Perempuan yang baik adalah untuk lelaki yang baik.Ya itu betul.Tapi
perempuan yang baik belum tentu lagi akan menjadi isteri yang baik.Lelaki yang baik juga belum tentu lagi akan menjadi seorang suami yang baik.Faham maksud aku?
Rata rata lelaki mengatakan antara kriteria yang ditetapkan kepada calon isteri mereka adalah dia mestilah seorang perempuan yang baik.Kalau setakat girlfriends sahaja tidak mengapalah walaupun dia bukan perempuan yang baik sebab pada mereka
girlfriends bukannya calon isteri.Tetapi apabila mereka merasakan sudah sampai satu tahap mereka ingin mencari isteri,mereka akan mencari yang paling baik antara yang terbaik.Lelaki...biasalah.
Banyak pilihan kan?
Apa maksudnya perempuan yang baik itu?Jawapan yang paling banyak dari lelaki sudah tentulah
perempuan yang baik itu adalah perempuan yang menutup aurat(
bertudung maksud aku),bersopan santun,tahu menghormati mak bapak mereka,pandai mengambil hati dan paling penting beragama(
alim tentunya).Sebab kaum
lelaki percaya semua kriteria yang ditetapkan mereka sudah cukup untuk memberikan kebahagiaan dunia akhirat.Bersama sampai ke syurga kononnya.
Mengapa aku mengatakan perempuan yang baik tidak semestinya akan menjadi isteri yang baik?Bertenanglah,jangan gelabah.Akan aku jelaskan satu persatu.Perempuan zaman sekarang,tidak kiralah setinggi mana ilmu agamanya even dia belajar sampai ke Mesir sekalipun,
belum tentu lagi faham dan belum tentu lagi akan mengamalkan apa yang dipelajarinya.Malah ada yang
lebih tinggi ilmu agamanya,lebih syaitan perangainya.Perempuan yang bertudung belum tentu lagi menutup aurat.
Perempuan yang
bersopan santun,cakap pun lemah lembut,suara perlahan macam cakap dalam kelambu,belum tentu lagi tidak akan menjerkah kau dan
menghalau kau tidur luar kalau bergaduh bila dah kahwin nanti.Silap haribulan pinggan mangkuk akan terbang melayang lalu hinggap di kepala kau.Perempuan yang menghormati keluarga kau belum tentu lagi tidak
bergaduh dengan kau semata mata untuk balik ke kampungnya apabila menjelang Hari Raya.
Kahwinilah wanita kerana agamanya.Itu memang betul.Dahulu itu memang betul.Tetapi sekarang lain.Bukan semua perempuan beragama sekarang betul betul beragama.Faham maksud aku?
Yang bertudung belum tentu lagi tidak pernah menyentuh mana mana lelaki bukan muhrim.Ada yang bersekolah agama dan aku hormati kerana tinggi ilmu agamanya tetapi sewenang wenangnya dia menyentuh lelaki lain sesuka hati.Kononnya tidak sengaja padahal sudah menjadi tabiatnya.Berkapel sudah menjadi kemestian bagi kebanyakan perempuan budak sekolah agama sekarang.Tudung yang labuh sekadar menjadi perhiasan bukannya kewajipan lagi.Bukannya semua berperangai begitu.
Tetapi kebanyakannya mengecewakan.Apa yang kau lihat baik di luar tidak semestinya baik juga di dalamnya.
Kerana itulah aku katakan perempuan yang baik belum tentu lagi akan menjadi isteri yang baik.Perempuan yang beragama
belum tentu lagi akan menjadi isteri yang solehah kelak.Yang lemah lembut belum tentu lagi akan terus bersifat demikian selepas kahwin nanti.Semua sifat baik dipamerkan apabila berkapel tetapi semua sifat jahat hanya akan terbongkar selepas menjadi isteri orang kelak.
Jadi bagaimana kami mahu mencari isteri yang baik?*
soal pembaca lelaki*.Pesanan aku,carilah seorang perempuan yang tidak kira sejahat manapun dia,
kau bahagia bila bersamanya.
Carilah perempuan yang tidak kira seburuk manapun perangainya,
kau yakin kau dapat hidup bersamanya.Perempuan yang tidak kiralah sehodoh manapun rupanya
tetapi kau sayangkannya.Semua itu sudah cukup untuk menjamin kau memiliki isteri yang baik.Nak cari isteri yang beragama?Jangan tipulah,aku tahu sebenarnya lelaki zaman sekarang bukannya kisah sangat pasal perempuan itu betul betul alim atau tidak.
Kau cuma mahukan yang beragama untuk menjamin kau akan dapat isteri yang baik kelak.Yang akan menjaga kau bila kau dah tua,sakit tak larat nak mampus nanti.
Tapi kau tak tahu
perempuan yang tinggi ilmu agamanya belum tentu lagi baik.Jadi?Jadi apa lagi?Perkahwinan adalah satu perjudian.Kalau kau menang,maka berbahagialah kau.Kalau kau kalah,bankruplah kau.
Kalau tak yakin nak bertaruh,tak payahlah kahwin,kan senang?Hahahahaha.....
Nota Kaki:Biar aku beritahu kau satu rahsia besar mengenai perempuan yang kau mungkin tak tahu.
Kebanyakan lelaki berkahwin dengan mengharapkan awek mereka sekarang akan kekal begitu selepas berkahwin kelak.Tetapi sayangnya harapan itu hanya tinggal harapan.Ya,perempuan berubah selepas berkahwin.Kau takkan kenal awek kau lagi setelah dia menjadi isteri kau.Percaya?Tidak percaya?Kau sendiri tentukan.
|
Perempuan ini mungkin perempuan yang baik.Siapa tahu. |
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!