Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, June 24, 2011

Edge Of Silence.

Nota Kepala:Entri panjang.Sangat.Bacalah kalau perlu.Kalau tidak mahu juga tidak apa-apa.


-----------------------------------------------------------------------------------------------------


“Hello…”

“Errr ya hello…Siapa..”

“Siapa…”

“Eh kau.”

“Ya aku.Kenapa?Sudah lama sangat tak dengar suara aku lalu kau terlupakah..”

“Sori…sori.Aku tak perasan sayang.Banyak keja ni.Lagipun kau tak pernah telefon jadi aku…”

“Sayang…”

“Ya,kenapa?”

“Tak…cuma dah lama tak dengar kau sebut perkataan tu.”

“Jadi apa mimpi kau telefon aku.Bulan turun dari langit?”

“Tak…tak ada apa-apa…”

“Hmm…kau sedang buat apa saja ni?

“Tak buat apa-apa…”

“Tak buat apa-apa?Mesti kau tengah buat sesuatu?Makan ke?Atau baru bangun tidur?Lagipun kau suka tidur kan?”

“Tak…”

“Tak.Semua pun tak.Apa yang iyanya?Lupakan…kau di mana saja ni sayang?”

“Metah cantik…”

“Hah?Apa tu?”

“Metah tu sangat.Sangat cantik…”

“Apa juga yang cantiknya?”

“Kat sini sangat cantik…”

“Kat sini?Kau kat mana?Rumah?”

“Tak…aku kat sini…”

“Yela,kat sini tu kat mana?Tepi akukah?”

“Kat sini…cuba kau dengar ni…”

“Bunyi apa tu?”

“Angin…bunyi angin…”

“Angin?Kau kat luar rumah?”

“Ya,kat luar…”

“Yang cantik tadi apa?Anginkah?”

“…”

“Sayang..?”

“Ya…”

“Kau buat apa di situ?Kau dah makan?”

“Dah…”

“Tipu.Mesti tak makan lagi ni.Dah,pergi makan dulu.”

“Dah…Makan angin…”

“Ha…tengok.Kan dah cakap tak makan lagi.Pergi makan la sayang…”

“Sayang…”

“Ya,apa?”

“Tak.Aku suka dengar kau sebut sayang tu…”

“Yelah.Aku je yang sebut,kau pula tak pernah sebut pun.”

“…kau...okay kan?”

“Hmmm?Aku okay ja.Sihat walafiat lagi.Kenapa?”

“…”

“Hello…kau ada kat situ lagi ke?”

“Hmmm…”

“Kenapa diam sahaja?Cakaplah sesuatu.Kau juga yang telefon aku.”

“Maaf…”

“Hah?Apa?”

“Sori…”

“Sori?Untuk apa?”

“Semuanya…”

“Tak ada apalah.Sikap kau tu.Degil sangat.”

“…”

“Sayang…?”

“Hmmm…”

“Kenapa diam je ni?Mahu aku letak telefon ke?”

“Tak.Kau...cakaplah…”

“Asyik-asyik aku juga yang cakap.Kau tu asyik ‘hmmm’ je dari tadi.Kau cakap pulak…”

“…kau...akan terus okay kan..”

“Huh?Aku okay.Kenapa dengan kau,cuba cerita dulu sama aku?”

“Tak ada apa-apa…”

“Tak ada apa-apa juga…tak ada apa-apa dari tadi.Cerita sama aku sayang.Aku ni siapa bagi kau?”

“…kau..sibuk ke…?”

“Cuba cakap apa yang tidak kena.”
 
“…”

“Sayang?!”

“Hmmm…”

“Ada apa sebenarnya ni?”

“…kau…”

“Eh..kejap…aku ada hal sikit ni.Nanti aku telefon kau balik eh?”

“Tak perlu…”

“Kau akan telefon aku balik nanti?”

“…”

“Sayang…kau selalu macam ni!Bikin aku panas saja.”

“Sayang…”

“Apa?”

“I love you…”

“I love you too.”


----------------------------------------------------------------------------------------------------------


                      Si pemilik telefon merenung ke bawah.Sayup-sayup kelihatan telefon bimbitnya yang sudah dicampakkan.Yang sudah hancur berkecai sehingga tidak menampakkan rupa telefon lagi.Mustahil untuk dia menelefon sesiapa atau sesiapa menelefon dia lagi.Lagipun panggilan dari syurga…ahh tidak…sebenarnya panggilan dari neraka,panggilan dari sana tidak akan sampai ke bumi bukan?



Edge of silence.The END.











May Peace Be Upon Us. 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Thursday, June 23, 2011

Peganglah Baik-baik.


Aku:Pegang ni...

Gadis:Ya,aku sedang peganglah ni.

Aku:Kau pegang terlalu kuat.

Gadis:Okay,aku longgarkan.

Aku:Tak...ini terlalu longgar..

Gadis:Kau yang pegang terlalu ketat.Aku terpaksa longgarkan.

Aku:Hei...jangan tariklah.Nanti kau akan sebabkan ia putus!

Gadis:Aku terpaksa tarik sebab kau juga sedang menariknya.Lihat...

Aku:Kau memang sengaja kan?

Gadis:Kau juga yang suruh aku pegang.Kalau aku lepaskan,ia akan putus.

Aku:Ya,tapi tidak bolehkah kau pegang baik-baik.Kau terlalu kasar...

Gadis:Aku sedang berusaha untuk pegang sebaik mungkin.Kau tu yang terlalu kasar.

Aku:Tak...kau yang kasar.

Gadis:Kau yang terlalu mendesak.

Aku:Sebab kau terlalu cuai!

Gadis:Kau yang mahu semuanya mengikut kemahuan kau.

Aku:Tak,kau yang mahukan semuanya mengikut telunjuk kau!

Gadis:Hey....jangan rentaplah!Ia akan terputus nanti...

Aku:Kau pun berhentilah dari terus tarik!

Gadis:Hey...kau berhenti!

Aku:Berhentilah!

Gadis:Owhhh tidak...

Aku:Tidak...ia telah putus.Sekarang lihat apa yang kau telah lakukan!

Gadis:Aku tidak sengaja...

Aku:Sudah aku beritahu kan?Peganglah baik-baik.

Gadis:Ya aku salah.Aku minta maaf.

Aku:Apalah gunanya kau minta maaf?Adakah maaf kau itu boleh menyambungkan yang terputus ni?

Gadis:Tapi...

Aku:Diam.Sudahlah.Sekarang semuanya sudah tidak berguna lagi.








May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, June 22, 2011

Gambar Aku Dahulu Dan Sekarang.


                    
                                       Dahulu...




                   JENG JENG JENG...


                    Sekarang.Setelah 5 kali pembedahan plastik,rawatan laser dan rawatan pemutihan wajah....Oh ya dan setelah sesi bermake up dan tidak lupa juga gambar ini telah diedit menggunakan Photoshop.MUahhhh....Lap u all!!


cantik tak i?



Nota Kaki:Bukan wajah sebenar.Hanya gambaran sahaja.Harap maklum.Sekian.









May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Laugh As Long As You Can Breathe.


                    Lihat.Sana.Di sana tu.Cuba kau lihat.Nampak?Dia sedang ketawa bukan.Kelihatannya dia gembira benar bukan?Semuanya nampak bahagia dari luaran.Tapi itu tidak bermakna semuanya serba sempurna.Lihat menelusi matanya.Kerana kata orang mata adalah jendela hati.Dan kau akan nampak kekosongan.Kenapa?Kerana hati dan jiwanya telah mati.

                   Betulkah?Ya,betul.Bagaimana dia bisa ketawa seperti tidak pernah disakiti dan seperti semuanya baik-baik sahaja?Kerana dia telah puas menangis,memerah air mata sehinggakan semuanya telah kering.Tiada apa lagi yang tinggal.Sebab itu dia bisa berdiri,melihat keadaan sekeliling di mana semua mata sedang memerhatikannya.Fikirnya,kalau dia rebah,semua yang disokongnya akan turut hancur menyembah bumi.Jadi dia harus mendongakkan kepala dan mula ketawa seperti semua itu tidak pernah berlaku.Seolah-olah dia tidak pernah merasakan apa-apa.Seakan-akan tiada apa yang boleh mengugat kegembiraannya.

                   Sebab bila dia ketawa,orang di sekelilingnya akan turut tersenyum.Dan itu sahaja yang dia perlukan.Sekurang-kurangnya buat waktu ini,itu sahaja.Syyyyhhh....diamlah.Tak perlu kata apa-apa.Ketawalah selagi masih bernafas.Senyumlah seperti kau tidak pernah disakiti.Dan belajarlah untuk memberi kasih sayang selama mana kau masih hidup.Ya,senyumlah.Dan kau akan lihat orang di sekeliling kau turut tersenyum.Ya,cepatlah.Cantumkan hati yang hancur berkecai itu dan mari kita bawanya bersama.Lukanya tidak akan sembuh tapi masih kau perlukan hati itu untuk hidup bukan?











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Tuesday, June 21, 2011

The Marshmallows Story.



                     Ini berlaku bulan lepas.So I was kinda at the kindergarten party.Parti and jamuan untuk hari guru plus hari ibu.Sila jangan tanya mengapa aku ada kat sana.Yeah...it was supposed to be only my mom and my 5-years-old sister.But memandangkan aku dah terberada kat sana sekali so aku pun join sekaki aktiviti-aktiviti untuk budak-budak tadika.Actually kat situ taska plus tadika.Actually aku tak nak join,(I mean why the heck should I join the superjunior activities) but since my mom told me to dengan ekor mata yang tajam memandangkan dia tak nak join so aku terpaksa jadi galang gantinya.Dan memandangkan ini aktiviti berpasangan,which it should be mom and daughter not older sister and little sister,setelah mengeluh 18 kali aku terpaksa menyerahkan diri untuk turut serta.

                     But luckily not the games memecahkan belon yang ditiup or bawa bola pingpong dalam sudu sebab aku ...errr...kinda fobia dengan meniup belon(ada sejarah hitam dulu-dulu).So ianya pertandingan membuat sandwich.Yihaaa...sandwich!But...ada tapi lagi di situ,this is not the normal sandwich yang kita makan,yang letak telur,salad,mayonis,sos and sebagainya.This is a totally kiddies sandwich.Sandwich untuk budak-budak so diorang letak candies,marshmallow,caramelos,M n M's,Skitties...Ringkasnya semuanya gula-gula dan benda-benda manis.Yeah tapi bukan untuk makan just untuk pertandingan tu.Lagipun sweets is bad for kids.You know that already right?

                    So,the rules for that contest agak lucu dan unik because pertandingan tu untuk partner,mom and daughter so the mom supposed to be blindfolded dan anak dia yang akan guide dia untuk letak apa dalam sandwich diorang.Funny eh?And fun too!Aku awal-awal lagi dah warning my lil sister so that she wont guide me to put anything weird in our sandwich.But bila dah kena blindfolded I had to trust her like 100% masa tu sebab tak nampak.It's so funny when dia guided tangan aku untuk ambil itu dan ini lalu suruh aku letakkan kat dalam sandwich.Sebab aku tak nampak so aku just percayakan dia dan ambil saja apa yang dia suruh.So the situation was like:

 "Apa yang along ambil ni?Betul ke?"

 "Betullah...ambik ni pula.Yang ni jugak..."

 "Jangan main-main dengan along eh.Satgi habis sandwich ni jadi burok!"

 "Betulla....nah,tak caya along cuba rasa."

"Nyumm...nyummm..."
                                            -------scene dipotong-------


                       Actually tiada yang betul atau salah just letak saja apa-apa benda pun dalam sandwich tu.Yang paling kreatif akan menang.Dan sepatutnya tak boleh curi-curi rasa bahan-bahan yang disediakan but who care anyway?Aku sempat rasa satu benda ni dan found out it was actually a marshmallow.SWEET.Make my heart melted.So aku makan lagi satu sambil letak banyak-banyak dalam roti tu.A marshmallow sandwich.Perfect and sweet.

                       Yeah dan seperti yang korang jangkakan(korang memang suka berprasangka buruk terhadap aku kan?),sandwich kami tak menang sebab tak kreatif langsung dan ditambah pula penuh dengan longgokan marshmallows di atasnya sampai melimpah-ruah.Apapun yang penting it was really fun.Gelak tak henti-henti sepanjang pertandingan tu.Lebih-lebih lagi bila ada para ibu yang cuba buka blindfolded tu sebab tak percayakan anak masing-masing.Kepercayaan?Susah nak dapat kan?Susah untuk kita have blind faith(percaya bulat-bulat) kat seseorang.But since aku dah ada pengalaman(riak sikit) kena blindfolded ni banyak kali dan terpaksa percaya pada orang lain so aku tak kisah sangat.Apalah sangat kan....Belajarlah untuk mempercayai orang lain.Lebih-lebih lagi orang yang kita sayang.

 

candies untuk letak dalam sandwich tu lebih kurang banyak ni.Amazing?




deliciously sweet and soft.




Nota Kaki:Marshmallows anyone?




May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Sesi Berdialog Bersama-3.


                     "Talk."

                      "...."

                      "Say something."

                      "...."

                      "Please...anything.."

                     "If I keep talking,will it change anything?"

                      "There are two reasons why people dont want to talk about things.One,when it means nothing.Two,when it means everything.Which one is yours?"











May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, June 20, 2011

Menjawab Pertanyaan Panas Wartawan Melodi.


                 Sedang berjalan-jalan di shopping complex bila tiba-tiba seorang wanita menerjah aku dan mak aku.Firstly aku tak kenal siapa then terkejut besar once dia dah perkenalkan diri.Ringkas ucapan perkenalannya,"Hai,saya wartawan pelatih Melodi,Iza nak bertanyakan beberapa soalan kepada Cik Sarah.Harap sudi menjawab ya."Dan aku dah jadi gelabah like what?I mean what the hell is she doing here?Macam mana dia boleh kenal aku pulak?Sebab aku bukan artis yang kaya dengan gosip mahupun selebriti yang penuh kontroversi.Aku hanyalah aku.Seorang penulis picisan yang menulis apa yang dirasakan perlu.Why me?Ughhh....But memandangkan dia dah ada kat depan mata,aku pun dah tak boleh nak melarikan diri lagi selain dari menadah telinga dan membuka mulut untuk menjawab segala soalan darinya.



Wartawan Melodi(WM):Cik Sarah Sayuri kan?Penulis belog SickEmoWriter?

Aku:Ya dan awak boleh panggil saya Sarah.

WM:Jadi Sarah,mungkin rasa terkejut bagaimana pihak kami boleh jumpa Sarah kat sini?

Aku:(Ketawa besar dan ada adegan malu-malu kucing di sini)...Yes exactly! Macam mana awak boleh jumpa saya ni?Itu yang saya fikirkan memandangkan saya bukan artis atau selebriti terkenal.I mean saya hanya blogger,itupun blogger picisan saja.

WM:Jangan risau.Kami ada banyak mata yang memerhati.My first impression terhadap diri awak adalah awak seorang yang ceria,a very bright girl,full of vibrant and colors.Jadi adakah awak tak risau yang impression ini akan mempengaruhi fikiran pembaca setia belog awak?Maksud saya mungkin mereka menganggap Sarah Sayuri seorang gadis emo yang penuh dengan sifat hitam dan suram.

Aku:Oh...ye ka?Itu first impression awak terhadap saya?Thanks sebab memuji.Bagi saya,ini bukanlah satu masalah besar sebab apa yang awak nampak cuma luaran saya sahaja.

WM:Jadi adakah Sarah ingin mengatakan di sini yang dalaman Sarah sebenarnya gelap,suram dan penuh emosi or sifat sebenar Sarah berlainan dengan apa yang orang nampak dari luarannya?

Aku:Untuk mengenali saya rasanya awak perlu mula membaca belog saya.Saya rasa perkara ini tidak akan membawa sebarang kesan or impact terhadap pembaca setia belog saya sebab mereka lebih kenal siapa Sarah Sayuri sebenarnya.

WM:Dan pihak kami juga sebenarnya mengambil banyak masa untuk mencari Sarah Sayuri malah saya juga hampir tidak kenal awak sebab awak di luar dan di dalam foto amat banyak perbezaannya.Ada apa-apa rahsia yang ingin dikongsikan bersama?

Aku:Ya tentu sekali.Botox amat berkesan.(Ketawa besar)Okay..sori,sori just kidding.Tidak ada apa-apa rahsia.Actually gambar tu semua gambar lama dan even bukan gambar lama memang saya di dalam gambar dan di alam realiti agak berbeza.

WM:Awak kelihatan sangat gembira dan berseri-seri.Malah boleh bergurau sambil menjawab soalan saya.Adakah kegembiraan ini sebenarnya ada kaitan dengan sesuatu peristiwa besar or khabar-khabar angin yang pihak kami dengar sebelum ni?

Aku:Errr...khabar-khabar angin apa ya?Maaflah saya tidak mendengar khabar-khabar angin ni sebab...ya dah nama pun khabar-khabar angin kemungkinan besarnya ia tidak benar sama sekali.

WM:Tiada peristiwa yang lebih gembira dan lebih besar dalam hidup seorang perempuan selain perkahwinan.Sebelum ini,kononnya ada pihak yang menguar-uarkan Sarah Sayuri akan berkahwin dalam masa terdekat.Jadi pihak kami ingin mendapatkan pernyataan Sarah sendiri mengenai berita ini.Adakah ianya benar?

Aku:(Menjauhkan diri dan ketawa lagi)....

WM:(Mengekori)Eh..nak ke mana pula tu?Jawablah soalan dulu.Adakah Sarah akan berkahwin dalam masa terdekat?Atau adakah itu hanya khabar-khabar angin sahaja?

Aku:Hahaha....aduhh...soalan cepumas ni.Bikin orang cemas.Saya sebenarnya lebih suka jika ditanya soalan yang tidak berkaitan dengan my personal life.Sebab bagi saya hal-hal seperti ni terlalu peribadi untuk digembar-gemburkan kepada umum.

WM:Umum.Umum itu merangkumi semua termasuk juga pembaca setia dan peminat belog Sarah Sayuri sendiri.Tidakkah anda rasa bahawa mereka ini berhak untuk mengetahui serba sedikit tentang personal life orang yang mereka minati?

Aku:Okay....Berkahwin,ya memang saya akan berkahwin.Someday,suatu hari nanti.Semua orang juga mengimpikan untuk mendirikan rumah tangga dan melalui fasa perkahwinan itu,begitu juga saya.Itu sahaja yang dapat saya katakan buat masa ni.

WM:Bila dah timbul isu berkahwin ni maka mesti dah ada calon dalam hati.Pihak kami mendapat tahu yang sebelum ni Sarah ada menjalinkan hubungan dengan 'seseorang' yang dirahsiakan dari pengetahuan umum.Jadi,adakah hubungan itu masih kekal dan bertambah utuh sekarang memandangkan dah timbul isu ingin naik pelamin?

Aku:(Senyum lebar dan diam sebentar.Speechless)...Hahaha...dari mana pihak awak dapat tahu mengenai 'seseorang' itu?

WM:Dari mana kami mendapat tahu itu bukan persoalan utamanya di sini.Kami semua cuma ingin tahu adakah hubungan itu akan ditingkatkan ke tahap yang lebih jauh atau tidak?

Aku:Ditingkatkan ke tahap lebih jauh...Sebenarnya saya masih keliru dengan 'seseorang' yang awak maksudkan di sini.

WM:Seseorang yang saya tahu awak tahu siapa orangnya.Namanya tidak ingin saya sebutkan di sini atas alasan ingin menjaga privacy.Adakah hubungan yang terjalin itu akan berkekalan atau dah bergoyang dihempas badai?Maklumlah seperti kata pepatah,sekali air bah,sekali pantai berubah.

Aku:(Senyum)Bergoyang dihempas badai.Sekali air bah,sekali pantai berubah.Banyaknya kata pepatah sampai saya pun dah tak tahu apa yang harus dijawab.

WM:Ini memandangkan status masing-masing di laman sosial terkenal juga dah berubah jadi pihak kami cuba mendapatkan penjelasan ini dari pihak Sarah Sayuri sendiri supaya lebih jelas.

Aku:Perubahan status di laman sosial itu bagi saya adalah perkara biasa.Malah sekarang ramai yang dah tidak percaya lagi dengan status yang tertulis di situ.Status yang tercatat di situ tidak penting asalkan kami masing-masing tahu apa yang kami mahukan.

WM:Kami?Kami di sini merujuk kepada Sarah dan 'seseorang' itu bukan?Jadi dengan ini awak mengaku menjalinkan hubungan dengan si dia?

Aku:(Gelak besar)....Aduhhh...wartawan Melodi memang pandai memerangkap orang.

WM:Itu memang kerja kami.Jadi apakah status Sarah Sayuri sekarang?Single atau bagaimana?

Aku:Status...Single or not itu sesuatu yang saya rasa tidak perlu saya hebohkan kepada orang ramai.Something that I should keep it for myself.

WM:Kenapa awak rasa ianya tidak patut dihebohkan sedangkan bukankah lebih baik kalau umum tahu awak dah berpunya supaya si dia tidak akan rasa kedudukannya tergugat?

Aku:Kerana menghormati dia saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa statement buat masa sekarang.

WM:Jawapan itu bunyinya lain macam.Adakah ada sesuatu yang berlaku atau sesuatu yang perlu disembunyikan dari orang ramai?

Aku:(Senyum)Hidup kita ada turun naik.Kadang-kadang kita gembira,kadang-kadang kita menangis.Begitu juga dengan hidup saya.Kalau nak gembira selalu memang sesuatu yang mustahil.

WM:Adakah awak cuba mengatakan yang sekarang ini awak sedang menangis?Atau awak sedang melalui detik penurunan dalam hidup?

Aku:No comment.
  
WM:Apakah awak dan dia masih berhubungan lagi sehingga sekarang atau masing-masing sudah membawa haluan sendiri?And please jangan jawab no comment.
 
Aku:Setakat ini saya belum mengeluarkan apa-apa kenyataan dari pihak saya dan dia pun belum mengeluarkan apa-apa kenyataan.Jadi tunggu sajalah statement dari mana-mana pihak yang lebih cepat nanti.
  
WM:Adakah dengan itu bermakna Sarah Sayuri sekarang ini single?
 
Aku:Seboleh-bolehnya saya tidak mahu mengiyakan atau menidakkannya.Banyak hati yang saya perlu jaga.Hati orang-orang yang tersayang.Kalau saya kata jawapannya A,yang satu lagi kata B nanti akan mengelirukan banyak pihak.So lebih baik saya diam.
  
WM:Dengan mengambil keputusan untuk berdiam diri dan tidak mendedahkan si dia kepada umum,adakah itu langkah yang dirasakan perlu dan yang terbaik?
 
Aku:Ya,bagi saya itu yang terbaik.Bagi dia juga ini adalah yang terbaik.Sebab dia adalah someone yang humble and down-to-earth person jadi saya rasa dengan mendedahkan dia kepada dunia yang penuh publisiti dan glamor ini adalah sesuatu yang tidak wajar.Dia juga lebih suka jika namanya tidak dijaja kepada umum.Lagipun saya tidak mahu mencampur adukkan hal peribadi dan hal-hal lain.
  
WM:Dengan tidak mendedahkan dia,maka ramai yang tidak tahu.Mungkin ada yang menyimpulkan bahawa dia adalah kekasih gelap Sarah Sayuri?
 
Aku:Kekasih gelap?Tak...sebenarnya ada yang tahu dan ada yang tidak.Bagi yang tahu tu,tahulah.Bagi yang tidak tahu,mungkin mereka akan mengambil tahu selepas ini.Tidak mendedahkan bukan beerti menyembunyikan dia dari sesiapa.Lebih-lebih lagi dari famili saya.Apa yang lebih penting ialah famili saya tahu,bagi saya itu sudah cukup.

WM:Last question,apa yang ingin Sarah Sayuri katakan kepada pembaca dan peminat setia baik belog mahupun peminat tuan empunya belog ini sendiri?

Aku:Okay...Kepada semua pembaca and peminat belog saya,or yang minat saya pun tak kisah,so to them,thanks a bunch sebab tanpa anda siapalah saya bukan.Teruskan menyokong Sarah Sayuri biarpun dalam keadaan dia emo atau tidak.Thanks again.



im vogue.huhuhu



LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat