Dalam hidup,kadang-kadang
manusia boleh bertukar menjadi binatang semata-mata untuk mendapatkan apa yang diingini.Orang seperti ini hanya tahu
mementingkan diri sendiri dan tidak pernah memikirkan tentang orang lain.Yang penting kehendaknya dipenuhi.Mereka
meletakkan simpati dan keikhlasan di tempat paling bawah sedangkan kita menjunjungnya di tempat paling atas.
Mereka
pandai memanipulasi yang lain untuk mendapatkan apa yang mereka mahukan.Kemudian mereka akan hilang begitu saja.Aku benci orang sebegini.
Yang hanya mengenal sahabat di kala memerlukan pertolongan,
yang hanya mengaku saudara bila memerlukan bantuan dan
yang hanya menyayangi kita selagi kita ada sesuatu yang dimahukannya.
Sama ada sedar atau tidak hidup kita sebenarnya dipenuhi orang orang sebegini.
Orang orang yang mempergunakan kita untuk kepentingan diri mereka.Tidak kiralah mereka itu kawan kita,saudara kita mahupun kekasih hati kita.Kadang-kadang
disebabkan terlalu sayangkan mereka dan mementingkan sebuah perhubungan,kita pura-pura tidak tahu dan terus
membiarkan diri dipergunakan.
Adakalanya,kita diperalatkan oleh kawan yang hanya
mencari kita di saat dia memerlukan bantuan kita.Adakalanya pula,kita diperalatkan oleh
saudara yang hanya kenal kita bila kita senang.Tidak terkecuali,adakala kita diperalatkan kekasih hati tersayang yang
hanya mahukan kita apabila dia memerlukan kita atau apabila dia terasa bosan.Kalau mereka semua ini tidak memerlukan kita,maka kita tidak akan dipedulikan.Seolah olah kita ini tidak wujud.
Sebabnya mereka tahu,bila mereka perlukan kita,kita akan sentiasa ada untuk mereka.
Tetapi bila kita perlukan mereka pula mereka akan menjauhkan diri.
Sampai bila kita mahu menjaga hati dan menggembirakan semua orang.Berapa banyakpun kita memberi mereka tidak akan puas.Betapa kuatpun kita mencuba,
kita tidak akan dapat menggembirakan semua orang.
Jangan cari aku hanya bila kau memerlukan aku.
Jangan bercakap dengan aku hanya bila kau bosan atau memerlukan sesuatu dari aku.
Jangan hanya datang berjumpa aku bila aku ada sesuatu yang kau mahukan.
Jangan hanya nampak aku bila kau ada masalah.Bukan kau saja yang ada masalah.
Jangan hanya mula menghargai aku bila kau sakit.Bukan kau seorang yang sakit.Jangan buat orang lain seperti boneka permainan kau.Jangan buat aku seperti anak patung kau
.Aku dan yang lain tidak berada di sini semata mata untuk menghiburkan kau atau untuk memenuhi keperluan kau.
Don't
talk to me because you're "bored",I'm not here to entertain you. And
don't come to me only when you need a favor, I don't like being used.
May Peace Be Upon Us.
Live,Laugh,Die Emotionally!