor terus ligat mengais-ngais tanah dan debu.

"Biar aku tolong,"dia menawarkan bantuan.

"Tidak mengapakah nanti kalau kuku-kuku kau yang cantik itu dipenuhi debu hitam seperti ini?"Aku menunjukkan kedua belah tanganku kepadanya.Dia mengangguk sambil tersenyum.

 Ketika cahaya bulan menyoroti lantai bumi,kelihatan dua orang perempuan yang masih sibuk dengan kerja mereka;menguis-nguis tanah dengan tekun.

"Perempuan GILA!"dengus orang yang lalu lalang.Mereka yang hanya melihat dengan mata tetapi buta hati dan akalnya.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat