Something To Think About.

There is no girl alike me. And there is no boy that like me. ; )






Friday, May 31, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 19.



 
            Kejutan ini terlalu hebat untuk aku terima. Aku tidak dapat merasai sama ada jantung aku masih berdegup atau sudah berhenti kerana terlampau terkejut. Nafasku terlalu laju sampai tidak terhitung lagi. Hampir setengah jam aku terduduk di lantai. Sebelah tangan memegang buku hitam milik Legan dan sebelah lagi menggenggam kemas seutas rantai kepunyaanku. Memang tiada kaitan antara keduanya dan memang sepatutnya tidak ada kaitan langsung. Tetapi apa yang tertancap pada pandangan mata aku sekarang menafikan hakikat itu.

               Aku sedang melihat simbol yang terdapat pada buku Legan dan loket rantai aku. Ianya bukan sesuatu yang mengelirukan. Kebenarannya jelas terpampang di depan mata. Kedua-dua simbol pelik itu adalah sama. Selama ini aku tidak pernah perasan malah aku tidak pernah terfikir mengenainya kerana rantai itu tidak pernah aku keluarkan dari kotak simpanannya. 

            Rantai itu satu-satunya barang yang ada pada aku semasa aku ditemui di gereja. Boleh dikatakan ianya satu-satunya petunjuk untuk membawa aku kepada ibu bapa kandungku. Namun harapan itu terkubur begitu saja bertahun lepas kerana selain simbol pelik yang terukir di atas loket, tiada apa-apa petunjuk lagi yang dapat kukesan.

            Malah kemana-mana pun kedai barang perhiasan yang aku tuju untuk bertanya, semua pakar barang kemas dan pemilik kedai menafikan mereka pernah mengukir simbol yang sama di mana-mana barang perhiasan. Menurut mereka lagi, itulah kali pertama mereka melihat simbol seumpamanya. 

             Ada juga yang berminat untuk membelinya dan menawarkan harga yang tinggi. Alasan mereka loket itu sangat unik dan berharga kerana tiada siapa yang boleh mengukir simbol pelik itu di dalam sebutir batu permata seakan kristal akuamarin yang sangat cantik. Mineral warna azul itu berkilauan dan kelihatan hidup seperti dasar lautan biru yang sentiasa bergerak walaupun ianya sebutir batu yang pejal.Lebih dari itu, seorang pembuat barang perhiasan pernah membisikkan sesuatu yang membuatkan aku kagum.

          “Kalau ada pakar barang kemas terkenal mengaku dia yang mengukir simbol ini, saya akan mengutuknya sebagai penipu. Awak tahu kenapa?” Dia sengaja berjeda sejenak sebelum meneruskan.

          “Sebab simbol ini bukan diukir. Malah tiada mana-mana pakar ukiran barang kemas yang paling handal pun yang boleh membuat ukiran sebegini kerana simbol ini berada di dalam permata. Untuk mengukir kami terpaksa menghiris batu permata dan ia akan meninggalkan kesan. Tetapi tiada sebarang kesan kerosakan berpunca dari ukiran atas loket awak,” beritahunya dengan rasa teruja. Entah apa yang menjadikan dia begitu teruja aku tidak tahu.

           “Jadi?” soalku sedikit keliru dan terumbang-ambing untuk memahami penjelasannya tadi.

            Dia mendekatkan mulut ke telingaku mahu berbisik seolah-olah ianya rahsia besar negara. Sambil matanya melingas memandang kiri kanan untuk memastikan tiada yang berada berdekatan kami, dia mula membuka rahsia dari pengalaman bertahun sebagai pakar pembuat barang perhiasan.

            “Saya ada dua andaian di sini yang mungkin awak mahu dengar. Satu, simbol itu memang terhasil dari dalam batu permata sendiri. Kalau begitu, maknanya awak sangat bertuah untuk memiliki permata ini yang belum pernah ditemui siapa-siapa. Awak boleh menjualnya kepada saya dengan harga yang tinggi atau melelongnya dengan harga yang tidak dapat awak bayangkan. Dan kedua...ini sekadar teori saya sahaja tetapi saya rasa ada kemungkinan simbol sebegini diukir oleh bukan manusia.

             Aku hanya ketawa saat dia mengungkapkan teorinya yang bagiku tidak masuk akal namun sekarang semuanya mulai diterima akal. Simbol itu memang bukan kerja tangan manusia. Legan. Sekilas dari ekor mata aku terpandang lelaki itu tercegat kaku di halaman rumah sewaku. Aku sedia maklum dia memang suka menengadah muka memerhati langit tetapi sejak akhir-akhir ini kurasa dia menghabiskan masanya terlalu kerap untuk aktiviti itu. Tidak pula kutimbulkan rasa curiga aku di hadapannya walaupun aku hatiku dihimpit perasaan tertanya-tanya.

            Saat ini, sepertinya aku sudah tidak mampu membendung rasa ingin tahu lebih lama. Lebih penting lagi, aku perlu mendapatkan kepastian berhubung simbol misteri yang menjadi tanda tanya di benakku sejak dahulu.

“Legan, beritahu saya apa sebenarnya ini?” soalku enggan bertangguh lagi. 

            Aku menerpa ke arah dia sebaik kakinya melangkah memasuki rumah. Legan mempamerkan riak wajah bersahaja seperti selalu. Dia tidak kelihatan tersentak dengan tindakan spontan mahupun soalan aku.

             “Beritahulah saya Legan. Saya perlu tahu apa yang awak sembunyikan dari saya selama ini,” desakku lalu menayangkan simbol loket aku di depannya.

              Anak matanya mengekori loket itu. Lama dia bagai terpaku memandangnya sebelum kembali menatap aku. Walaupun tiada reaksi terkejut pada air mukanya tetapi aku terkesan anak mata dia yang membesar sebaik melihat simbol yang kutunjukkan. Ini mengesahkan andaianku bahawa dia tahu sesuatu. Suatu rahsia penting yang diselindungkan dari pengetahuanku sejak dari mula kami bertemu.

               “Apa yang awak mahu tahu Anna?” tanyanya kembali bersama pandangan tenang.

                “Beritahu saya semuanya Legan,” sungguh-sungguh aku mendesaknya ketika itu kerana rasa ingin tahuku tidak tertahan lagi.

                 Legan menggeleng. “Semuanya terlalu banyak dan terlalu subjektif.  Saya hanya akan beritahu apa yang awak mahu tahu.”

                 “Saya mahu tahu semuanya Legan. Semuanya. Beritahu semuanya kepada saya sekarang!” balasku dalam nada memaksa. Legan diam. Mungkin dia sedang berfikir apa yang mahu diceritakannya kepada aku. Prasangka jahatku membisikkan yang dia sengaja menyepikan diri kerana enggan membenarkan aku tahu apa-apa. Lagipun selama ini juga dia selalu membisu apabila aku bertanyakan soalan yang aku ingin tahu.

                  Diselubungi perasaan geram, aku menghampirinya lantas berdiri betul-betul dekat dengan dia. Kedua-dua tangan aku bertindak menggenggam baju yang dipakainya. Legan tidak cuba melepaskan bajunya dari genggamanku.

                   Dia sekadar menatap aku dengan ketenangan yang tidak terusik sedari tadi. Aku tidak peduli lagi kalau apa yang aku lakukan ini menyakitkannya. Aku tidak peduli lagi seandainya dia mahu mengamuk lalu melenyapkan bumi dari sistem suria sekalipun. Apa yang lebih penting bagi aku sekarang adalah untuk memuaskan rasa ingin tahuku. Aku perlu tahu apa yang dia sembunyikan selama ini.

                   “Siapa awak sebenarnya Legan? Beritahu saya!” aku bukan lagi bertanya sebaliknya sudah menjerit kuat di hadapannya.

                  Legan tidak menjawab. Dia tidak bersuara. Dia tidak berbuat apa-apa. Dia hanya mendiamkan diri dan memandangku. Lelaki ini sungguh mengecewakan. Untuk memberi satu jawapan yang mudah pun dia tidak mampu. Sebenarnya bukan tidak mampu tetapi lebih kepada tidak mahu. Rasa hampa bergulung-gulung menenggelamkan perasaan ingin tahu.

                  Sedetik dua aku turut menyepi. Hanya mata kami yang saling bertingkah. Mata aku yang penuh dengan amarah dan kecewa manakala mata Legan pula kosong tanpa emosi. Merenung mata biru itu dalam-dalam aku bagai tersedar akan sesuatu. Lambat-lambat aku melepaskan genggaman tangan kemudian membetulkan bajunya.

                  “Siapa saya sebenarnya Legan? Siapa saya di dalam kehidupan awak? Adakah kita pernah bertemu sebelum ini?” soalku dengan nada suara biasa. Aku tidak lagi menjerit atau memaksanya seperti tadi. Bukan kerana rasa ingin tahuku telah mati begitu saja tetapi kerana aku sedar aku telah tersalah menafsir apa yang aku mahu tahu. Yang cuba dirungkaikan mindaku bukan persoalan tentang dia sebaliknya tentang diri sendiri. Siapa aku sebenarnya?

                   “Awak tahu siapa diri awak Anna. Itu soalan yang tidak perlu saya jawab,” balas Legan menambah cuka dalam perasaan kecewa aku. Biarpun jawapannya jujur tetapi bukan itu yang aku mahu dengar. Persoalan mengenai siapa diriku belum menemui kepastian.

                     “Ya, saya tahu saya Anna Maria. Sekadar tahu nama tidak memberi apa-apa makna Legan.” Aku melepaskan keluhan panjang. Kalau perasaan kecewa adalah objek yang boleh disentuh pastinya sudah berceracak bongkah-bongkah kecewaku di hadapan lelaki ini.

                    “Manusia memang makhluk yang kompleks. Bangsa awak lebih suka merungkaikan sesuatu yang sulit dari mengembangkan sesuatu yang ringkas,” komen Legan. 

Ulasan itu memang tidak diharapkan maka aku tidak rasa perlu untuk aku berterima kasih.

                     “Semua benda akan berkembang sendiri Legan. Saya tidak rasa perlu untuk kita mempercepatkan proses itu. Lagi cepat kita memaksanya berkembang, lagi cepat ia akan sampai ke penamatnya. Semua benda yang berkembang akan berhenti suatu hari nanti. Seperti juga manusia, kami membesar, berkembang, mengalami perubahan, menjadi tua lalu mati.” 

                      Sepertimana juga teori Big Bang mengenai kewujudan alam semesta. Semua jasad dan bintang di luar angkasa sana dikatakan bermula dari saiz lebih kecil dari sebutir beras yang kemudiannya berkembang dan membesar.

Satu hari nanti, ia juga akan berhenti lalu mati. 

                       Kebanyakan saintis berpendapat alam semesta ini akan mengecil semula menjadi sebutir beras sebagaimana ia bermula tetapi bagi aku, penyataan mudah mengenai teori mereka adalah berlakunya proses penuaan kemudian diakhiri dengan kematian. Walaupun kedengaran pelik dan mungkin masih ada yang tertanya-tanya bagaimana alam semesta boleh mati begitu saja namun tidak perlu terbit sebarang keraguan tentang ini. Ia bukan sekadar satu teori. Semua yang berkembang perlu berhenti juga lambat laun bukan? 

Setiap yang bermula ada penamatnya.











May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, May 27, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 18.




 
             Benarlah kata Mr Salvatore, bumi ini bumi suci. 

             Saat pertama kali kaki terinjak di sini, semua kebenaran seperti terpampang luas untuk aku lihat sendiri. Apabila berada di sini, buminya langsung bercerita tanpa diminta lalu pembohongan dahsyat yang cuba ditutup akan terbongkar.Tanah yang suci sekalipun dicemari darah jutaan manusia tidak berdosa, kesuciannya masih terpelihara. Apatah lagi kalau darah itu ditumpahkan dengan rela oleh para mujahid yang tidak gentar berdepan dengan maut. Debu di bumi ini tidak terasa kotor walau diusik oleh gelimpangan kelongsong peluru milik bangsa terlaknat. Bendera bersimbol kebinatangan menerjah penglihatan aku sepanjang perjalanan kami.
 
           Van hitam milik tentera Israel yang membawa aku, Legan dan beberapa orang penting melalui kawasan tempat ibadat berhampiran Masjid Ismail di Hebron yang dikongsi dua penganut agama iaitu Islam dan Yahudi.

            Orang Yahudi menggelar kawasan ini Makhela. Gua Makhela yang terdapat di sini dipercayai tempat suci dan penting menurut agama mereka.Kami berhenti sebentar untuk pemeriksaan. Aku sempat meninjau sekumpulan tentera rejim Zionis yang berkawal di sekeliling masjid. Tentera yang lengkap bersenjata itu mengawasi penganut Islam yang mahu memasuki masjid untuk menunaikan solat. Untuk menunaikan solat di sini umpama mahu berperang dengan maut. Pada waktu malam masjid ini bertukar rupa apabila dikunjungi oleh penganut agama Yahudi yang menjadikan ia tempat ibadat mereka dan tempat mendengar kuliah keagamaan.

           “Kita akan sampai ke Baitulmaqdis sebentar lagi,” beritahu Harith yang nampak bersemangat menyebut nama tempat itu. Dia mengiringi aku dan Legan untuk memastikan keselamatan kami. Aku menoleh ke belakang melihat puluhan trak kontena besar yang berderet mengikuti van kami dan juga sebuah lagi van dinaiki Presiden Israel dan beberapa pemimpin kuasa besar dunia yang lain. 

             Terdapat kira-kira 43 buah trak kesemuanya dan setiap satunya boleh memuatkan 25 buah kereta Honda Accord. Apa yang dibawa di dalamnya bukanlah kereta, sumbangan makanan atau ubat-ubatan tetapi permintaan istimewa dari aku sendiri. Anggaplah ianya hadiah kecil untuk penduduk bumi suci ini yang telah lama menderita. 

            Kerana isi kandungan trak tersebut jugalah aku sanggup bersusah payah ke sini. Aku mahu menghantarnya sendiri. Aku mahu melihat trak ini diserahkan kepada yang berhak di depan mata aku sendiri.

             Bentayahu memang telah menandatangani surat rundingan tetapi apalah yang boleh diharap dari lelaki itu apabila perjanjian damai yang melibatkan seluruh dunia pun dia khianati begitu saja. Aku tidak akan mempercayai lelaki itu sekalipun dia mengatakan perkara yang benar. Mati hidup balik pun aku tidak mahu menaruhkan kepercayaan kepadanya. Disebabkan itu aku mahu menyaksikan dia melakukan apa yang sudah kami persetujui dalam kehadiran aku. Setiap gerak gerinya tidak terlepas dari diawasi aku. Kerana dia licik, maka aku perlu jadi lebih licik.

              Perjalanan kami ke Baitulmaqdis kurasakan sangat lancar.Tiada lagi sekatan atau pemeriksaan di pos-pos kawalan tentera Israel. Kawasan perumahan di sini yang suatu ketika dahulunya milik penganut Islam kebanyakannya sudah dibeli oleh bangsa Israel. Kesan-kesan seni bina Islam kian pudar kerana beransur-ansur digantikan dengan lambang agama Yahudi dan seni bina mereka. Hampir kesemua rumah yang dimiliki orang Israel telah menjalani proses pengubahsuaian. Berada di sini seperti berada di negara milik Israel walaupun bumi ini bukan kepunyaan mereka. Nampaknya resolusi jahat mereka untuk memiliki negara sendiri bakal tercapai tidak lama lagi.

              Matahari sudah condong ke ufuk barat semasa kami sampai ke kawasan Masjid Baitulmaqdis. Pasukan pejuang Hamas, rejim al-Qassam serta lain-lain para mujahidin telah memenuhi kawasan sekitar masjid ketika van kami melewati bangunan kecil berhampiran yang dijadikan sekolah. Beberapa orang lelaki bersusuk tegap menghampiri van yang dinaiki Presiden Israel dan beberapa individu penting dunia. Mereka adalah ketua atau pemimpin pasukan pejuang Islam masing-masing. Van yang membawa aku dan Legan berhenti jauh sedikit dari mereka. Sengaja aku meminta begitu kerana aku hanya mahu menyaksikan sesi penyerahan trak-trak tersebut dari jauh dan bukannya terlibat secara langsung dalam prosesnya.

            “Kalau awak tidak keluar, saya juga akan tunggu di sini bersama awak,” ujar Harith selepas hanya tinggal aku, dia dan Legan dalam van itu. Dr Aqeelah, Profesor Adam Mukmin serta beberapa orang lagi yang menyertai kami ke sini sudahpun menapak ke arah kawasan para pejuang muda berhimpun. 

             Aku membuang pandang ke arah luar melalui cermin tingkap van. Berbanding dengan tentera rejim Zionis yang aku lihat tadi, para pemuda ini tampak lebih tenang dan gagah walaupun terpaksa berjuang dalam keadaan serba kekurangan. Wajah mereka tidak tampak bengis walaupun tanpa senyuman. Jika dilihat lebih dekat aku pasti aku boleh nampak cahaya di situ. Cahaya keimanan menurut Mr Salvatore.

              Kekuatan mereka bukan diukur dari segi jumlah senjata atau peluru yang ada tetapi kekuatan mereka datang dari dalam jiwa. Kekuatan yang bersandarkan kepercayaan kepada Tuhan mereka semata-mata. Anehnya, kekuatan yang dilihat tidak seberapa inilah yang menggerunkan rejim Zionis sehinggakan mereka bermati-matian melawan para pemuda istimewa ini. Sehinggakan mereka menggunakan kesemua peluru di tangan dan menggeluarkan senjata tercanggih yang ada demi menentang pejuang-pejuang hebat berkenaan yang kadangkala hanya dibekalkan sepucuk senapang setiap seorang.

             Mereka berbaris tegak tidak berkutik dengan beberapa panji dibawa bersama. Agaknya beginilah keyakinan mereka ketika berhadapan dengan tentera Zionis Israel. Tidak ada secalitpun rasa gentar atau perasaan mahu berundur ke belakang. Melihat bagaimana teguhnya keyakinan hati mereka dan betapa tenangnya jiwa mereka walaupun terpaksa berdepan dengan maut setiap hari, aku jadi malu sendiri. Tidak terkecuali aku diserbu rasa cemburu. Andai Mr Salvatore berada di sini, tentu dia juga diserang perasaan yang sama. 

             Alangkah iri hatinya aku melihat pemuda-pemuda ini berlari membawa sepanduk syurga menuju ke alam akhirat. Alangkah dengkinya aku melihat semangat dan kepercayaan mereka yang tidak pernah luntur biar maut berada di depan mata. Mereka tidak takut mati kerana mereka percaya mereka akan bertemu Tuhan mereka kelak. Mereka yakin dengan janji-janjiNya. Saat ini, serasanya aku tidak punya bantahan lagi seandainya Mr Salvatore memilih untuk menyertai mereka sebaliknya aku akan berdiri teguh di belakang menyokongnya.

           “Awak boleh keluar, Harith. Kami juga mahu keluar,” putusku kerana mahu merasai pengalaman menjejakkan kaki ke tanah Baitulmaqdis atau Jerusalem yang menjadi rebutan penganut Islam, Yahudi dan Kristian sejak ribuan tahun dahulu. Rugi besar kalau aku tidak menghirup sendiri udara di tempat pertemuan tiga agama yang dianggap paling berharga di mata dunia.

         “Saya ikut awak berdua,” laung Harith dari belakang ketika melihat kami sudah meninggalkannya. Dia melajukan langkahnya untuk mengiringi kami.

            “Tak perlu Harith. Kami boleh jaga diri sendiri, kan Legan?” Aku mencuit Legan, memaksa dia mengiyakan.

“Tapi awak berdua di bawah tanggungjawab saya,” sanggah Harith tidak bersetuju.

             “Kita tidak lama di sini. Untuk tempoh singkat ni kami boleh awasi satu sama lain. Lagipun awak tentu mahu laksanakan tanggungjawab yang lebih penting dari menjaga kami bukan?” 

Harith mengerut dahi. “Tanggungjawab lain?”

              “Apalah gunanya menjejakkan kaki di masjid ini jika tidak bersujud di dalamnya. Awak tentu tidak mahu melepaskan peluang solat berjemaah dengan para mujahid di sini,” ujarku menyogok Harith. Aku melemparkan pandangan ke arah para pemuda tadi yang beransur-ansur memasuki masjid. Waktu solat pastinya sudah tiba kerana itu mereka tergesa-gesa meninggalkan perbualan dengan Pengerusi PBB yang baru bermula lalu menyahut seruan azan dahulu.

               “Awak pasti awak tidak akan apa-apa?” soal Harith sekali lagi ketika dia sudah mahu memijak tangga masjid. Aku menjawab soalannya dengan senyuman. Harith menghilang di sebalik pintu setelah yakin dengan jawapan aku. 

             Sepanjang peninggalannya, aku berjalan menjauhi pemimpin pemimpin negara yang sedang berbincang sesama mereka termasuklah Presiden Israel lalu menuju ke bangunan yang dijadikan tempat menimba ilmu bagi kanak-kanak kecil. Bangunan usang yang dipenuhi kesan bedilan peluru ini tidak selayaknya digelar sekolah dan jumlah pelajarnya juga boleh dibilang dengan jari. Kakiku tertarik untuk melangkah ke sana kerana suara nyanyian kanak-kanak yang sangat bersemangat. 

                Legan berjalan berdampingan denganku. 

“Mereka sedang menyanyikan lagu tentang mempertahankan agama dan negara mereka.” 

               Dia berbisik setelah kami berdiri di sebelah bilik darjah yang sempit itu. Lebih kurang 15 orang pelajar berusia sekitar 6 hingga 7 tahun sedang bernyanyi dengan girang walaupun ada antaranya yang hampir terlelap dan ada juga yang menunjukkan riak wajah lapar. Hanya seorang guru perempuan bertudung labuh berdiri di depan mereka. Beliau yang mengajar mereka mendendangkan lagu penaik semangat tersebut dan sesekali turut bernyanyi bersama.

               Sesaat dua aku ralit memerhati satu persatu kanak-kanak comel yang kebanyakannya berambut perang. Wajah mereka sangat polos, sangat suci dan terlalu berharga untuk dibiarkan menderita di tengah-tengah kancah peperangan. Aku hanya tersedar dari keasyikan dibuai nyanyian mereka sebaik mereka berhenti menyanyi serentak dan bersedia untuk bangun dari kerusi kayu yang hampir tidak kelihatan macam kerusi.

               “Mereka menangguhkan pelajaran seketika kerana mahu ke masjid menunaikan kewajipan agama,” terang Legan apabila aku memandangnya meminta penjelasan. Lelaki ini boleh menguasai hampir kesemua bahasa di bumi kita, jadi untuk memahami bahasa Arab bukanlah sesuatu yang sulit baginya.

              Guru perempuan bertudung itu mengarahkan mereka beratur dan bergerak dalam barisan. Gelagat kanak-kanak tersebut begitu mencuit hati apabila ada yang terkinja-kinja melompat manakala ada pula yang malas untuk mengikut arahan. Di mana-mana pelusuk dunia pun,biar berlainan agama,bangsa dan budaya, satu-satunya yang tidak pernah berubah adalah kanak-kanak dan kerenah mereka.

               Sedang aku tersenyum sendirian memerhati tingkah laku mereka, mataku terperasan seorang kanak-kanak perempuan berambut kerinting perang merenung tajam ke arah aku. Lagaknya macam baru lepas nampak hantu. Mata bulat dia dibuntangkan sebesar-besarnya. Semua kanak-kanak lain sudah bersedia untuk bergerak dalam barisan menuju ke masjid. Hanya dia seorang saja yang masih berdiri kaku di tepi meja merenung aku. Serta merta senyuman aku mati sendiri.

“Legan, kita tak buat apa-apa yang salah kan?” tanyaku sedikit cuak.

              Legan menggeleng namun gelengannya tidak mampu mengusir rasa bimbang di hati aku. Mengapa kanak-kanak itu memandang aku seperti ternampak sesuatu yang mengejutkan?

“Tahierah, apa yang kamu tunggu lagi? Kamu tidak mahu bersolat bersama rakan-rakan?” 

              Guru perempuan tadi memanggil anak muridnya yang masih tercegat dalam kelas.
Spontan kanak-kanak comel yang dipanggil Tahierah itu berlari menuju ke arah gurunya. Dia mencapai tangan guru perempuan itu lalu mengoncang-goncangnya beberapa kali sambil berkata sesuatu dalam nada yang amat teruja. Keterujaannya tidak dikongsi oleh aku kerana dia menuding jari ke arah aku sewaktu memberitahu gurunya perkataan yang aku langsung tidak faham.

                “Wahai ustazah, kakak itu adalah bidadari putih yang saya nampak dalam mimpi. Kakak di luar sana!” seru Tahierah dalam nada yang lebih ceria dari ketika dia bernyanyi tadi.

Aku toleh ke arah Legan dengan muka pucat.

 “Adakah dia beritahu guru dia yang kita musuh mereka?” soalku takut-takut. 

         Mungkin aku patut memakai selendang yang diberikan Dr Aqeelah sebelum keluar dari van  supaya tidak terlalu ketara di mata mereka bahawa aku orang asing.

“Tidak,” balas Legan sepatah. Dia memandang aku dan kanak-kanak perempuan itu silih berganti. Jawapan Legan melegakan aku namun rasa bimbangku masih bersisa.

“Jadi apa yang dia cakap?” tanya aku tidak sabar untuk tahu.

           “Dia cakap...” Legan berjeda di situ. Apa yang tersembunyi di sebalik mata birunya tidak tertafsir dek naluriku. Dia merenung aku lama sebelum akhirnya memberi jawapan. 

             “Dia cakap awak akan kelihatan lebih cantik kalau pakai baju putih.” 

             Aku menghembus nafas lega. Walaupun ianya kedengaran tidak masuk akal apabila difikirkan semula lagak terujanya tadi tetapi sekurang-kurangnya dia tidak menganggap aku musuh mereka.Bagi aku, itu sudah cukup.






May Peace Be Upon Us.

 

Live,Laugh,Die Emotionally!

Wednesday, May 22, 2013

Once A Boss,Always A Boss.



 Being the eldest one among my sisters,well that is what I meant by being a boss and act like a boss.

There's a big rule that is of course, not written in some crappy books, that stated that by being the eldest, no matter what lies you feed to your sisters, they,well they actually believe it.

Or be it's just some badass jokes, our little sisters will undoubtly believe them all.

It doesnt matter whether our little sisters graduated from Oxford or Stanford, no matter how smart they became, still when we told them something (that is actually a total piece of shit) they'll listen to those seriously, like it's kinda some life-or-death situations.

Once, I joke about a big cockroach to my sister, I told her that it'll crawl out of her bed and feed on her flesh during night,well it's a stupid joke of course, but she believe it wholeheartly.

Shit advices, total crap monster stories, food that makes your face turn green, when all those lies come out from the boss' mouth,well they'll actually turn out to be the most believable facts.


Once a boss, always a boss huh?







May Peace Be Upon Us.

Live,Laugh,Die Emotionally!

Monday, May 20, 2013

Excerpt For Dear Mr Salvatore Part 17.




       Inilah pertama kali aku melihat ego seorang lelaki yang mengaku dirinya pemimpin paling hebat jatuh berjuraian di hadapan mata. Lelaki yang mengepalai sebuah impian untuk membina negara milik bangsanya dengan memusnahkan negara orang lain. Lelaki yang berdegar-degar berbicara bahawa bangsa dan agamanya memang dilahirkan untuk menjadi ketua. Semua yang lain harus tunduk dan mengikut telunjuk mereka. Sebolehnya mereka harus diangkat ke tempat paling tinggi dan dibiarkan menguasai dunia.

      “Satu pertiga,” dia mengulangi permintaan yang sama. Aku memandang muka Presiden Israel, Bentayahu yang nampak tidak tahu ekspresi apa yang harus dipamerkannya sekarang. Dia tersepit antara ketakutan dan keegoan sendiri. 

       “Semuanya,” sekali lagi aku menolak. Bentayahu mengetap rahangnya. Geram dengan penolakan itu mungkin. Lebih-lebih lagi egonya sedang cuba dipatahkan seorang perempuan.

         “Satu pertiga. Saya juga ada kepentingan dan negara sendiri yang harus dilindungi,” ujarnya melapik kata. Negara sendiri? Aku bagai mahu ketawa berdekah-dekah mendengar ayat itu. Bagaimana bangsa yang dilaknat di bumi sendiri dan dikutuk sebagai bangsa yang paling sombong serta zalim mengakui mereka mempunyai negara yang berdaulat?  

 Jawapannya adalah dengan merampas negara orang lain, mencerobohi tanah penganut agama lain dan menghapuskan pemilik sebenarnya. Itulah yang mereka lakukan selama ini dan lelaki yang duduk bersetentang denganku sekarang ialah penggerak utamanya.

         “Semuanya. Saya tidak akan menerima sebarang tawar menawar selain apa yang saya sebutkan,” tegasku memberi kata putus. Dia merenung aku tajam seperti helang yang sudah mengecam mangsanya.

          “Awak benar-benar seorang perempuan yang tamak dan ego. Satu pertiga sahaja yang saya boleh bagi. Kalau awak tidak mahu berkompromi saya juga tidak perlu berbuat begitu. Saya sudah bawa perunding terbaik ke sini tetapi awak enggan bekerjasama. Itu pilihan awak. Saya juga ada kuasa untuk buat pilihan sendiri.” Bentayahu menempelak. 

         Ketawa aku terburai. Dia memerhati aku ketawa mengejek dengan pandangan mencerlung. Bangsa yang paling tamak adalah bangsanya. Bangsa yang bodoh sombong juga adalah mereka. Lantaran itu ianya menimbulkan perasaan lucu di hatiku apabila dia sewenang-wenangnya melemparkan sifat buruk mereka kepada orang lain.

          “Dalam banyak-banyak kejahatan yang awak sembunyikan dengan tipu muslihat serta kelicikan otak awak, tidak mustahil untuk awak tersilap. Biar saya beritahu awak apa yang awak silap kali ini. Terus terang saya cakap awak tersilap menilai bahawa awak ada pilihan sedangkan sebenarnya tidak. Ya, saya tidak memberi awak kuasa untuk memilih. Kuasa bukan lagi di tangan awak sekarang. Jadi, sama ada awak bersetuju atau bersedia untuk mati,” provokku beserta ugutan.

          Presiden Israel itu bingkas bangun dari kerusi. Dia menghentak meja kuat melampiaskan ego bodoh yang dipendam sekaligus menandakan penolakan terhadap permintaan aku.

“Saya tidak akan bersetuju sama sekali! Kita akan tengok siapa yang mati nanti!” tempiknya kuat. 

         Suaranya bergema memenuhi segenap ruang bilik perbincangan kedap bunyi. Mungkin kesombongannya menyebabkan dia bertindak demikian. Atau mungkin dia benar-benar enggan menerima hakikat kuasa kawalan bukan lagi dalam tangannya sekarang. Sedikitpun hatiku tidak gentar mendengar tempikannya. Ketawa sinisku mengiringi langkahnya menuju ke pintu. Tergesa-gesa dia keluar dari bilik itu.

          “Baiklah. Mari kita tunggu siapa yang akan merayu untuk nyawanya nanti.” Aku bercakap pada diri sendiri. Senyuman sinis masih menguntum di bibirku.


*            *             *             *             *             *             *             *             *            


          Pen di tangan kuputarkan seiring dengan pergerakan tangan Bentayahu mengesat peluhnya menggunakan sapu tangan mahal. Sesekali matanya melirik ke arah skrin televisyen dan kemudian kepada penasihatnya di luar cermin bilik perbincangan itu. Paparan berita di kaca televisyen yang ditayangkan pasti menggoncangkan kesombongannya lalu meruntuhkan ego dia terus. Malah kalau dia tidak mengetahuinya dari televisyen pun, aku pasti sebagai seorang pemimpin kuasa besar terhebat dia tentu sudah dikhabarkan apa yang berlaku.

          “Saya terpaksa kembali bertemu awak kerana keadaan memaksa. Jangan fikir yang awak sudah menang. Kalau perkara sebegini tidak berlaku, mati hidup balik pun saya tidak akan merayu meminta pertolongan awak,” dia membuka mulut setelah lama membisu. 

         Inilah yang dikatakan bangsa paling sombong. Orang yang sangat angkuh sehinggakan waktu-waktu seperti inipun masih mahu menunjukkan egonya. Orang seperti ini tidak tahu apa itu erti kemanusiaan.

         “Kalau awak rasa sangat tidak selesa berada di sini, marilah kita percepatkan urusan supaya kita tidak perlu bertemu muka lagi kelak,” bidasku seraya menghulurkan pen di tangan kepadanya.

         Dia menyambut dengan lagak kasar. Lagak yang selayaknya untuk manusia yang bertuhankan sifat binatang. Lama Bentayahu terpaku menatap sehelai kertas di hadapannya tanpa berbuat apa-apa.

         “Satu pertiga,” pintanya masih mahu mencuba nasib.

         Tergeleng kepalaku melihat gelagat lelaki ini yang tidak serik-serik. Egonya membukit sehingga tidak mengizinkan dia akur begitu saja pada kehendak orang lain. Kerana sifat sombong dan enggan mengalah ini jugalah yang membolehkan dia memusnahkan tempat tinggal orang lain, merampas negara orang untuk dijadikan negara sendiri serta meragut ratusan ribu nyawa manusia yang tidak berdosa.

         “Turunkan tandatangan awak sekarang atau rundingan ini terbatal sendiri,” aku beri kata dua kerana sudah jelak melayani sikap keras kepalanya.

          “Satu pertiga,” tekan Bentayahu supaya aku mendengar dengan jelas.

          Sekilas aku membuang pandang ke arah wajah manusia yang paling membencikan ini. Setinggi manapun egonya, setebal manapun kesombongannya dan sekuat manapun kedegilannya, ianya tidak akan mampu menandingi aku. Kata Mr Salvatore, aku adalah perempuan paling ego dan aku mempercayai dia. Justeru, Presiden Israel ini harus melutut dan menyembah egoku bukan sebaliknya.

            “Saya harap awak berseronok dengan sisa-sisa hidup awak yang tinggal,” pesanku lantas bangun dari kerusi. Tanpa menoleh ke belakang aku berjalan dengan yakin menuju ke pintu keluar.

“Tunggu!” suara kerasnya menghentikan langkah aku. Dari ekor mata, aku nampak dia menurunkan tandatangan dengan tangan sedikit terketar. Ya, Mr Salvatore sememangnya betul. Aku memang perempuan paling ego di dunia. Setelah menyebabkan Presiden Israel sendiri tunduk pada permintaanku, tiada siapa yang lebih layak untuk menyandang gelaran tersebut selain aku.





May Peace Be Upon Us.


Live,Laugh,Die Emotionally!

LinkWithin

Sayang Korang Ketat-ketat